CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123456Next
Return Post new threads
Show: 12400|Reply: 127

Azroy sudah berumur 45 tahun rupanya,tp kekal lasak!

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 20-12-2012 02:46 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar MOHD AZIM ABD RAHMAN


Kerjasama  Faizal Hussein dan pengarah Dain Said dalam Bunohan mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa.
Kerjasama  Faizal Hussein dan pengarah Dain Said dalam Bunohan mendapat sambutan baik di peringkat antarabangsa.
FAIZAL HUSSEIN pastinya bukan satu nama yang kecil dalam industri lakonan tempatan kerana mempunyai pengalaman 30 tahun dalam industri selain telah membintangi kira-kira 25 buah filem.

Terbaru, aksinya filem Bunohan arahan Dain Said memberi impak tersendiri buat pelakon bertubuh kurus dan tinggi lampai ini.
Membawakan watak seorang pembunuh upahan bernama Ilham yang telah diupah untuk membunuh adiknya sendiri, mainan jiwa dan konflik dalaman yang dipersembahkan Faizal menyaksikan kehebatan lakonan anak pasangan seniman Hussein Abu Hassan dan seniwati Mahyon Ismail ini.

Tidak hairanlah filem Bunohan yang diterajui oleh Faizal itu mendapat sambutan baik dan tercalon dalam beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. Tentu sekali dengan bakat, pengalaman dan statusnya sebagai pelakon berwibawa membuatkan Faizal berada dalam kelasnya tersendiri. Pasti ada pihak tertanya-tanya apakah Faizal sudah merasakan dirinya hebat sehingga tidak mahu terlibat dengan filem yang melibatkan individu yang masih baru dalam industri.



Faizal  Hussein bersama barisan pelakon yang bakal membintangi filem Longkai.

Namun pelakon yang melonjak namanya dengan watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 dan Bayangan Maut pada tahun 1990 ini menyangkal dakwaan itu sebaliknya mengatakan bahawa dia bersikap terbuka untuk bekerja dengan sesiapa sahaja. "Apa yang telah saya lakukan selama ini tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya mendabik dada atau meletakkan diri satu tahap lebih tinggi berbanding pelakon lain. "Secara jujur, saya gemar bekerja dengan pelbagai pihak kerana secara tidak langsung dapat memberikan saya pengalaman berbeza kerana cara kerja setiap orang berlainan.

"Apa yang penting, sebagai pelakon kita perlu memastikan mutu lakonan yang diberi sentiasa berada pada tahap terbaik dan akhirnya kita akan dinilai daripada lakonan kita, bukan dengan siapa kita berlakon," jelasnya

Kekal lasak


watak  Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja telah melonjakkan nama Faizal  hussein (tengah) di persada seni tanah air.

Terdapat banyak gaya lakonan dalam bidang perfileman, ada antaranya memerlukan permainan emosi dan penjiwaan watak yang berat tetapi kurang penggunaan tubuh badan secara fizikal dan ada sebaliknya. Merupakan suatu bonus apabila seseorang pelakon itu dapat membawakan watak dengan baik dalam melakonkan adegan yang memerlukan penggunaan fizikal yang tinggi dan juga permainan emosi yang berat. Itulah yang sudah dilakukan oleh Faizal apabila mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 1982 melalui filem Senja Merah.

"Saya merupakan seseorang yang gemar aktiviti lasak dan saya gabungkan dua minat saya iaitu berlakon dan aksi lasak sekali gus. "Kini pada usia 45 tahun, saya masih lagi melakonkan babak-babak aksi yang saya gemar semasa zaman remaja dahulu dan mujurlah keadaan fizikal saya masih mengizinkan," katanya.

Terbaru, Faizal bakal tampil dengan sebuah lagi filem aksi terbitan Metrowealth Productions (MIG) bertajuk Longkai yang diarahkan sutradara Hashim Rejab. Faizal berkata, dia masih tidak mempunyai masalah untuk melakonkan babak-babak aksi kerana dia sememangnya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

"Saya merupakan seseorang yang sukakan gaya hidup lasak kerana apabila mempunyai masa terluang antara aktiviti kegemaran saya adalah bersukan dan bermain sukan paintball. "Selain itu, saya juga gemar melakukan watak aksi sendiri berbanding menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri kerana bagi saya, ia memberikan kepuasan yang berbeza apabila babak aksi itu dilakukan diri sendiri," katanya.
Walaupun begitu, Faizal juga akan mendapatkan pandangan pengarah dan kru produksi terlebih dahulu kerana semua keputusan bergantung kepada mereka sama ada dia dibenarkan melakukan aksi itu sendiri atau perlu dilakonkan pihak lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20121219/hi_01/Tidak-mahu-mendabik-dada#ixzz2FZWV26Sq
  Utusan Melayu (M) Bhd








1

View rating log

^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 20-12-2012 02:48 PM |All posts
dia nie aku tgk dh mcm DIDIE ALIAS versi jantan...
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 20-12-2012 02:53 PM |All posts
la apa hal nama azroy plak  ko ni TT cer tulis faizal@azroy

aku igt azroy yg berlakon cite sembilu sembelit
rupanya faizal husin aka azroy
    
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-12-2012 03:41 PM |All posts
bila la dia ni nak gemuk
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-12-2012 03:42 PM |All posts
roy...roy.... keras sungguh hati kau roy....
Siapa Rasis msuk Nuraka pling bwah utk Sulama2 nya...  kata org itu :p
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-12-2012 03:45 PM |All posts
pilem gila2 remaja memang best.........
cloud and wind
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-12-2012 03:45 PM |All posts
dulu die ngn sepupu die si rosyam tu sama2 naik jer kan... tp nmpk rosyam mcm lebih brjaya dr dia...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 20-12-2012 03:47 PM |All posts
AbukRokok posted on 20-12-2012 03:42 PM
roy...roy.... keras sungguh hati kau roy....

old skool tu...

Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-12-2012 03:47 PM |All posts
body dia maintain je...
tak kecik tak beso
bape org da anak dia ngan suhaila...
  28.02.09 till now  
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-12-2012 03:48 PM |All posts
mybe rosyam lebih romantik... lg pun pndai business... , prnh jumpa roy ni masa muda2 dulu ngn nasha aziz kt area gombak...
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 20-12-2012 03:49 PM |All posts
Azroy........phheewittttttttt
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-12-2012 03:55 PM |All posts
cemp posted on 20-12-2012 03:47 PM
body dia maintain je...
tak kecik tak beso
bape org da anak dia ngan suhaila...

x silap 2 orng kan dia ngn suhaila... relax jer.. low profile diorang ni.... bagus kan...
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-12-2012 03:57 PM |All posts
* sorry... nak jawab.. ank die 2 orng dgn suhaila ni.. trcepat nk taip pulok....
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 20-12-2012 04:02 PM |All posts
masih tak nasha ada feel lagi ngan azroy nih...cinta lama lah katakan..
aku cari rezki halal
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 20-12-2012 04:02 PM |All posts
Mungkin sebab muka dia muka gangster, tak sesuai bawa watak romantik macam Rosyam, tu yg tenggelam je.
Sibuk sangat...   
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 20-12-2012 04:07 PM |All posts
roy begini..remy begitu..
apa kisahnya chin, kuzi & ravi eh?
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-12-2012 04:09 PM |All posts
pinkyroses811 posted on 20-12-2012 03:57 PM
* sorry... nak jawab.. ank die 2 orng dgn suhaila ni.. trcepat nk taip pulok....

hehehe...tula yg cemp taw 2 org je..
kot la ade penambahan lg...



  28.02.09 till now  
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 20-12-2012 04:14 PM |All posts

one of the best actor yg ada di malaysia nie...
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 20-12-2012 04:14 PM |All posts
dulu masa di kapel ngn nasha.. aku suke sgt tgk... lg2 msa tu ade VC lagu wings tu...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-12-2012 04:21 PM |All posts
cess.... faizal hussein rupanya..ingatkan azroy sembilut..
dah malas nak cari..lepak kat CARI.COM je la..
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-12-2012 04:37 PM |All posts
devilito posted on 20-12-2012 03:45 PM
pilem gila2 remaja memang best.........

jln cerita mmg best...tp dialog dlm filem ni mmg xblh blah...nk kata usop selam skema, skema lg dialog dlm filem ni kecuali scene lucu



Pohon ampun dan maaf pada semua atas salah dan silap
Reply

Props Report

Fighter

[AikOLiaN]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 20-12-2012 04:41 PM |All posts
"oh peperiksaan...."
segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-12-2012 04:44 PM |All posts
pinkyroses811 posted on 20-12-2012 04:14 PM
dulu masa di kapel ngn nasha.. aku suke sgt tgk... lg2 msa tu ade VC lagu wings tu...

teringat dlu2 aku suka sgt drama rashid sibio..dlu2 drama dia best2 x mcm skrg asek cerita seksa org jaa ada 1 drama dia tajuk putih gaun pengantin, nasha & faizal berlakon.. sweet gile aku tgk diorg ni..
angin malam sampaikan rinduku
Reply

Props Report

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Post on 20-12-2012 04:45 PM |All posts
minat gile kat dia

tapi x suke dia lam kanta serigala...
...welcome back, emperor yeepi_33.....
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-12-2012 04:46 PM |All posts
azroy, name legend tuh....azroy sembilu aku x tau
die ni jnis low profile, sempoi jer
Life is pleasant.Death is peaceful.Its the transition tht's troublesome
Reply

Props Report

123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 30-7-2014 02:48 AM , Processed in 0.317073 second(s), 36 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top