CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 54048|Reply: 8

Hukum telan air mani suami

[Copy link]

Post on 19-10-2012 01:18 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Soalan

Ustaz, apakah hukum oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pulaustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.


- Anak Empat -



Jawapan


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi  masing-masing. Justeru Islam melarang darimendatangi isteri dari duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu oral seks'tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan:-



Yang mengharuskan :


Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)  berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteria tau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yangkeluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak padatempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.


Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah anal sex'atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya,adapun oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yangmelarangnya.
Pandangan harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi olehMufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (ProfFiqh di Univ Al-Azhar)apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi manaianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangansuami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dariketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.


Perbincangan ringkas


Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskantermasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkinboleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.


Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakanjika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sexini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorangyang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelinciriaitu mazi.


Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhabHanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.


Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya,majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair maziini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskanperlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.


Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam,justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini.Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakanharam menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannyasebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulahia lebih lagi diharamkan.


Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalahsatu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.


"Oral seks" juga tergolong dalam kategoriperlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaandan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.


Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkaraini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Darisudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebatdan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi merekayang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan


Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapatdilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-


Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`AllamahAhmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oralsex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami)dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluardarinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air maziitu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkanpenyakit baginya.


Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yangpenting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepadakesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku inijuga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikandari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yangserius.


Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernahmenyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbandingdi kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan oral sex' dibimbangi bolehmembawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyaibanyak bakteria dan kuman.


Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu SyeikhNasiruddin Albani berkata :-


"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, sepertianjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasulmelarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliauturun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala danmematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa NabiShallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) denganorang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangantasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwanyang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dankeadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"


Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalilyang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun sayatidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan mengeneralize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh)sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian jugamenyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan oralseks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan sijantan?  Adakah binatang yangmelakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang menciumdan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan keranamenyerupai binatang.?  Sudah tentu tidak.



KESIMPULAN


Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelaskepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadappendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-


1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilakuseks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.


2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasanganmereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia jugadituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukanaktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun iamakruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengajauntuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan jugabinatang.


3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan keranaIslam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama jugaseperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melaluidengan bahagian kimia)


4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yangdiberi oleh Islam atau disebut rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannyabagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga ataulebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.


5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih ataumana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan bolehdidakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggapberzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab FiqhIslam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalamkaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalahharam jua"


Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kitamesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tanggadan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks inibenar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita,dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atausemakin buas sebenarnya.


Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginannafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri danmasyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yangsentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawanolehnya kelak. Fikirkan...
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
sumber dan artikel menarik lagi : www.zaharuddin.net/



Last edited by redsparrow999 on 19-10-2012 01:23 PM

Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-10-2012 09:03 PM |All posts
Sy sgt setuju akan hukum yg disepakati 'ulamak masakini...ia perkara baru dlm masyarakat namun telah menjadi suatu wabak yg sukar diatasi dek pengaruh dari barat yg memang sntiasa melampaui batas...

Kini persoalan2 begini sgt kerap ditanya di mana2 kerana kekerapan kelakuan ini sama ada bg yg sudah berkahwin mahupun belum berkahwin...namun bg yg belum berkahwin tp dah terbiasa melakukan zina atau hampir2 berzina, maka kalau setakat makruh littahrim oral seks ni takde mende laa...sume tak rase brdosa dah time tuu...

Cuma bg yg berkahwin, pd sy secara peribadi & merujuk kpd pngdn 'ulamak2 masakini, sy tetap yakin bahawa hukumnya adalah sama ada makruh littahrim atau haram...maknanya wajarlah dijauhi kerana kecenderungan utk 'ter'telan yg najis adalah amat tinggi..

Lagipun air mazi yg najis akan byk keluar sblm inzal...maka pastilah bukan shj mani yg ditelan, malah mazi pun byk.... Dan ketahuilah bg mereka2 yg seronok dgn bnde ni, air mani bukanlah utk diminum / ditelan.....
KOMEN INI DICETAK OLEH KOMPUTER DAN TIDAK MEMERLUKAN TANDATANGAN
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-10-2012 02:15 PM |All posts
Astaga, seram sejuk da tade bende lain korang nak telan ek
senja ini ada darah mengalir
dari pinggir kota kita
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-10-2012 10:14 PM |All posts
bintang posted on 20-10-2012 02:15 PM
Astaga, seram sejuk  da tade bende lain korang nak telan ek

salam

Astaga ..?
berbalik pada bahasa ..
i know what you mean .. for me is not wrong .. i fully understand ..
ok know i use this bahasa pulak .. boleh ke .. atau salah ..? hehe

Hisaplah diri kamu sebelum kamu d'hisap ..

wassalam


(◔◡◔).. -;{@ ♡ .. (>‿◠)✌
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-10-2012 10:22 PM |All posts
NorAddin posted on 20-10-2012 10:14 PM
salam

Astaga ..?

Adeh,, spontan jek menaip tuh... tade maksud mengucap ke apa... ala cam apek sayur menjerit sebut alloh, tade ler dia bermaksud Allah



Hisaplah diri kamu sebelum kamu d'hisap ..
Inilah yang sebaik-baiknya
senja ini ada darah mengalir
dari pinggir kota kita
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-10-2012 10:33 PM |All posts
bintang posted on 20-10-2012 10:22 PM
Adeh,, spontan jek menaip tuh... tade maksud mengucap ke apa... ala cam apek sayur menjerit sebut  ...

salam

Hisaplah diri kamu sebelum kamu d'hisap ..
Inilah yang sebaik-baiknya
Hisablah diri kamu sebelum kamu d'hisab ..

ada different tak .. ? iisshh

wassalam


p/s ..



(◔◡◔).. -;{@ ♡ .. (>‿◠)✌
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-10-2012 10:37 PM |All posts
NorAddin posted on 20-10-2012 10:33 PM
salam

Hisaplah diri kamu sebelum kamu d'hisap ..
Hisaplah diri kamu sebelum kamu d'hisab ..


hehehee....

yang ni lak beza tak;
Hisablah diri kamu sebelum kamu d'hisab ..

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab ..




senja ini ada darah mengalir
dari pinggir kota kita
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 20-10-2012 10:48 PM |All posts
bintang posted on 20-10-2012 10:37 PM
hehehee....  

yang ni lak beza tak;

salam

ok .. gtg ..
ada discussion on aahh ..
c u .. chooowwww

wassalam


(◔◡◔).. -;{@ ♡ .. (>‿◠)✌
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 20-10-2012 10:52 PM |All posts
NorAddin posted on 20-10-2012 10:48 PM
salam

ok .. gtg ..

Aiwa... B2W  
senja ini ada darah mengalir
dari pinggir kota kita
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-7-2014 06:10 AM , Processed in 0.282406 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top