CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456Next
Return Post new threads
Show: 3713|Reply: 132

[Tempatan] Hairie Othman belum rancang bertanding p'raya

[Copy link]

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:05 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Hairie Othman belum rancang bertanding p'raya
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:19AM Jul 31 2012

Pelakon Hairie Othman yang baru sahaja menyertai PAS tidak menolak kemungkinan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika dicalonkan.

Hairie ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sendiri sendiri belum merancang untuk berbuat demikian buat masa ini.

"Itu saya saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan). Tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya anggap diri saya ini sebagai aktivis parti sahaja," kata Hairie.

Ura-ura itu timbul apabila beliau dilihat semakin rancak berceramah di pentas PAS selepas menyertai parti itu secara rasmi akhir Jun lalu.

Mengulas lanjut, Hairie berkata penyertaannya ke dalam PAS merupakan satu bentuk penghijrahan agama dan politik.

"Dua-dua sekali (hijrah agama dan politik), dan sejak masuk PAS ini saya banyak belajar tentang agama," kata Hairie.

Penyertaan golongan pelakon dan penyanyi ke dalam parti pembangkang merupakan sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Salah satu penyebabnya adalah tanggapan bahawa mereka yang berbuat demikian akan sukar mencari makan menerusi media massa perdana yang dilihat menyebelahi parti pemerintah.

Mengulas perkara itu, Hairie menegaskan yang beliau yakin rezekinya tetap akan terjamin walaupun bergiat aktif dengan PAS.

"Kita sentiasa boleh cari sumber rezeki yang lain," katanya.

Menurutnya lagi, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di kalangan seniman dan selebriti tanah air juga semakin meningkat akhir-akhir ini.

Namun demikian tambahnya, ramai yang memilih untuk tidak menyatakan sokongan mereka secara terbuka kerana tidak mahu sumber pendapatan mereka terjejas.

"Kawan-kawan artis ada yang menyokong dan bersama Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.

"Cuma kebanyakannya memilih untuk tidak menyuarakannya kerana masih mahu kekal dalam industri," kata Hairie.
Selain Hairie, turut menyertai PAS setakat ini ialah penyanyi Aishah, pelawak Bob Lokman, dan terbaru pelakon Abby Abadi ketika parti itu dilihat semakin rancak menerima keanggotaan dari selebriti dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Penglibatan Hairie dalam bidang lakonan bermula menerusi filem pertamanya, Kad Cinta pada tahun 1995.

Popularitinya melonjak naik pada tahun 2000 selepas memegang watak Leftenan Adnan dalam filem dengan judul sama.


252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:08 PM |All posts
Asyik abby je gelamar. . Status mamat ni lagi berani matinye
tak plak dino nak kutuk

2

Threads

4

Fans

410k

Points

Conqueror

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Joined
31-7-2003
Post on 31-7-2012 12:11 PM |All posts
la ni  musim artis aktif politik, tak kira parti , dedulu nih selalunya artis pro parti kerajaan jah...
~syukran~

3

Threads

1

Fans

1247

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
23-3-2012
Post on 31-7-2012 12:12 PM |All posts
Kalu blum tak yah tulis apa2 sebb tiada sebb kecuali dh rancang nk bertanding... cerita 0...kalu cerita dia jumpa nik aziz tajuk patut tulis sebb apa...

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:13 PM |All posts
alahai posted on 31-7-2012 12:11 PM
la ni  musim artis aktif politik, tak kira parti , dedulu nih selalunya artis pro parti kerajaan jah ...

tapi yg kene kutuk kaw2 abby sorang

50

Threads

4

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
16-9-2008
Post on 31-7-2012 12:16 PM |All posts
aduh geli tengok gambar tu. eiii!
takbirrrrr!

0

Threads

2

Fans

1292

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
13-9-2011
Post on 31-7-2012 12:19 PM |All posts
patut masuk board lawak & jenaka
setiap sabtu

19

Threads

5

Fans

4227

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
26-6-2006
Post on 31-7-2012 12:21 PM |All posts
tak emosi ka org2 lamo kat dlm pas tu? tetibe baru masuk terus betanding?
Kau meroyan?

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:21 PM |All posts
rolypoly posted on 31-7-2012 12:19 PM
patut masuk board lawak & jenaka

Khennnnnnn. .
Dia ni lagi bnyk modal utk dicerca

82

Threads

20

Fans

5761

Points

Post Banhammer

Joined
25-4-2011
Post on 31-7-2012 12:22 PM |All posts
hahahaa.. habis sume lupe dosa2 dia kene tangkap basah.. .masuk pas jadik maksum pulak yee
www.untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:22 PM |All posts
Tapi aku respek retis2 BERANI. . .
Tak takut utk menyyatakan sokongan. .Termasuk retis umnok

0

Threads

4

Fans

2131

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
25-1-2012
Post on 31-7-2012 12:25 PM |All posts
atira posted on 31-7-2012 12:08 PM
Asyik abby je gelamar. . Status mamat ni lagi berani matinye
tak plak dino nak kutuk

kan dah aku kata Dino tu perempuan so dia anti ngan pompuan jerk lah
ngan Hairee dia ada perasaan sayang macam sayangnya dia pada mawi

0

Threads

12

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
14-3-2008
Post on 31-7-2012 12:25 PM |All posts
Wah.. daringnya.. Bob Lokman yg dah lama berkecimpung tu pon x voice out pasal pencalonan

Harap kalau tak tercalon jgn plak merajuk ye?
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP

(BERS✔H)

78

Threads

13

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
24-11-2006

Moderator

Post on 31-7-2012 12:26 PM |All posts
Dah la politician kat Malaysia ni ramai bertaraf sampah...

Masuk pulak artis jadi politician..

Sampah kuasa dua lah jawab nya politik Malaysia
www.mydreamytreats.com
Saudagar macaron/cupcakes (2D & 3D)/fondant cakes/red velvet/cheese tart/home made choc & cookies.

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:28 PM |All posts
apatah posted on 31-7-2012 12:25 PM
kan dah aku kata Dino tu perempuan so dia anti ngan pompuan jerk lah
ngan Hairee dia ada perasa ...


Pelik plak
aku pompuan. . Jarang kutuk pompuan. . Even rosomah pon aku sayang

0

Threads

4

Fans

2131

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
25-1-2012
Post on 31-7-2012 12:28 PM |All posts
unekspekted_XII posted on 31-7-2012 12:22 PM
hahahaa.. habis sume lupe dosa2 dia kene tangkap basah.. .masuk pas jadik maksum pulak yee

ko tak pernah tau eh yang Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang minta ampun? tp kalau ko dosa umpat keji/fitnah orang ,Allah tak boleh nak ampunkan selagi orang yang ko umpat keji/ fitnah tu ampunkan ko. So belajarlah bermuasabah diri di ramadhan yang mulia ini

1139

Threads

8

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
23-6-2010
Post on 31-7-2012 12:30 PM |All posts
erm.......
Panduan Belajar Matematik...http://jomtuisyenonline.com

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:31 PM |All posts
apatah posted on 31-7-2012 12:28 PM
ko tak pernah tau eh yang Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang minta ampun? tp kalau ko  ...

Dia tu. . Kalau raja dia berzina dan bunuh org. . Baru la suci murni.. .Wajib disembah

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 31-7-2012 12:31 PM |All posts
atira posted on 31-7-2012 12:08 PM
Asyik abby je gelamar. . Status mamat ni lagi berani matinye
tak plak dino nak kutuk

nak kutuk wat ape... bkn die meroyan..... perjuangan agama bersaksi org PAS bla2
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 31-7-2012 12:32 PM |All posts
atira posted on 31-7-2012 12:13 PM
tapi yg kene kutuk kaw2 abby sorang

tira p baca twit die baru paham
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:33 PM |All posts
dino posted on 31-7-2012 12:32 PM
tira p baca twit die baru paham

Tak de twit

16

Threads

32

Fans

1010k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
24-6-2005

Legenderer

Post on 31-7-2012 12:36 PM |All posts
atira posted on 31-7-2012 12:33 PM
Tak de twit

bleh tgk jah....
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim N Ahkak Pink

252

Threads

10

Fans

510k

Points

Superior

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
16-4-2002
Post on 31-7-2012 12:37 PM |All posts
dino posted on 31-7-2012 12:36 PM
bleh tgk jah....

aku dok baca FB status dia...
boleh tahan meletop....
okay plak uols...
skarang block...
kang aku skodeng dan tepek sini

6

Threads

1

Fans

604

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
7-7-2011
Post on 31-7-2012 12:55 PM |All posts
dlm cter waris dia jd saka...x terbakar ke kalo masuk PAS
Remy Bara

50

Threads

4

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
16-9-2008
Post on 31-7-2012 01:01 PM |All posts
apatah posted on 31-7-2012 12:28 PM
ko tak pernah tau eh yang Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang minta ampun? tp kalau ko  ...

kecuali hudud. Hudud kalu, takdenya mohon ampun settle. Kasik potong kasik rajem dulu!
takbirrrrr!
123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 24-5-2013 08:04 PM , Processed in 0.339360 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top