CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 16370|Reply: 51

Amyra Rosli bukan klon Nia Ramadhani

[Copy link]

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 6-5-2013 02:40 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Sekali pandang, wajah pelakon baru Amyra Rosli seiras pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang popular menerusi telenovela Bawang Merah Bawang Putih yang pernah mencipta fenomena dalam kalangan peminat Malaysia.


Faktor ini mungkin menjadi kelebihan buat gadis berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur ini. Namun, Amyra me­ngaku sedikit rimas apabila disamakan dengan pelakon popular Indonesia itu.



Amyra yang mula berlakon menerusi drama Supermax pada 2011 sebenarnya mahu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain. Apatah lagi selepas tiga tahun menuntut ilmu dalam bidang Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), dia mahu menampilkan bakat tersendiri kepada masyarakat.

Memang banyak ilmu yang diperoleh daripada pengajar di situ seperti pelakon, Marlia Musa. Biarpun sudah tamat belajar, saya masih berhubung dengannya bagi meminta pandangan dan mendapatkan nasihat.



Sebenarnya sejak bersekolah saya aktif dalam tarian kebudayaan dan tradisional. Namun, apabila meningkat dewasa, minat itu beralih pula kepada lakonan. Itu antara penyebab saya memohon menyambung pe­ngajian di ASWARA, katanya.

Menurut gadis dengan nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli ini, sebagai memenuhi modul pembelajaran, dia sering terbabit dengan pementasan teater di bawah tunjuk ajar Marlia.

Biasalah, disebabkan masih baru dan kurang pengalaman, saya hanya melakonkan watak kecil. Memasuki tahun seterusnya, Marlia mula memberi kepercayaan untuk saya membawakan watak utama, katanya.

Tidak seperti pelakon lain, Amyra lebih senang bergerak sendiri mencari peluang berlakon. Selepas Supermax, dia memberanikan diri menghantar profil kepada KL Motion untuk mendapat tawaran berlakon.

Ternyata rezeki menyebelahinya apabila dia ditawarkan berlakon drama popular, Jodoh yang turut dibintangi Scha Al-Yahya, Reen Rahim dan Dazrin Kamarudin.

Saya pergi sesi uji bakat dengan membawa harapan besar. Bagi saya sesi ini tak susah asalkan kita dapat menghayati watak yang diberikan ketika itu.

Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya melepasi ujian untuk berlakon drama arahan Khai ini.

Lakonan saya hanya sebagai pembantu kepada Scha, tapi ia tetap meninggalkan kesan besar kepada saya sendiri dan penonton khasnya. Drama Jodoh menyebabkan ramai yang kenal dan menegur saya setiap kali bertemu, katanya.

Drama lain lakonannya ialah Warkah Cinta dan terbaru, anak sulung daripada empat adik-beradik ini baru selesai berlakon drama Cinta dan Wahyu bersama Adam Korie, Catriona Ross, Imuda dan Imam Muda Nazrul.

Rezeki menyebelahi saya kerana tak putus menerima tawaran berlakon. Setiap kali terbabit dalam produksi, timbul keyakinan untuk memberikan hasil terbaik. Malah, saya anggap apa yang dilalui ini satu proses pembelajaran untuk ke tahap yang lebih baik.

Menyentuh mengenai persaingan dengan pelakon lain yang turut mencari peluang dalam lakonan, Amyra menyifatkan ia bergantung kepada faktor rezeki. Dia tidak gusar asalkan persaingan itu berlangsung secara sihat.

Panduan Belajar Matematik...http://jomtuisyenonline.com
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 6-5-2013 02:51 PM |All posts
mamak mana lak ney!
http://airfilter80.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 6-5-2013 02:55 PM |All posts
dia ni yg berlakon jadi ana dlm drama jodoh tu kan? batu api,sikit2 nangis tu
TiNgGi tInGgI GuNuNg KiNaBaLu, TiNgGi LaGi sAyAnG SaMa kAmU~~~RS
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-5-2013 02:56 PM |All posts
kekdg elok.. kekedg ese je upenyer...
http://www.facebook.com/#!/pages/FDCollections/50537667614
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 6-5-2013 02:57 PM |All posts
berlakon dlm cinta dan wahyu kan.... cantik pakai tudung labuh
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-5-2013 03:08 PM |All posts
muka cam bini syed yg menang sehati berdansa tuh
1박 2일
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-5-2013 03:09 PM |All posts
idril posted on 6-5-2013 03:08 PM
muka cam bini syed yg menang sehati berdansa tuh

yup
aku pon perasan muke dia cm nana taib
#syazwanzulkifly
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 6-5-2013 04:41 PM |All posts
aku plak nengok muke dia cam kak thon...camne tuh?
no fb, no twitter, no insta...
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 6-5-2013 05:45 PM |All posts
x same pon dgn nia....
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 6-5-2013 05:47 PM |All posts
cantik dia ni, yg plg cun dlm drama jodoh tu
Jujurlah sayang aku tak mengapa...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 6-5-2013 05:55 PM |All posts
Celah mana nia ramadhani nya?
offering Bako National Park cheap tour pckg. PM me
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-5-2013 06:52 PM |All posts
tak serupa langsong
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 6-5-2013 09:35 PM |All posts
sape la pulak beliau nih
T.o.M.e.T
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-5-2013 10:22 PM |All posts
ada la iras sket nia ramadani
i love myself
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 6-5-2013 10:35 PM |All posts
dia ni pelakon drama warkah cinta sekali dengan imam muda nazrul dan heliza helmi....berlakon sebagai balqis yang memakai niqob...iel jumpa dia in person di mesir ni...kecik dan kurus je orangnya...peramah,murah senyuman dan sempoi je berbeza skit dengan heliza...hmm.ramai pelajr sewaktu dia di mesir ,suka dengan caranya walau seorang yang x memakai tudung di m'sia..namun pkaiannya di mesir amat sopan dan  mengenakan tudung yg labuh.....iel suka cara dia mlayan budak....hehe...first time jmpa dia tak tau datang nk berlakon..ingatkan orang dari m'sia datang melawat...nampak heliza dan IM bru tau...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-5-2013 10:39 PM |All posts
Ya dalam jodoh aku rasa dia paling lawa...
aku cari rezki halal
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-5-2013 10:40 PM |All posts
klon apa mendenya...jauh giler beza nya
perlu ada insan yang budiman untuk dunia ini terus aman dan makmur
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-5-2013 11:19 PM |All posts
Lainnyer muka die before after makeup!!
U Better Work Bitch !!!
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 6-5-2013 11:53 PM |All posts
owh berlakon jodoh
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 7-5-2013 05:53 AM |All posts
ada iras sikit lah.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 7-5-2013 08:15 AM |All posts
dlm drama jodoh tu, dia la yg plg lawa
aku suke tgk lakonan dia sbb  dia bleh je menghayati watak
apa2 pun, baguslah sheols bergerak secara sendiri daripada jd retis di bawah naungan MIG
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 7-5-2013 09:22 AM |All posts
NIA CELAH MANA

muka mcm nana bini sein adelah
KAU FIKIR KAU SIAPA?!!!!!
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 7-5-2013 10:28 AM |All posts
kat mana nia nya? x nampak pong
muka nana bini sein aku nampak
Smile, you don't own all the problems in the world - NavaidAziz
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 7-5-2013 11:25 AM |All posts

cantik dia lagi dari nia ramadhani tu..
Last edited by myakayina on 7-5-2013 11:43 AM

love is a battlefield..everyone fights..no one surrenders..
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 7-5-2013 11:32 AM |All posts
tang mana nia ramadhan nye??



bcos im H A P P Y  
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-10-2014 12:30 PM , Processed in 0.586060 second(s), 42 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top