CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
CARI Malay Forums Main Hot Topic View content

Angkara kekasih panas baran, remaja perempuan berusia 16 tahun koma dibakar!!

16-8-2012 04:55 PM| Publisher: admin6| Views: 2473| Comments: 612|Author: putr@polo

Summary: KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


‘Tolong kak ngah kena bakar’
KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.



Views: 25283   Comments: 612 Log in/Comment

Share to:

Previous : Wanita maut minum ubat perangsang ketika berasmara

Next       : CAK: Jue, Aidil bercinta?

Comment

Latest Comments

Quote putr@polo 15-8-2012 09:26 AM
‘Tolong kak ngah kena bakar’

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my




KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.



Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.



Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Quote 800214 15-8-2012 09:29 AM
lepaskan la anak dara kuar ngan jantan memlm..pepg..
Quote jofizo 15-8-2012 09:30 AM
islam dah tegah awal2 lagi, jgn keluar dgn bukan mahram tambah2 nk 'berqiamulail' pkl 3 pagi...... apa ke jadah
Quote reeny 15-8-2012 09:30 AM
mcm manalah budak umur 16 tahun boleh dibenarkan keluar sampai dinihari.....
Quote mysara 15-8-2012 09:31 AM
urban bebeno keluarga ni
suhoor pun diizinkan anak utk keluar dgn lelaki bukan muhrim
gila ke haper

kalo budak tu di asrama dan gedik nak keluar mkn ngan BF yer le salah budak tu
ni yg gigih si mama kasi izin buat apa
Quote leylapple 15-8-2012 09:32 AM
motip bagi anak dara kluar bersahur then end up di semak?sahur apa tue?
Quote missus_meow 15-8-2012 09:34 AM
caner si mak angkat leh bg kbenaran kuar - bengong ke makcik tu
Quote fcl29 15-8-2012 09:34 AM
urban keeee? duk flat je ponnn!
Quote koboi 15-8-2012 09:36 AM
kesian................
Quote sitihawa 15-8-2012 09:37 AM
budak2 lelaki zaman ni makin menjahanamkan
anak2 remaja  pun, bawak2 lah ada sifat malu dan takut
mak pak org tua lak, tak perlu lah nak jadi urban, lebih bagus ada sikap konservatif tu
Quote azlinahmad 15-8-2012 09:37 AM
jadikan peristiwa ni sebagai pengajaran untuk kita semua. Mungkin kita ada anak dara atau akan ada anak dara nanti.
Quote adi87 15-8-2012 09:41 AM
Laki skrg panas baran x bertempat... Gaduh2 je nak bunuh lah,nak bakar lah... Ingat bini/gf ko tu x de makbapak ke? Ingat dorg tu,korg punya..Laki haprak!:@:@:@
Quote budakbaik10 15-8-2012 09:41 AM
dua prkataan jer aku nak ckp....PADAN MUKA!!
Quote hatafya 15-8-2012 09:42 AM
ya allah...apa nk jadi makbapak sekarang...
anak 16 tahun dh ada lesen keluar pepagi buta....
anak aku umo 12 tahun main bunga api kol 9 depan rumah pun aku dok tunggu...

Moga menjadi pengajaran kpd parents yg lain ... anak bawah umo wajib dlm pengawasan...
Quote BidadariAnggun1 15-8-2012 09:42 AM
budak bawah umur
keluar rumah jam 3 pagi
di bakar pakwe giler

salahkan siapa?
maybe salah kerajaan BN
Quote noor2 15-8-2012 09:43 AM
innalillah hi wa inna ilaihiraajiun

tak tau nak kata apa...mudahnya membunuh...mudahnya lepaskan anak dgn teman lelaki..mudah pulak bercinta umur masih 16 tahun..luluskan spm tu dulu...tu pun tak leh bercinta bagai lagi..tunggu masuk u...keje...ha dah keje..bercinta la sakan..
Quote ruffleen 15-8-2012 09:43 AM
budakbaik10 posted on 15-8-2012 09:41 AM
dua prkataan jer aku nak ckp....PADAN MUKA!!

aku pon nak cakap benda yg sama

apasal budak2 sekolah zaman skrg ni gedik2 bebenor? SPM pun tak lepas dah gatal nak berboipren bagai? tak bersunat ke?
Quote ibuiqah 15-8-2012 09:43 AM
ermm dah moden sgt la plak..
boleh pg anak pg bersahur kul 4pagi...
tp kesian budak tu..dibakar hidup2...tak perikemanusiaan langsung!
Quote chaintea 15-8-2012 09:45 AM
apa kes izinkn anak bersahur dgn bukan muhrim nih!!
urban sgt ke..astaghfirullah..16 tahun lak tuh..budak lagik
dah jd cmni org jejerkn kisah family dia yg urban tuh
dr simpati bw mengata ttg ahli keluarga pulak..

bersyukur sesangat mak ayah aku sgtlah konservatif..
Last edited by chaintea on 15-8-2012 09:47 AM

All Comments(612)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-5-2013 02:22 AM , Processed in 0.192674 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top