CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
CARI Malay Forums Main Hot Topic View content

Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik

8-8-2012 01:20 PM| Publisher: admin6| Views: 770| Comments: 131|Author: maxim

Summary: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungja ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.


Views: 4227   Comments: 131 Log in/Comment

Share to:

Previous : eskem baksin-lobin pecruma walau LCW tak dapat emas

Next       : Ketua Syabas: Gaji saya bukan RM5.1 juta

Comment

Latest Comments

Quote petala9x 8-8-2012 05:14 AM
Kalau mangsa orang politik, berhijrah menjadi artis. Macam mana pulak?
Quote azman888 8-8-2012 05:17 AM
Nasihat menasihati....
Quote sayur 8-8-2012 05:19 AM
mnyampah..statement mcm perli ja bkn nasihat..
Quote lipso 8-8-2012 05:22 AM
betul la apa yg dia ckp 2
Quote pakwetizzaqyah 8-8-2012 06:54 AM
ko pun same dulu akhil hayy oi.. jadi pak alim masuk pas.. buat roadshow ceramah pas sebelum pru 2004... adey jalan daaaaaaaaa... nasib baik je la tv nk amik ko..sbb ko dah kureng borak2 politik..... takkan ko nk ckp ko dah kecewa ngn pas kot..... kalo dah lahir jadi anak seni tu.. cari makan pun jadi anak seni la.. politik2 ni suseh cari maken leeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......

bayangkan jika akhill baligh high ni menjadi ketua pemuda umno berambut pendek berbaju batik... agak2 stim tk waheeda wasini wasanun... hihihihihihi
Quote tomet05 8-8-2012 07:12 AM
wahida senantiasa  .. ahak
Quote dibs 8-8-2012 08:32 AM
udah2 le tu mamat fake neh, dulu kaw2 kutuk UMNO, siap wat lagu bagai time dia bagi ceramah, skang dah berpaling tadah ker? yelah duk dlm pas ape dapat, duk dlm Umeno byk job, berkawan2 lah ngan datuk2 n tan sri2...poooraaahhh, nk bg nasihat kt org, diri sdiri pun tak betul..:@
Quote cik.panda 8-8-2012 08:40 AM
Walaupun aku menyampah tahap maksimum kat dia ni tapi apa yang dia kata tu betul la. Kerna dia bercakap dari pengalaman gitu

Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.


Quote spy^patrick 8-8-2012 08:57 AM
apa kaitan isu agama ngan politik??

haishh dunia skrg nih mcm2...

**saya x suka politik!!
Quote iscol_klang 8-8-2012 09:05 AM
hak tuiiii, cermin diri dulu la sebelum bercakap
macam mana orang bole kenal ko kalo tak melalui pentas pas?
1st kemunculan ko kat atas pentas pas dengan mat sabu, mac 2000
masa tu ada cerita pasal hijrah ke, yillekkkk
bukanla nak backing sangat pas, tapi kalo ingat ko bole naik ikut pentas umno ke?
lagi satu, at least masa dalam lingkungan pas, sahsiah ko terjaga
serban melekat lagi kat kepala, tazkirah kat surau/masjid pun lebat
sekarang berapa banyak surau/masjid yg jemput ko tazkirah? yillek!
siapa yg bising penceramah ni surau/masjid bayar ciput, ko jugak!
mana pergi akhlak ko boleh berpeleseran dengan bukan mahram (zaman sebelum kawin dgn waheeda dulu)
bukan nak ungkit, tapi itu la bayaran yg ko terima bila tak nak istiqamah
nak cari fulus, bila dah join astro, nahi mungkar terus senyap
asal ada kafe sendiri, last2 kerja main terjah orang
tu belum cerita bab MLM lagi tu
ko senyap jela akhil oiiii
Quote Sydney-Bristow 8-8-2012 09:26 AM
iscol_klang posted on 8-8-2012 09:05 AM
hak tuiiii, cermin diri dulu la sebelum bercakap
macam mana orang bole kenal ko kalo tak melalui pe ...

100% agreed ngan iscol

Quote jiehan 8-8-2012 09:42 AM
pakwetizzaqyah posted on 8-8-2012 06:54 AM
ko pun same dulu akhil hayy oi.. jadi pak alim masuk pas.. buat roadshow ceramah pas sebelum pru 200 ...

setuju2... dulu2 si akil ni ceramah pas........................ hahahahaha dah glamour kuar tv cakap lain plak .... hahh...senyum kambing je laaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote kakint 8-8-2012 09:56 AM
Malang sekali, sesama islam n melayu bercakar2an.. kutuk mengutuk bangsa sendiri, agama sendiri... bangsa lain, penganut agama lain tgh bertepuk tgn dpt meruntuhkan satu ummah yg kuat satu masa dahulu.  Apa salahnya kt ambil iktibar dan pengajaran ttg perkara yg baik yg cuba disampaikan.  Kan selalupun, org yg bg ceramah agama akan ckp, yg baik dtgnya dr Allah, yg buruk dari diri saya sendiri... so, mana yg disampaikan utk kebaikan tu terima la seadanya.. jadikan teladan dan yg buruk dijadikan sempadan..
Quote SANKURIANG 8-8-2012 09:58 AM
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan....
Quote gula_tebu 8-8-2012 10:05 AM
tudiaa..berpantul-pantul, silau..cakap depan cermin ke abam akhil?
Quote bazlina 8-8-2012 10:23 AM
ni ada sangkut paut ngan Abby ke
Quote kelip2_07 8-8-2012 10:32 AM
dia kena tmbh ckit..klu dh hijrah jgn dok berembun tepi pantai ngan pompuan yg blm sah jd bini..wlpn pompuan itu berpurdah mcm ninja turtle
Quote pot_pet 8-8-2012 10:33 AM
sokong.. 100%
dalami dulu ilmu agama,, ni duk lorat nk politik cari salah orng...
Quote FanTasyCreaTioN 8-8-2012 10:35 AM
lagi baik rasanya .. sekira nya dier ikhlas .. cakap jer depan2 kat orang yang dier maksud kan..bagi nasihat elok2 ..
buat gni .. buat orang terasa dier nak glamerkan diri la pulak

All Comments(131)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 26-5-2013 02:13 AM , Processed in 0.173115 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top