CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123456Next
Return Post new threads
Show: 9561|Reply: 126

Koleksi-Koleksi Tangkal Terhangat Di Pasaran

[Copy link]

Rank: 5Rank: 5

Post on 8-9-2012 12:10 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


Fenomena Tangkal

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid¡¯ah dan syirik. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar ¡°wali keramat¡±, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur¡¯an kecil, cebisan kain kelambu ka¡¯abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, ¡°ayat 1000 dinar¡±, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi ¡°bahan pendinding¡±, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

Seiring berleluasanya amalan khurafat ini, sebahagian media dan industri perfileman pun turut tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan. Akhirnya apa yang telah sedia buruk menjadi bertambah-tambah buruk. Terutamanya terhadap pembinaan aqidah kanak-kanak dan remaja hari ini.

Tangkal Tiada Manfaatnya

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta¡¯ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

¡°Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).¡± (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu¡¯aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً، فَلَا أَتَمَّ اللهُ لَهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً، فَلَا وَدَعَ اللهُ لَهُ

¡°Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada¡¯ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.¡± (Majma¡¯ az-Zawa¡¯id, 5/175. Kata al-Haitsami, ¡°Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya¡¯la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.¡±. Dinilai hasan oleh Syu¡¯aib al-Arnauth)

Dalam riwayat yang lain:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ

¡°Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.¡± (Majma¡¯ az-Zawa¡¯id, 5/175, no. 8399. Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak-anak kecil.

Wada¡¯ah adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan dan bahaya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam Tafsirnya:

دخل حذيفة على مريض، فرأى في عضده سيرًا فقطعه -أو: انتزعه -ثم قال

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

¡°Hudzaifah pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan firman Allah, Surah Yusuf, 12: 106): ¡°Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.¡±.¡± (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419)

donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 8-9-2012 12:11 PM |All posts
Membuang Tangkal

Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلاًّ قُطِعَتْ

¡°Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.¡± (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i¡¯tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.

Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

¡°Jika engkau memohon (berdoa), mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.¡± (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/56, no. 2440. Hasan sahih)

Berkaitan dengan ini, ada satu kisah riwayat daripada Zainab isteri ¡®Abdullah B. Mas¡¯oud. Katanya:

كَانَ عَبْدُ اللهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ، تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ، قَالَتْ: وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ، فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنَ الْحُمْرَةِ، فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ، فَدَخَلَ، فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي، فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا، قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ، قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنِ الشِّرْكِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الرُّقَى، وَالتَّمَائِمَ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ، فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا، وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ؟ قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ، فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Apabila ¡®Abdullah (Ibnu Mas¡¯oud) selesai dari suatu keperluan, beliau berhenti pada pintu, ia berdehem dan membuang ludah kerana khuwatir menemukan sesuatu yang tidak berkenan dari kami.

Suatu hari beliau datang dan berdehem, beliau berkata dan ketika itu di sisiku ada seorang nenek sedang menjampiku dari humrah (sejenis radang kulit), lalu aku menyembunyikannya di bawah tempat tidur. Beliau pun masuk dan duduk di sisiku, beliau melihat jahitan di leherku lalu bertanya, ¡°Benang apa ini?¡± Aku jawab, ¡°Benang untuk menjampiku.¡± Lalu beliau pun mengambil dan memotongnya sambil berkata, ¡°Sesungguhnya keluarga ¡®Abdullah tidak memerlukan syirik, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

¡°Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah adalah syirik.¡±

Zainab berkata, ¡°Aku katakan kepadanya, ¡°Kenapa engkau mengatakan seperti itu padahal mataku pernah sakit. Aku selalu datang kepada fulan, seorang yahudi untuk menjampinya, dan sebaik ia menjampi, sakit itu pun reda.¡±

Beliau (Ibnu Mas¡¯ud) berkata, ¡°Itu adalah perbuatan syaitan yang menggerakkan dengan tangannya, apabila engkau dijampi dengannya, maka halanglah. Sesungguhnya cukup bagimu dengan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

¡°Hilangkanlah sakit ini wahai Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.¡±.¡±
(Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu¡¯aib al-Arnauth)

Tiwalah adalah sesuatu yang dibuat bagi menjadikan seorang seorang lelaki tertentu rasa jatuh cinta kepada seorang wanita, atau seorang wanita akan tertarik kepada seorang lelaki.

Dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini mungkin ia lebih dikenali antaranya sebagai minyak dagu, minyak pengasih, minyak penunduk raja, dan ilmu pengasih asap rokok.

Termasuk di dalam bentuk-bentuk alat penangkal lainnya yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini adalah seperti susuk, gelang-gelang kesihatan, tuah batu keramat, ibu serai, khadam ayat, batu serai, ibu duit, wafaq, kayu kokka, dan batu petir.


Adapun jampi (atau ruqyah), maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan. Dan jampi (ruqyah) yang dibenarkan adalah apa yang diambil dari al-Qur¡¯an atau al-hadis berdasarkan tunjuk-ajar Rasulullah Shallallahu ¡®alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Termasuk ruqyah yang dibenarkan adalah apa jua doa secara umum yang boleh difahami iaitu yang dimohon hanya kepada Allah Ta¡¯ala selagi mana tidak mengandungi lafaz-lafaz yang syirik dan tidak disertakan dengan ritual-ritual yang bid¡¯ah.

Setelah kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua bentuk tangkal, azimat, jampi-serapah serta yang seumpamanya. Kerana ia tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang bathil.

Kerana setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha. Demikianlah dengan orang yang berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar.

Bahaya Syirik

Allah Subhanahu wa Ta¡¯ala berfirman:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

¡°Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.¡± (Surah Luqman, 31: 13)

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

¡°Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.¡± (Surah al-An¡¯am, 6: 88)

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

¡°Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Segsiapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.¡± (Surah an-Nisaa, 4: 116)

Allah tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta¡¯ala (maksudnya):

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

¡°Dan kami nilai segala amal yang mereka usahakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan.¡± (Surah al-Furqon, 25: 23)

Wallahu a¡¯lam.

Source: http://bahaya-syirik.blogspot.co ... ebodohan-bukan.html
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 8-9-2012 12:11 PM |All posts

Ramai yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak kuasa jahat, menarik rezeki, dan memiliki kuasa penyembuhan. Ada juga yang mempercayai sesetengah batu delima memiliki khadam (jin penjaga).


Tangkal berbentuk Cincin


Minyak Pengasih Yang Dipercayai Memiliki Kuasa Cinta Guna-guna


Ramai beranggapan kayu kokka memiliki pelbagai khasiat perubatan, kuasa penyembuhan, menarik rezeki dan sebagai tangkal pendinding.


Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal.


Tangkal botol berisi ayat-ayat jampi sebagai penjaga rumah.


Batu jed yang dipercayai memiliki kuasa penyembuh, penenang, membuang aura kejahatan, menaikkan seri, dan menarik rezeki.


Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning.


Tangkal berbentuk "angka 786" pada papan tanda salah sebuah restoran di Shah Alam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi sebahagian orang, terutamanya golongan India Muslim atau mamak - "angka 786" dipercayai mampu membawa tuah dan menarik rezeki.


Tangkal berbentuk frame kuning keemasan (seperti bingkai gambar) di bahagian dinding atas belakang kaunter bayaran sebuah restoran mamak di Shah Alam. Ini adalah antara bentuk-bentuk tangkal pelaris perniagaan.


Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan.
1

View rating log

donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-9-2012 02:50 PM |All posts
bnyk jgk org cite pasal barra tp owner barra ni bukan melayu ke? pekerja je yg mamak.  tp cite kdai blakang kdi barra ni yg lg hot. siang mlm org dtg melimpah2 kedai tu. siap dah ade org nmpk akak poc atas bangunan kdi tu.. huhu..tu ckp2 org lah. tp selalu kedai rmi pki pelaris. bukan barra jela. sy mkn kat barra / kdai belakang die tu xpenah lg tertarik nk mkn kat situ selalu. biasa2 je..
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 8-9-2012 03:50 PM |All posts
day2 posted on 8-9-2012 02:50 PM
bnyk jgk org cite pasal barra tp owner barra ni bukan melayu ke?  pekerja je yg mamak.  t ...

kalau mampu, boikot je kedai2 yang mengamalkan sihir2, tangkal2 dan seumpamanya. especially bila ada gantung2 benda pelik2 mcm angka 786, ayat2 seribu dinar, frames ayat2 quran dengan macam2 perhiasan dan lain2 lagi. dibimbangi makanan yang kita makan tak bersih.
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 8-9-2012 09:58 PM |All posts
Hehehe, amalan2 sebegini mmg dah jadi seakan satu kewajipan bagi sesetengah org... hehehe, masa zaman2 aku jahil dulu pun byk je tangkal kat badan nih... apa yg boleh aku ckp, semuanya bergantung kepada 'kebenaran' Allah gak... Kalau DIA kata tak menjadi, mmg hebat mana pun tangkal tu, mmg tak jadi ar... yg pasal batu2 yg ada khadam tu, mmg ada je pun... ibarat batu tu sebagai pengantara @ tanda persahabatan antara individu tersebut dgn makhluk tertentu... hehehe, kira mcm kad keahlian ar... kalau ko nak 'brader' persatuan x cover ko, ko kena ar jadi ahli and bayar yuran tahunan... konsep yg sama, cuma beza pada ruang dimensi... hehehe...
  It's just a matter of time!!!
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 9-9-2012 02:48 AM |All posts
budakgraphic posted on 8-9-2012 09:58 PM
Hehehe, amalan2 sebegini mmg dah jadi seakan satu kewajipan bagi sesetengah org... hehehe, masa zama ...

semuanya syirik.... dosa paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah sebelum kita mati tak sempat bertaubat.
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 9-9-2012 03:53 PM |All posts
LanzSlumber posted on 8-9-2012 12:11 PM
Ramai yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak kuasa jahat, menarik ...

sape ada jual minyak cenuai...awek2 kat kampus aku ni lawa2 la...
http://airfilter80.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 9-9-2012 04:11 PM |All posts
LanzSlumber posted on 9-9-2012 02:48 AM
semuanya syirik.... dosa paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah sebelum kita mati tak sempat ...


Hehehe, mmg bukan satu tugas mudah utk menyedarkan golongan2 yg seakan semakin tersasar ini... Tapi kita perlu gunakan kaedah yg mungkin akan mengambil sedikit masa... Insyaallah suatu hari nnt pasti hidayah akan muncul dlm diri setiap manusia...
  It's just a matter of time!!!
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 9-9-2012 04:14 PM |All posts
budakgraphic posted on 9-9-2012 04:11 PM
Hehehe, mmg bukan satu tugas mudah utk menyedarkan golongan2 yg seakan semakin tersasar ini... T ...

abis skrg ni main lagi ke benda2 macam ni? buang la semua benda2 tak paedah tu..
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 9-9-2012 04:22 PM |All posts
LanzSlumber posted on 9-9-2012 04:14 PM
abis skrg ni main lagi ke benda2 macam ni? buang la semua benda2 tak paedah tu..


hahaha, kan ke aku ckp suatu masa dulu? skang ni alhamdulillah, dah kosong... kalau aku bantu kawan2 pun sekadar gunakan selawat dgn al-fatihah jewk...
  It's just a matter of time!!!
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 9-9-2012 04:24 PM |All posts
kalo tak silap aku...786 tu kira macam persatuan dorang. kedai2 mamak biasa akan ada nombor ni. bukan tangkal rasanya. betul kan aku kalo salah
7May2014: Perancangan Allah itu lebih baik. Al fatihah buat arwah ayah
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-9-2012 06:17 PM |All posts
bukan ke 786 tu 786 huruf dalam al-fatihah ke?..
di india..golongan muslim bubuh 786 ni di papan tanda gerai mereka utk menyatakan kedai mereka halallan toyibban..
so kalau ke india nampak gerai ade letak 786 ni.boleh la makan.sbb sana hanya golongan muslim je boleh guna no.ni utk membezakan makanan muslim dan non-muslim..
bab cincin lak..rasulullah s.a.w pakai cincin batu warna merah sebab ada hadith menyebut,batu merah lah yg mula-mula menerima islam dimuka bumi ini,batu merah juga adalah batu yg pertama mengakui kerasulan nabi
nabi sulaiman memakai cincin yang tertera tulisan ALLAH dan MUHAMMAD.wallahualam.
bab kayu lak..sunan kalijaga(tak silap kalau salah tlg perbetulkan).pakai tongkat dari teras gemunggal(raja kayu agung penawar bisa dan sihir<--kata sunan kalijaga)sumber xdiketahui..minta pencerahan..
yg lain2 tu..nampak cam syirik pon ade...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 9-9-2012 06:27 PM |All posts
ren0_0 posted on 9-9-2012 04:24 PM
kalo tak silap aku...786 tu kira macam persatuan dorang. kedai2 mamak biasa akan ada nombor ni. buka ...

Salah lah tu.......
786 tu angka dari "Bismillah......."

p/s:   kalau aku salah, tlg betulkan aku lak....
Mari Beli buku....Beli SATU dpt SATU
stormreaders.net/jazaa gallery
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-9-2012 06:35 PM |All posts
jazaa posted on 9-9-2012 06:27 PM
Salah lah tu.......
786 tu angka dari "Bismillah......."

tq kak sbb perbetulkan

Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 9-9-2012 08:21 PM |All posts
jazaa posted on 9-9-2012 06:27 PM
Salah lah tu.......
786 tu angka dari "Bismillah......."

tq sebab betul kan

The total value of the letters of Bismillah al-Rahman al-Rahim, according to one Arabic system of numerology, is 786


7May2014: Perancangan Allah itu lebih baik. Al fatihah buat arwah ayah
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 9-9-2012 08:22 PM |All posts
DumBell posted on 9-9-2012 06:17 PM
bukan ke 786 tu 786 huruf dalam al-fatihah ke?..
di india..golongan muslim bubuh 786 ni di papan ta ...

salam.

1. al fatihah ada 113 huruf
http://id.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Fatihah

2. batu, benda2, binatang2 tak wajibkan memeluk islam, hanya manusia dan jin sahaja harus memeluk syariat Allah. merepek meraban sapa cakap batu merah yang mula2 muslim?


donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 9-9-2012 08:25 PM |All posts
jazaa posted on 9-9-2012 06:27 PM
Salah lah tu.......
786 tu angka dari "Bismillah......."

ungkapan 'bismillah' dalam huruf arab ada (ba, sin, mim, alif, lam, lam, ha), total 7 huruf. ni mesti huruf jawi 'fail'
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-9-2012 08:47 PM |All posts
bagus teruskan usaha anda, memrangi kesetan akidah itu
http://ariapersanta.blogspot.com/
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 9-9-2012 09:08 PM |All posts
LanzSlumber posted on 9-9-2012 08:25 PM
ungkapan 'bismillah' dalam huruf arab ada (ba, sin, mim, alif, lam, lam, ha), total 7 huruf. ni me ...

Aku fail ke...kau yang fail atau mamak yang fail.....

ko kalau tak tau....jgn nak pandai failkan orang.....cer belajor lagi.....
Belajor tu bukan maksudnya kena belajor yang lurus-lurus je....yang henky penky pun kita kena tau gak....
Jadi tak de lah bila pelik sikit cepat je nak "fail" kan orang iya dik iya....

ni aku tlg ko gogel.......kau habiskan baca je.....

     hduniaku.com/g786-dipapan-tanda-kedai-mamak

Mari Beli buku....Beli SATU dpt SATU
stormreaders.net/jazaa gallery
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 9-9-2012 09:22 PM |All posts
DumBell posted on 9-9-2012 06:35 PM
tq kak sbb perbetulkan

Tak pe dik....
sama-sama betulkan....benda ni dari zaman akak sekolah lagi dah tau.....
Alif tu berapa angka...
Ba tu berapa angka....dan seterusnya....
Sebab tu tak rasa pelik bila mamak percaya tu semua & mcmana diorang dapat 786 dari ayat "Bismillah....".

Dulu akak buat pe tau? bila ada je bf yang nak usha, akak dok "tilik" dulu nama dia...
campur tolak....campur tolak...darab bahagi tu semua......kesudahan berapa no dia....
pastu ganding lak dengan no akak....
Blh ON ke tak blh......

ha...ha....tu zaman jahiliyah akak ler.....skrg dah lupa dah ilmu mengarut tu semua.....
Mari Beli buku....Beli SATU dpt SATU
stormreaders.net/jazaa gallery
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 9-9-2012 10:14 PM |All posts
jazaa posted on 9-9-2012 09:08 PM
Aku fail ke...kau yang fail atau mamak yang fail.....

ko kalau tak tau....jgn nak panda ...

ni semua tafsiran memandai-mandai... kira mcm tangkal jugak. meletakkan huruf2 tertentu dengan nombor2 tertentu lepas tu campur2 apa semua jadilah benda tu. pastu mengiktikadkan benda tu dengan nama agama dan kalimah2 Allah yang mulia. masya Allah.... semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah.
donno wat to say
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-9-2012 01:09 AM |All posts
LanzSlumber posted on 9-9-2012 08:25 PM
ungkapan 'bismillah' dalam huruf arab ada (ba, sin, mim, alif, lam, lam, ha), total 7 huruf. ni me ...

tq sebab kasi lebih info..

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-9-2012 01:16 AM |All posts
LanzSlumber posted on 9-9-2012 08:22 PM
salam.

1. al fatihah ada 113 huruf

saya tulis batu tu mula2 muslim.
saya tulis batu pertama menerima islam dan kerasulan MUHAMMAD S.A.W
tp kalau saya salah maafkan la kekhilafan saya itu..
Last edited by DumBell on 10-9-2012 01:18 AM

Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 10-9-2012 01:40 AM |All posts
jazaa posted on 9-9-2012 06:27 PM
Salah lah tu.......
786 tu angka dari "Bismillah......."

Jika ianya dibaca dan didawamkan sebanyak itu maka boleh mendatangkan kelarisan dalam perniagaan ...
Wallahu'alam ..
http://addictivedoubt.wordpress.com/
Reply

Props Report

123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-7-2014 09:18 AM , Processed in 0.312796 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top