CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
12345678910... 29Next
Return Post new threads
Show: 71529|Reply: 717

GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG NAMPAK PEHA; Pg 25 #625

  [Copy link]

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:25 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Neelofa letak sempadan
KOSMO 8 Julai 2012




SEBAGAIMANA cahaya bunga biru di sebalik maksud namanya, Neelofa kelihatan teguh atas jalan penyelesaian yang diputuskan awal minggu lalu. Dalam senyum berbalut ketenangan yang bersinar daripada anak matanya, dia melepaskan segala tatah-tatah yang menjadi resam rumah siap pahat berbunyi.
Soal siapa menang tidak semestinya benar atau beralah bukan bererti kalah juga bukan ungkapan yang perlu dijadikan isu. Tidak langsung perlu dihiraukan atau menjadi lintasan yang berselirat di jiwa.
"Saya anggap perkara yang sudah itu tetap sudah. Nama pun majlis yang kami adakan tempoh hari sebagai majlis permohonan maaf. Saya dengan rela hati telah memaafkan dia (Anzalna).
"Apabila ia dinamakan permohonan maaf bersyarat maknanya syarat yang dituntut telah dipersetujui, tidak perlu syarat itu pula yang hendak diungkit. Sekarang, saya menyerahkan kepada umum untuk membuat penilaian," kata Neelofa terhadap usaha Persatuan Seniman yang menemukannya dengan pelakon Anzalna, Isnin lalu.
Episod damai tanpa babak bersalaman atau bergambar semasa sidang media selepas sesi perbincangan tertutup kedua-dua artis itu juga galak diperkatakan. Itu seperkara lagi yang mahu Neelofa tegaskan.
"Usahkan bab bergambar, kontroversi itu juga ada disalahertikan sebagai pakatan untuk meraih populariti. Saya fikir, orang tahu kami ini pelakon, jika kami bergambar bersama dan bersalaman pun orang akan anggap kami berlakon depan kamera. Jadi, sama ada bergambar dan bersalaman atau tidak, mulut orang tetap akan mengata bahawa itu semua lakonan.
"Namun, saya akui, majlis permohonan maaf tempoh hari sedikit kelam-kabut. Ada baiknya juga tiada gambar kami bersalaman kerana dua minggu sebelum itu, kecoh dengan cerita saya dibidas, hantar notis dan masing-masing melantik peguam. Saya tak mahu dimalukan secara bertimpa-timpa," katanya mohon pengertian.

MENYERAHKAN penilaian terakhir kepada khalayak, Neelofa anggap isu fitnah dan perangnya bersama Anzalna kini selesai. Selepas ini, dia mahu tutup buku dan enggan menjadikan perkara itu terheret dalam  kariernya.



Jauh di lubuk hati Neelofa, benar dia memaafkan setiap butir tuduhan yang dilemparkan Anzalna terhadapnya seperti yang disiarkan akhbar 10 Jun lalu. Bagaimanapun, bohonglah jika semua yang berlaku tidak berbekas di hatinya.
Sandiwara hebat
"Saya hanya mahu membersihkan nama yang tercemar. Isu itu isu lama. Orang lihat itu isu kecil tapi bagi saya ia isu besar kerana bukan sahaja pelakon dan pengacara, sekarang saya juga jurucakap kepada beberapa produk. Akan datang, ada lagi kontrak bersama produk lain yang bakal menyusul. Saya dihubungi banyak pihak korporat bertanyakan kesahihan cerita.
"Sebelum tampil dengan notis tuntutan untuk Anzalna dulu, saya dan peguam sudah terfikirkan soal jalan damai tanpa ke mahkamah. Sebab itulah saya tegaskan dulu, apa sahaja langkah seterusnya bergantung kepada respons dia," getusnya merasakan dia berhak atas apa yang dicapai hari ini.
Melihat drama luar lokasi dua bintang baharu itu, sama ada Neelofa atau Anzalna, kedua-dua si cantik kelahiran program Dewi Remaja itu masih terlalu tipis portfolio seni mereka. Untuk Neelofa, setidak-tidaknya Nona menjadi sandaran yang kuat untuk dia berdiri sebagai pengacara selain filem Azura 2012 dan drama televisyen seperti Kitab Cinta dan Tahajud Cinta yang sekadar cukup makan. Sebagai isi menebalkan nama dalam lipatan perhatian peminat, masing-masing tidak kalah menjual sensasi.
"Saya tak boleh hendak menafikan fakta tersebut, pelakon baharu macam saya ibaratnya baharu setahun jagung. Memang kami belum boleh dinilai berdasarkan kerja seni.
"Naskhah besar juga belum ada sebab untuk berjaya dengan produk yang benar-benar dikagumi, ia tidak boleh dilakukan dalam jangka waktu yang singkat.
"Saya masih dalam proses, tapi saya percaya kalau rajin dan bersungguh-sungguh dalam bidang ini, benda itu akan datang perlahan-lahan. Mula-mula hendak berada dalam industri, inilah cerita kami," kata bintang filem Lemak Kampung Santan dan Hantu Kapcai yang telah selesai penggambaran.
Dilihat sebagai pemenang kepada episod kemuncak perbalahan yang menjadi muka depan akhbar tempatan, namun pemilik nama Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tetap mengambil iktibar atas titik hitam yang berlaku.
"Sebagai selebriti, saya kena menjadi lebih bijak menempuh arus. Harus meletakkan sempadan, tidak boleh terlalu jujur hingga menjadi naif dan tidak juga terlalu mengelak sehingga dilihat sebagai seorang yang terlalu tertutup.
Tunai umrah

NEELOFA sedang berada di Tanah Suci Mekah bermula 5 hingga 16 Julai  untuk penggambaran drama Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, pemergian ke sana juga akan digunakan sebaik mungkin untuk menunaikan ibadat umrah.



"Apabila semuanya sudah selesai, saya lega kerana telah mengambil jalan penyelesaian tanpa perlu bersikap gelojoh. Kalaulah saya jenis melatah dan sibuk-sibuk memberi komen, rasanya perkara itu akan jadi lebih buruk," katanya yang sedikit terkejut apabila isu pergaduhan itu mendapat perhatian besar.
Dari situ dia sedar, biarpun namanya belum bersinar seperti pelakon-pelakon besar negara, namun apa sahaja salah laku artis akan menjadi isu besar.
"Bertelagah pun tentang isu lama, saya sedar artis bukan macam pemimpin negara yang harus dijadikan muka depan akhbar tapi itulah situasi sekarang, orang ambil berat setiap kes melibatkan artis.
"Mula-mula saya memang rasa malu, tapi bila ia berpenghujung begitu, segalanya pulih," katanya yang bakal bergelar jurucakap jenama tilam terkenal, King Koil tidak lama lagi.
Sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, keberkatan berada di Tanah Suci juga akan dimanfaatkan oleh Neelofa untuk sama-sama mengerjakan umrah.
Ditemui sehari sebelum berangkat, katanya: "Sebenarnya saya agak gementar sampai tak tahu apa yang harus dibawa nasib baik ibu banyak tolong saya buat persediaan. Ini kali pertama saya akan ke sana, selain penggambaran kami juga akan mengerjakan umrah. Syukur sebab saya dibuka peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan." Last edited by solstice on 13-9-2012 12:11 AM

Ini kali lah!

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:28 AM |All posts
Bakal jadi jurucakap tilam jenama King Koil katanya
Tahniahlah
Ini kali lah!

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 09:30 AM |All posts

dok come laluuuuuuuuuuuuuuuu
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:33 AM |All posts
Reply 1# solstice


    Pakaian biru kat atas dari Fashionvalet: http://www.fashionvalet.net/
Vivy punya

Dah jadi duta fashionvalet
Mungkin Lofa amik komisen sbg partner/syer kut (instead just modelling)
Ini kali lah!

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:37 AM |All posts
dok come laluuuuuuuuuuuuuuuu
MelahJanda Post at 9-7-2012 09:30



    hai uolssss

rindu kat lopa kah?
x sabar2 nak mengomen dalam ni
Ini kali lah!

3

Threads

0

Fans

4571

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
7-1-2011
Post on 9-7-2012 09:38 AM |All posts
lantak ko la lopakkkk,blakon bkn best pon chett

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 09:44 AM |All posts
lantak ko la lopakkkk,blakon bkn best pon chett
rimau_belang Post at 9-7-2012 09:38



    entahla blakon kayu. muka pun sedang ada begitu, banyak di pasar khadijah jual nasi kerabu
takde apa yg spesel
harapkan seksi ajela

ramai pulak penyembahnye
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 09:45 AM |All posts
hai uolssss

rindu kat lopa kah?
x sabar2 nak mengomen dalam ni
solstice Post at 9-7-2012 09:37



    stakat muka ba'u buddu gini
tak hadap leeeee
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:47 AM |All posts
Post Last Edit by solstice at 9-7-2012 10:36

Semalam kat mingguan malaysia ada gosip pasal pelakon baru yg tengah panas
Bila ditanya pasukan Euro mana yg disokong, Sepanyol katanya.. sbb ada Christiano Ronaldo
Beria2 brcerita pasa CR

Macam penah dengar citer ni
Pelakun baru yg 'itu' kah? ----> inzal
Bimbo kaedahnya
Ini kali lah!

0

Threads

1

Fans

1465

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
1-7-2008
Post on 9-7-2012 09:51 AM |All posts
Semalam kat mingguan malaysia ada gosip pasal pelakon baru yg tengah panas
Bila ditanya pasukan Eur ...
solstice Post at 9-7-2012 09:47



    .. ampun kan lah beliyau itewww...; at least dia amik tau jugok pasai football player kekdah nyer.. gigih nak tunjuk internasional

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 09:55 AM |All posts
Reply 10# fida75


    Yg lagi hazab gosip ada retis lelaki yg beriya2 cakap sokong Arsenal kat EURO
*pitam
Ini kali lah!

49

Threads

9

Fans

9792

Points

Highlander

Diehard Anti Hip Hop

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
23-1-2005
Post on 9-7-2012 10:03 AM |All posts
tidak lawa sangat pun. pada pendapat aku perempuan yang bukan artis yang umur range loofa nie boleh je kalau nak nampak macam loofa ni.

1. korang bukak je tudung korang
2. lepas kan rambut,pegi je set rambut, takpun nanti orang set rambut boleh je pakaikan rambut palsu yg boleh nampak macam rambut original.
3. pegi pakai make up.
4. make sure cover dahi yea, sbb normally perempuan yg pakai tudung ni dahi dah luas sbb duk tarik rambut ke belakang pakai serkup kepala.
5. for sure korang pun boleh jadi mcm loofa ni cuma korang bukan artis lerrr
saya skrang peminat Neelofa yg cantik menawan

5

Threads

6

Fans

110k

Points

Challenger

mmmmmm

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
11-2-2002
Post on 9-7-2012 10:07 AM |All posts
entahla blakon kayu. muka pun sedang ada begitu, banyak di pasar khadijah jual nasi kerabu ...
MelahJanda Post at 9-7-2012 09:44


Yg kat pasar Khadijah jual nasi kerabu tu bukan artis,
Lofa tetap special sebab dah Jadi artis mek.
Takpe, hari ni ngko menci,esok2 saper tau...
Semoga dibuka hati mu utk menyayangi lofa pasni
Wmen r Like Wi-Fi she sees all available devices but connects to the strongest one

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 10:10 AM |All posts
Yg kat pasar Khadijah jual nasi kerabu tu bukan artis,
Lofa tetap special sebab dah Jadi artis  ...
cikgu_murni Post at 9-7-2012 10:07



    ye mungkin
kalo time tu dia pakai tudung labuh tutup segala-galanya dan jadi muslimah solehah
mungkin.

tapi wat masa ni timakasih je la
over rated dan over exposed dan over confident
nan hadoooooooooooooo
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

5

Threads

0

Fans

640

Points

Minder

Rank: 5Rank: 5

Joined
7-7-2004
Post on 9-7-2012 10:16 AM |All posts
ye mungkin
kalo time tu dia pakai tudung labuh tutup segala-galanya dan jadi muslimah sol ...
MelahJanda Post at 9-7-2012 10:10


Patut le kau jadi janda.

49

Threads

9

Fans

9792

Points

Highlander

Diehard Anti Hip Hop

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
23-1-2005
Post on 9-7-2012 10:17 AM |All posts
Reply 14# MelahJanda


    aku pun tak suka loofa nie tau... overrated
saya skrang peminat Neelofa yg cantik menawan

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 10:19 AM |All posts
Patut le kau jadi janda.
Odyman Post at 9-7-2012 10:16



    nick aku ni dah lama dah..beberapa tahun lepas
jadinya mungkin aku sudah tidak janda lagi. mana kau tahu kan?
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

2

Threads

9

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
25-5-2006
Post on 9-7-2012 10:20 AM |All posts
Reply  MelahJanda


    aku pun tak suka loofa nie tau... overrated
aina_shaira Post at 9-7-2012 10:17



    kansssssssss
OUR CABLES ARE A BIT EXPENSIVE

49

Threads

9

Fans

9792

Points

Highlander

Diehard Anti Hip Hop

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
23-1-2005
Post on 9-7-2012 10:24 AM |All posts
Reply 18# MelahJanda


    macamlah cantik sangat kan, siap keluarkan produk kecantikan angkut mak dan nenek dia yg dah tua bangka tue sekali


mesti orang akan cakap post aku nie post orang dengki
saya skrang peminat Neelofa yg cantik menawan

0

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
9-2-2010
Post on 9-7-2012 10:26 AM |All posts
Belakon idok ler havoc mana...asik kontrobesi bercekau sana sini jep yg lebih...
ada aku kesah...?????

0

Threads

1

Fans

1465

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
1-7-2008
Post on 9-7-2012 10:33 AM |All posts
Reply  fida75


    Yg lagi hazab gosip ada retis lelaki yg beriya2 cakap sokong Arsenal kat EUR ...
solstice Post at 9-7-2012 09:55



    hahahaa... keras perut aku bace... sapekah??

korg bagi la peluang kat lopak.. baru nak bertapak kekdah nye, cuma dia kena tsunami donia retis awai sangat

aku suka dia berlakon dlm tahajud cinta... last part yg soh ustaz urut tu...

1

Threads

1

Fans

4183

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
22-9-2006
Post on 9-7-2012 10:37 AM |All posts
banyaknya yg makan hati dgn kecantikan lopa.. macam mana korang kutuk ciptaan tuhan yg sangat comel ni dia tetap berdiri teguh dgn rezeki yg melimpah ruah...korang yg kutuk hader..?

16

Threads

6

Fans

2725

Points

Honour

Rank: 8Rank: 8

Joined
6-12-2011
Post on 9-7-2012 10:39 AM |All posts
Gigih bg syarat kat Anzal jangan bukak mulut apa2 lagi pas ni pasal kes diorang ni. Tp yg dia dok bercerita tak hengat dlm artikel kat atas tu apa pulak? Betul lah kata korang, she's overated!

Baidewey, apa kes yg tak bersalam tu? Iols dah malas nak follow dah cerita retis suam yg berdua ini!

189

Threads

27

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
25-4-2005
Post on 9-7-2012 10:43 AM |All posts
ROTIKAYA
Gambar: Neelofa Di Mekah Jalani Umrah
09 Jul 2012

Kalau anda sebut nama Neelofa saat ini, pasti pertelingkahan dengan Anzalna Nasir muncuk di¡¯fikiran anda semua.


Isu tersebut sudah pun selesai awal minggu lalu apabila Anzalna Nasir secara terbuka meminta maaf kepada Neelofa atas ketelanjuran kata beliau melalui akhbar Berita Harian.

Kini Neelofa sedang berada di kota suci Mekah mengerjakan umrah mengambil peluang sempena jadual lakonan beliau yang melibatkan beberapa lokasi di¡¯sana.

Neelofa terlibat dalam penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah yang di¡¯arahkan oleh pengarah & penerbit popular Erma Fatima.

Berikut adalah beberapa keping gambar peribadi Neelofa ketika mengerjakan umrah saat ini yang beliau kirimkan kepada peminat melalui akaun Twitter. Enjoice!





Ini kali lah!

5

Threads

6

Fans

110k

Points

Challenger

mmmmmm

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
11-2-2002
Post on 9-7-2012 10:43 AM |All posts
Reply  MelahJanda

macamlah cantik sangat kan, siap keluarkan produk kecantikan angkut mak  ...
aina_shaira Post at 9-7-2012 10:24


Saya karatssss fazura a.k.a miss fake
Oh Biasa lah bila karats mesti vs karats yg satu ....
Wmen r Like Wi-Fi she sees all available devices but connects to the strongest one
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-5-2013 06:44 PM , Processed in 0.309431 second(s), 16 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top