CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
CARI Malay Forums Main Berita Utama View content

Generasi buaya bakal kepupusan akibat dendam tak sudah

15-8-2012 12:12 PM| Publisher: admin6| Views: 1824| Comments: 68|Author: cecite

Summary: SARATOK - Selepas mewarisi ilmu 'selembur buaya' daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga mete ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

SARATOK - Selepas mewarisi ilmu 'selembur buaya' daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.


Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.


Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.

"Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.

"Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya," katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.

 Kosmo! difahamkan kesemua buaya tembaga yang ditangkap itu puratanya sepanjang kira-kira dua hingga empat meter.



EMBOL membakar bangkai seekor buaya yang ditangkapnya di Sungai Sebelak, Saratok semalam.


Views: 1660   Comments: 68 Log in/Comment

Share to:

Previous : PERINGATAN PENTING - Akta 114A Keterangan (Pindaan)2012 Berkuat-Kuasa 1 Jun 201

Next       : Selamat Menyambut Aidilfitri buat warga CI

Comment

Latest Comments

Quote ren0_0 15-8-2012 07:43 AM
tak ada tindakan ke atas dia? sedangkan memburu haram pun kena denda
Quote AMDTurion 15-8-2012 07:53 AM
belum ada yg buat report. tu sbb tak kena kena tangkap lagi.
Quote kudajantan77 15-8-2012 08:33 AM
tolong la cari makcik atau gay memana utk dikawinkan dengan pakcik nih agar dia tak terus meroyan ...
Quote shi_jewel 15-8-2012 08:38 AM
amalan mistik dari dulu lagi..udah2la bunuh boya...baik tangkap boya darat yang ke hulu ke hilir kepit dgn pmpn
Quote DayangKirana 15-8-2012 08:40 AM
Artikel dah kluar paper, harap ade la yang amik tindakan..

Buatnya dia dapat lagi pesanan lain melalui mimpi suruh bakar hutan pulak, tak ke naya!
Quote Betara_Indera 15-8-2012 08:40 AM
nanti keluar la berite yang die ni kene baham lak ngan buaye...
Quote InVendeTTa 15-8-2012 08:48 AM
kesian buaya
binatang manalah ade akal
redha sudahla..
ini nak dendam bagai dengan binatang yg x berakal perasaan tu
Quote R2D2 15-8-2012 08:51 AM
cth crocodile hunter
Quote leylapple 15-8-2012 08:51 AM
sebenarnya walaupun buaya nie ganas, buaya masih lagi protected species..harap2 pakcik yang gila meroyan nie akan dimasukkan ke dalam hospital mental...
Quote mysara 15-8-2012 08:57 AM
tak denya pupus makhluk buruk dinosor tuh
dah belambak org bela buaya utk makanan, perhiasan dan pakaian

lagipun ada beri kesan ekologi ke kalo binatang jahat nih pupus?

asyik nak makan manusia yg tak kacau dia, mmg jahat buaya nih
dah le pandai berdendam

p/s: reptilia mcm ular senduk tu pun pandai dendamkan?
kawan india sara kata, ular senduk/tedung ni matanya ada kamera
kalo kita bunuh pasangannya, bila dia jumpa bangkai pasangannya, dia akan nmpk kejadian terakhir yg menyebabkan pasangannya mati
lepas tuh siap le sape yg bunuh pasangannya tu
dihantui oleh kehadiran ular tedung yg kalo ada masa akan mematuk

ker,.. ini adalah mitos kawan sara tu semata2?
Quote ~anya~ 15-8-2012 09:07 AM
dengan kadar penemaran sungai yang berlaku sekarang.... yang akan ada nanti hanya buaya mutasi... technically pupus jugak species buaya yang asal nanti...

p/s... tapi buaya ni bukan dari zaman prehistoric lagi kah?
Quote adi87 15-8-2012 09:09 AM
Tipu daya syaitan semata2:@:@
Quote the_killer 15-8-2012 09:14 AM
ambil tindakan segera..
Quote kimmyrie 15-8-2012 09:17 AM
tunggu la bila pasangan buaya tu pulak dapat mimpi suh balas dendam kat Embol, time tu tiada maaf bagimu..haha..imagine sekumpulan buaya wat perangkap kt Embol, sekor je muncul,,pehtu yang lain kepung n gerak ala2 renang berirama kt Olimpik gitiew,,abes la Embol,,
umpama wat kenduri arwah tumbang kambing sekor,,
Quote kikuri 15-8-2012 09:19 AM
selagi idop penoh ngan dendam selagi tulah tak tenang,,,,bawaklah pokcit ni ke spital untuk rawatan lanjut...kesian la plop...jangan besok2 geng boya tu balas dendam kuor paper pokcit ni plak kena makan dek boya..lepas tu anak pokcit ni plak balas dendam dan begitulah seterusnya
Quote Loloq89 15-8-2012 09:20 AM
konon2 gangster pacik ni

dgn boya ley la
Quote jofizo 15-8-2012 09:23 AM
abih la boya2 tuh....
Quote bluberi 15-8-2012 11:43 AM
aiyakkk!!
ke, pakcik nih terlebih saiko sbb rindu kat bini dia yg dh mati kena baham tu?
sanggup pulak tu menuntut ilmu camtu
Quote prettyuglybabe 15-8-2012 11:53 AM
buaya bakar tu, dimakan atau dibuang?

All Comments(68)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-5-2013 09:51 AM , Processed in 0.210047 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top