CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
CARI Malay Forums Main Hot Topic View content

farah fauzana sedia berkongsi suami

18-1-2013 04:21 PM|Author: ahmad_dhani91|Views: 15110| Comments: 171

Summary: Fara Fauzana Sedia Hidup Bermadu Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my) Fara Fauzana PETALING JAYA: Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Fara Fauzana Sedia Hidup Bermadu
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Fara Fauzana

PETALING JAYA: Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang bersedia untuk berkongsi suami. Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.

"Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.
"Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.

Tambah Fara, dia mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab. Fara yang pernah berlakon dalam filem Jin Notti itu berkata, walaupun masih tiada calon suami, dia telah membuat beberapa persiapan perkahwinan sebagai persediaan untuk menempuh alam itu.

"Bunyinya agak kelakar. Tetapi, memang saya dah buat persiapan perkahwinan lebih awal kerana saya seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun.

"Silap-silap, saya pula yang meminang orang. Maklumlah, saya ada darah keturunan Minang tau," selorohnya lagi. Sementara itu, ketika sibuk di set penggambaran mengendalikan program Nona bersama Neelofa serta melaksanakan tugas sebagai penyampai radio, Fara turut membabitkan diri dalam perniagaan 'homestay'.
Kata Fara, dia telah membeli tiga buah lot rumah di Shah Alam di sini untuk dijadikan sebagai rumah sewa kepada sesiapa sahaja yang mempunyai urusan di lokasi tersebut.

"Sebenarnya ia merupakan pelaburan yang boleh memberi pulangan secara diam. Buat masa ini saya hanya membeli sebuah rumah teres dan dua kondominium untuk dijadikan sebagai 'homestay' yang diberi nama MyRumah.
"Ia khusus buat orang yang datang ke Kuala Lumpur bagi urusan perkahwinan, konvokesyen atau hal-hal lain yang mencari rumah sewa berkos rendah.
"Saya baru memulakan perniagaan ini sejak awal tahun lalu dengan bantuan ibu. Insya-Allah, saya akan membuka sebuah lagi 'homestay' di Port Dickson, Negeri Sembilan," ujarnya.




View Comment Views: 15110   Comments: 171 Click To Reply

Share to:

Previous : Kerajaan pimpinan Najib lebih lemah - Tun Mahathir

Next       : Tips: How to keep your kids safe in public places

Comment

Latest Comments

Quote veevee2013 18-1-2013 04:00 PM
dont tell me calon-calon suami org tu adalah...

AG & FBI.....?????
Quote myakayina 18-1-2013 04:05 PM
veevee2013 posted on 18-1-2013 04:00 PM
dont tell me calon-calon suami org tu adalah...

AG & FBI.....?????

risaulah bini2 dorg berdua..
Quote veevee2013 18-1-2013 04:08 PM
myakayina posted on 18-1-2013 04:05 PM
risaulah bini2 dorg berdua..

kann?? kalau iols pun risau dapat statement colleuge hb mcm ni

dah FF berkuntum dgn dua org ni jer bertahun-tahun..maka tak berkembanglah..
nak cari jodoh di luar pun susah...

tak mustahil tersangkut kat bapak2 org ni...dah mengadap diaorg je hari2...
Quote tagas 18-1-2013 04:10 PM
punya la tak laku..sanggup promote diri utk di poligami.. Last edited by tagas on 18-1-2013 04:12 PM

Quote khailya 18-1-2013 04:14 PM
open nyer farah..! LIKE! hehehe
Quote nour2001 18-1-2013 04:15 PM
walaweh...takat jadi no 2 , 3 atau 4 memanglah senang cakap tak kisah bermadu...cuba kau jadi bini no 1...hehe..apa perasaan nya ye..
Quote Tottot89 18-1-2013 04:15 PM
aku xrasa die ni x laku,muka ada bakat pun ada....mungkin atas faktor diri sendiri,terlampau memiley
Quote cmf_lemontea 18-1-2013 04:20 PM
nour2001 posted on 18-1-2013 04:15 PM
walaweh...takat jadi no 2 , 3 atau 4 memanglah senang cakap tak kisah bermadu...cuba kau jadi bini n ...

kalau aku la kan..aku pun tak kisah terima madu no.2..
tapi dgn syarat..aku yg meminang la..dan mesti menepati piawaian.. ngeee...


Quote nour2001 18-1-2013 04:27 PM
cmf_lemontea posted on 18-1-2013 04:20 PM
kalau aku la kan..aku pun tak kisah terima madu no.2..
tapi dgn syarat..aku yg meminang la..dan m ...

wah beraninya kamu..hehe...kalau dpt madu yg baagus, alhmdulillah,,..dapat madu hantu? hari2...
Quote johnazizul 18-1-2013 04:28 PM
Xkisah laki org?

Statement selamat nih... 2-3bulan lagi adalah thread dia kawin dgn laki org nanti
Quote dubuk 18-1-2013 04:28 PM
kayanya dia
Quote putput 18-1-2013 04:30 PM
bagi tau fara..suuu pinang aku
Quote cmf_lemontea 18-1-2013 04:31 PM
nour2001 posted on 18-1-2013 04:27 PM
wah beraninya kamu..hehe...kalau dpt madu yg baagus, alhmdulillah,,..dapat madu hantu? ...

sebab tu lah aku yg kena pilih...bukan laki aku yg pilih....
Quote courtney_xo 18-1-2013 04:34 PM
belum kahwin...apa pun rela...
Quote harkktuih 18-1-2013 04:36 PM
bukan da ada ke thread nih..
Quote fcl29 18-1-2013 04:40 PM
biasanya ni stetmen dr org x laku.. kire pasrah aje laaaa
Quote tupaiterbang 18-1-2013 04:43 PM

desperate sgt ke.....selalunya kalu takde angin pokok tak goyang....tak gitu?
Quote ayudress 18-1-2013 04:50 PM
waaaa.. farah.....
Quote fredbok87 18-1-2013 04:52 PM
tagas posted on 18-1-2013 04:10 PM
punya la tak laku..sanggup promote diri utk di poligami..

bukan tk laku...org lelaki takut nk dekat...dia kan kaya.....

All Comments(171)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-4-2014 02:10 AM , Processed in 0.120193 second(s), 18 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top