To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!
| Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi. Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah.. 1)Materialistik Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri. 2)Queen Control Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya. 3)Terlalu Pasif Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya. 4)Suka Mengeluh Dan Membebel Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan. 5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,''saya tambah gemuk tak?'' atau ''kulit saya nampak gelap kan?'' selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel. 6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri. 7)Bercerita Tentang Lelaki Lain Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.
Share to: |
Archiver|Mobile|CARI Malay Forums
GMT+8, 26-5-2013 12:39 PM , Processed in 0.130330 second(s), 16 queries , Gzip On.
Powered by Discuz!
© 2001-2012 Comsenz Inc.