CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Show: 969|Reply: 16

[Tempatan] [3]Beruang berkeliaran di sebuah taman perumahan, Kuantan !

[Copy link]

4896

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 17-9-2012 11:43 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



                                                                                                                17 September 2012                    

Kelibat beruang berjaya dirakam

KUANTAN - Kehadiran seekor beruang di kawasan belukar berdekatan perumahan Taman Pandan 2, dekat sini, dipercayai benar-benar wujud selepas seorang penduduk mendakwa berjaya merakam kelibat beruang berkenaan.
       
        Haiwan itu dikatakan keluar pada tengah malam minggu lalu di kawasan sama dan sempat dirakamkan penduduk terbabit sebelum memuat turun rakaman itu di laman sosial Facebook Surau Madinah.
       
        Rakaman selama 47 saat itu memaparkan seekor beruang berlari di atas jalan kawasan perumahan itu sebelum menghilangkan diri dalam belukar berdekatan.
       
        Sebelum ini, beberapa penduduk sudah melihat kelibat beruang itu di lokasi sama dan memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
       
        Walaupun hairan dengan kehadiran beruang terbabit, namun mereka mendakwa tidak mustahil haiwan itu muncul akibat sesat dari habitat asal di hutan berdekatan.
       
        Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kamarul Ariffin Mohamad berkata, beliau ada mendengar penemuan beruang tersebut tetapi tidak pernah menyaksikan sendiri kehadiran haiwan itu.
       
        Katanya, selepas melihat rakaman itu, beliau melaporkannya kepada Perhilitan dan menyerahkan sepenuhnya kepada jabatan berkenaan.
       
        ¡°Penduduk di kawasan ini sudah dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas mengenai kehadiran beruang terbabit,¡± katanya ketika dihubungi, semalam.
       
        Menurutnya, penduduk juga turut melihat rakaman pergerakan beruang itu pada majlis sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa hari selepas kemunculan haiwan itu.
       
        Sementara itu, Pengarah Perhilitan, Khairiah Mohd Sharif sebelum ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya memaklumkan perkara itu kepada jabatan berkenaan.
       
        Katanya, mereka boleh menghubungi jabatan itu di talian careline 1-300-80-1010 bagi memaklumkan semua kes berkaitan hidupan liar.

p/s baik tangkap sebelum ia cederakan org...kelaparan la tuh... jarang beruang kuar pekan...

Statistik bukaan jenis thread TW75 pada 17 Sept 2012 (11.42 am):

1. Ehwal kemasyarakatan -2 thread

2. Pendidikan - 1 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - o thread
5. Dunia - 0 thread


jumlah thread - 3

pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...
C.K  

5

Threads

28

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
13-7-2009
Post on 17-9-2012 11:47 AM |All posts
kuantan sekarang ini sedang galak dalam fasa pembinaan kearah kuantan maju...target 2015?ke tahun 2000 berapa tah....banyak hutan dan bukit diterokai dengan xtreme...habitat haiwan itu diceroboh....

8

Threads

12

Fans

8689

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
22-11-2010
Post on 17-9-2012 11:49 AM |All posts
waahhh...dpt tgk beruang live la gtu
Supercalifragilisticexpialidocious!

4896

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 17-9-2012 11:56 AM |All posts
aechae posted on 17-9-2012 11:49 AM
waahhh...dpt tgk beruang live la gtu

mesti ada yg tunggu nak tgk gajah live ?  
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

16

Threads

3

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
18-6-2007
Post on 17-9-2012 12:10 PM |All posts
hyatt hotel itu sentiasa dicerobohi monyet...nak buka sliding door pun ngeri.
Bila bulan berwarna Biru

7

Threads

14

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
5-7-2007
Post on 17-9-2012 12:11 PM |All posts
hutan dan makin kurang...tu jadi gini
semua kejadian ada hikmahnya..moga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah

0

Threads

4

Fans

903

Points

Pioneer

Rank: 6Rank: 6

Joined
7-4-2012
Post on 17-9-2012 12:23 PM |All posts
Tak lama lagi gajah,babi hutan pun ada kat jalanraya...

25

Threads

1

Fans

2945

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
29-7-2003
Post on 17-9-2012 12:25 PM |All posts


akibat kerakusan manusia abis beruang,babis,monyet
lari dan berdemo di jalan raya

regards

4896

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 17-9-2012 12:43 PM |All posts
bolat-bolat posted on 17-9-2012 12:23 PM
Tak lama lagi gajah,babi hutan pun ada kat jalanraya...

yajuj makjuj pun ntah-ntah dah nak kuar...

pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

80

Threads

5

Fans

110k

Points

Super Moderator

Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24Rank: 24

Joined
22-8-2006

Moderator Super Moderator

Post on 17-9-2012 01:08 PM |All posts
baik tangkap sebelum orang yg cederakan dia.

Man hasuna bidayatuhu hasuna ~

~ :: http://winamp05.ucoz.net/ :: ~

4

Threads

1

Fans

1242

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
15-4-2004
Post on 17-9-2012 02:55 PM |All posts
itu beruang madu rasanya....

129

Threads

26

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
15-8-2010
Post on 17-9-2012 02:59 PM |All posts
gegeh nak pi zoo tgk bear... tgk2 wild bear tinggal kat belakang umah jer
When Fantasy Beyond Reality...
Emotional Will Take Into Place...

246

Threads

1

Fans

4754

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
30-5-2011
Post on 17-9-2012 03:23 PM |All posts
Skang beruang dah berwang kah nak g soping patung beruang
Boya Bkn Sebrng Boya,Boya Gombak Dari Perak
Bujang Senang Dh BerkeraK

33

Threads

21

Fans

210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
21-4-2009

Moderator

Post on 17-9-2012 03:50 PM |All posts
Calling mr bear grylls
I dont usually gives credit, but when i do i make sure i cantas more than that

18

Threads

31

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
24-5-2010
Post on 17-9-2012 04:02 PM |All posts
bolat-bolat posted on 17-9-2012 12:23 PM
Tak lama lagi gajah,babi hutan pun ada kat jalanraya...

babi hutan dah lama dah kuar,,,aritu kat sg isap..babi berkeliaran dekat kedai runcit

hai kawan kawan

4896

Threads

20

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
24-1-2010
Post on 18-9-2012 06:29 AM |All posts
KUANTAN: Kemunculan seekor beruang di Taman Perumahan Pandan 2, di sini, menggemparkan penduduk kerana bukan saja menimbulkan kebimbangan, malah keselamatan mereka turut terancam jika diserang haiwan liar berkenaan.
  Lebih membimbangkan, kehadiran beruang itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam Internet, sekali gus mengesahkan dakwaan penduduk yang haiwan liar berkenaan benar-benar wujud di kawasan perumahan mereka.    Berikutan rakaman video itu, penduduk taman berkenaan mula percaya haiwan itu yang sebelum ini hanya menjadi bahan cerita benar-benar wujud dan boleh mengancam keselamatan jika tiada sebarang tindakan diambil pihak berkuasa.

  Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu, Kamarul Ariffin Mohamad berkata, pada awalnya dia tidak percaya kerana hanya mendengar cerita mengenai kehadiran haiwan itu.
  Bagaimanapun, menurutnya, selepas melihat rakaman itu, beliau melaporkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan  Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana bimbangkan keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

  ¡°Setakat ini, beruang itu masih belum ditangkap dan berharap tindakan segera dilakukan bagi menangkapnya.

  ¡°Saya bimbangkan keselamatan dan tidak mahu berlaku kejadian tidak diingini kerana boleh muncul dan memberi ancaman kepada penduduk,¡± katanya, semalam.


  Sementara itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Sharif mengesahkan tidak menemui sebarang kesan termasuk tapak kaki beruang berkeliaran di kawasan perumahan Taman Pandan 2.

  Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai bagi menyiasat kewujudan beruang itu berdasarkan aduan penduduk yang mendakwa melihat haiwan itu, minggu lalu.

pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...

1

Threads

0

Fans

3641

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
30-1-2009
Post on 18-9-2012 12:34 PM |All posts
pasni tak heran besok rimau pun selamba lalu lalang di kawasan perumahan...
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-6-2013 11:50 PM , Processed in 0.245218 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top