Tiada publisiti, promosi atau penerbitan dan penyiaran program khas di televisyen (TV) serta radio sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 esok. Ini berbeza dengan kempen besar-besaran program raya yang lalu. Setiap saat dan detik, ada saja drama, filem dan program khas disediakan oleh stesen TV sepanjang Hari Raya itu.
Mungkin ulang tahun Hari Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963 masih dianggap sesuatu yang ¡®baharu¡¯ kepada sebahagian besar rakyat Malaysia.
Kita percaya masih ada yang terpinga-pinga, apabila ditanya mengenai ulang tahun Hari Malaysia kerana ramai lebih tahu dengan Hari Kebangsaan. Tambahan pula, Hari Malaysia disambut kira-kira dua minggu selepas Hari Kebangsaan.
Namun sejarah adalah sejarah. Ia fakta negara yang tidak boleh ditukar ganti. Kita hanya tahu ini negara Malaysia tetapi belum tentu ramai yang tahu dengan lancar dan mendalam mengenai sejarah Malaysia iaitu sejarah negara sendiri. Ia ibarat kita tahu diri sendiri tetapi tidak tahu sejarah mengenai bila, di mana, bagaimana kita dilahirkan dan dibesarkan.
Di sinilah pentingnya stesen TV dan radio menguar-uarkan sejarah penubuhan dan ulang tahun Hari Malaysia kerana medium media penyiaran elektronik mempunyai pengaruh besar kepada penonton atau pendengar.
Memang untuk tujuan tarikan penonton, elemen fiksyen turut disuntik dalam sesebuah drama mahupun filem supaya ia tidak membosankan apabila ditonton. Ini kerana kebiasaannya, cerita berkisar tema sejarah, jika tidak diolah secara kreatif, menyebabkan penonton enggan untuk mengikutinya sehingga habis.
Filem luar negara
Entah kenapa, kita lebih teruja untuk menonton filem kenegaraan dan patriotik yang dihasilkan oleh pembikin filem luar negara tetapi bersikap terlalu cerewet, sangat berkira dan asyik mencari kelemahan tatkala menonton filem sejarah negara sendiri.
Tidak dinafikan filem yang berkisar sejarah negara kita kurang menarik dan menghiburkan. Apabila menonton filem atau drama TV mengenai sejarah negara, kita seolah-olah sedang menonton sebuah dokumentari yang aksinya dilakonkan semula.
Filem konsep sejarah seperti Leftenan Adnan, Paloh dan Embun gagal memikat penonton kerana persembahannya yang bersifat hendak ¡®mengajar¡¯ penonton pasal sejarah.
Filem ini kurang fiksyen atau elemen cerekanya, terlalu terikat dengan fakta sehingga ¡®membuang¡¯ unsur hiburan menyebabkan penonton cepat gelisah sehingga filem itu tamat.
Kalau ada elemen hiburan dan fiksyen, penonton dan mungkin pihak lain akan mengkritik bahawa cerita sejarah patutnya tidak boleh dibuat dengan cara seperti itu.
Belanja besar
Filem sejarah juga memerlukan belanja yang besar. Menyediakan peralatan untuk latar belakang atau props sejarah, mencari lokasi, pakaian dan caj penyelidikan membabitkan kos yang tinggi. Tidak termasuk kos penggambaran, pelakon, pekerja filem, pasca produksi, pengedaran dan pemasaran.
Sehingga hari ini, penghasilan filem sejarah dilakukan secara individu seperti Datuk Paduka Shuhaimi Baba daripada Pesona Pictures. Beliau pernah menghasilkan filem Hati Malaya dan kini bakal menayangkan karya terbarunya, Tanda Putra.
Usaha dan inisiatif Shuhaimi patut diberikan sokongan padu. Beliau belum hilang semangat untuk hasilkan filem sejarah walaupun sambutan filem Hati Malaya dianggap mengecewakan.
Benar kerajaan ada membantu dalam sudut kewangan menerusi dana khas tetapi ia bukanlah pinjaman secara percuma malahan jumlah yang diperoleh belum mencukupi untuk membiayai kos Tanda Putra sepenuhnya.
Bagi drama atau telefilem, mungkin stesen TV boleh memperuntukkan harga istimewa kepada penerbit yang menghasilkan karya berlandaskan sejarah dan kenegaraan.
Bermakna, setiap syarikat penerbitan yang membuat cerita sejarah negara seperti drama, dokumentari atau program khas yang berkualiti, menarik dan menghiburkan dibayar 30 peratus hingga 40 peratus lebih tinggi daripada harga drama biasa.
Ini sebagai menghargai sumbang penerbit yang menghargai negara.
Kita berharap suatu hari nanti, ada cerita sejarah Malaysia diolah, digarap dengan menarik disiarkan oleh stesen TV dan radio, terutama pada hari penting negara seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Juga ada iklan syahdu menggambarkan rasa bangga pada negara tercinta ini.
p/s mana nak ada kesan patriotik jika ada pengarah lebih utama keuntungan...
Statistik bukaan jenis thread TW75 pada 17 Sept 2012 (9.60 am):
1. Ehwal kemasyarakatan -1 thread
2. Pendidikan - 1 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - o thread
5. Dunia - 0 thread
jumlah thread - 2
Last edited by tongkatwaran75 on 17-9-2012 11:44 AM
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...
Kalau nak patriotik, aku rasa antara mvie yng berjaya ialah citer-citer askar yang Badul berlakon.
Satu lagi, drama yang RTM pernah tayang dulu. Tak ingat dah.
salah satu sebab mengapa filem sejarah tempatan x mendapat tempat sbb terlalu byk kredit diberikan pada pihak yg "sana" sebaliknya yg "sini" langsung dinafikan perjuangannya sedangkan kedua2 memainkan peranan dlm perjuangan ke arah kemerdekaan negara.....
TanSriJess posted on 17-9-2012 10:08 AM
penerbit lah...bukan pengarah yg lbh utamakan keuntungan
klu kita amik senario di msia,
filem patriotik, susah nak cari penerbit independent
slalunya yg biayai ialah badan-badan kerajaan yg sumber dana dari kerajaan sendiri...
jadi mereka nie tak bermotif keuntungan...
jadi yg demand...pengarah filem la...
satu kontrak ngarah filem telan belanja tinggi...
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...
TanSriJess posted on 17-9-2012 10:23 AM
pengarah sama cam pelakon...bayaran berdasarkan dlm kontrak jer
lain lah si pengarah tu penerbi ...
namakan citer patriotik yg penerbitnya independent?
ada ker penerbit inde yg brani terbit filem patriotik?
sebagai contoh;
paloh - Filem Negara Malaysia (wikipedia)
embun - Filem Negara Malaysia (wikipedia)
leftenan adnan - kementerian pertahanan(wikipedia)
pelik...sistem numbering & statistik thread pun jadi persoalan? kesian...kesian...[em:1: ...
TanSriJess posted on 17-9-2012 10:47 AM
paloh - adman salleh
embun - erma fatima
leftenan adnan - aziz m osman
embun tu kisahnye diadaptasi dari kisah benar.. embun yg original tu kebetulan nenek bekas pengetua sekolah aku... dan faktanya dinafikan bahawa embun original tk penah dirogol sama ada solo mahupun begilir2 dek jepun... erma fatima sudah tukar olah skrip nk kasi peluang adiknya buat ekspresi pompuan kena anu2 dalam filem tesebut... sedih wei... nk buat filem sejarah... tp skrip kalau boleh nk menang jugak..adoi
giler seh, sedih tiap kali tgk citer tu , tu pon masih ada terkucil sana sini dari pada kisah yang benar, .. tapi sampai la ni kalau tgk balik mmg ada vibe..
Filem Leftenan Adnan memang bagus tapi yang lain macam Embun menampakkan kebodohan pembikinnya.
Majoriti produser filem malaysia bukan saja bengap tapi juga tak berpijak di bumi nyata.
Jika disaksikan trailer filem Jalan Kembali kat astro misalnya, ibu ayam cina tu macam tak takut saja untuk terima wanita melayu secara paksa sedangkan di alam nyata mereka tak berani langsung untuk ambil melayu secara paksa; takut diburu 3-line atau vigilante ketuanan melayu yang lain. Depan melayu cina pijak semut pun tak mati.
Satu lagi trailer filem keluaran astro yang aku pernah nampak ialah filem Estet yang cuba memberi gamabaran bahawa buruh di estet juga terdiri dari melayu .Aku rasa semua yag terlibat hasilkan filem itu dah tahu bahawa buruh estet hanya terdiri dari etnik india , etnik iban & dayak lain serta indon saja. Tapi mereka macam tak nak terima hakikat & cuba memperbodohkan penonton pulak.
Maka filem filem Estet serta Jalan Kembali juga boleh dicap sebagai antara beratus filem yang dikeluarkan oleh lembu-lembu bawah tempurung pprt.
Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.