|
Siapakah Yevgeny Khaldei? Nama sebenar beliau adalah Yevgeny Ananevich Khaldei yang merupakan seorang jurugambar ternama Kesatuan Soviet.Beliau terkenal dengan fotonya dari perang dunia kedua yang memaparkan tentera merah sedang mengibarkan bendera kesatuan soviet di atas Reichstag, Berlin yang menandakan kekalahan Jerman.
Khaldei mempunyai latar belakang Yahudi-Ukraine. Beliau meminati bidang nie sejak kecil lagi dengan mula membuat kamera dari cerminmata milik neneknya. Dengan kamera pertamanya itu dia mula membuat eksperimen dengan mengambil gambar adik-adiknya. Pada usia 18 tahun beliau mula berkerja sebagai jurugambar di Agensi Berita Tass yang berpengkalan di Moscow.
Apabilatentera Jerman menyerang Rusia, beliau telah dihantar untuk mengambil gambarperang dunia kedua tersebut dengan berbekalkan kamera,beg dan bahan kimia.Khaldei menghabiskan masa 1481 hari dalam peperangan Rusia-Jerman sebagai wartawan untuk Agensi Berita Tass dan banyak hasil kerja beliau diterbitkan dalam Pavda.
kredit conteng2kreatif.blogspot.com
|