CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
123Next
Return Post new threads
Show: 3319|Reply: 59

tolong aku dapatkan rumah!!

[Copy link]

Rank: 1

Post on 18-11-2011 06:41 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Salam..

Aku ada masalah yang aku rasa memang perlu2kan pandangan dan pendapat korang. erk!
Serius. Aku dan hubby ada beli sebijik rumah. Ok. Semua dah settle dan confirm minggu depan dapat kunci. Tapi.......rumah tu ada penyewa la. Satu family besar duduk menyewa kat rumah tu.

Notis kosongkan rumah dah lama hantar kat penyewa ni. Tapi sampai ke hari ni diaorang tak keluar2 lagi. Agen dah banyak kali cakap, sampai siap datang rumah lagi jumpa penyewa tu. Tapi tetap tak keluar2 jugak. Alasan penyewa ni, diaorang tak ada rumah nak sewa walaupun agen rumah dah siap bagi senarai rumah sewa bagai..

Baru2 ni, agen ajak hubby pergi jumpa face to face dengan penyewa, sebab? ada ke patut penyewa kata....diaorang tak percaya rumah tu dah dijual. tetibe plakkan? Diaorang ingat agen tu diupah owner lama untuk halau diaorang keluar rumah. Maklumlah...diaorang kan tak bayar sewa lama dah...

Agen2 rumah aku pun mulalah naik angin. Heret hubby dengan dokumen2 SnP tunjuk kat diaorang...barulah nak percayakan? dah la plak..time tu si penyewa ni boleh panggil kawan dia yang entah siapa2kan untuk jadi back-up diaorang. Kawan ni plak cakap macam orang tak de ilmu, cakap ikut suka hati. Harap cakap aje riuh! oh.....sungguh sakit hati. Yang lagi membengangkan, salah sorang ahli keluarga penyewa nih boleh plak buat report polis time tu. Sebab? Diaorang kata agen2 rumah aku seolah-olah mengancam kehidupan diaorang. adoiii...patut ke? Agen2 rumah aku cuma menjalankan tugas aje kot?

Malam tu jugak, aku dan hubby pergi jumpa family penyewa tu. Cakap slowtalk dengan diaorang. Selagi boleh selesai dengan cara baikkan. Nampak macam diaorang boleh terima apa yang aku dan hubby cakap. Kitaorang memang nak rumah tu kosong kalau dapat kunci nanti.

Jadi, lepas malam tu sampailah hari nih, aku ni sibuklah search kat internet cari rumah sewa untuk diaorang. Serius. Aku ikhlas nak tolong. Rumah sewa tu banyak memang banyak tapi......adoiii! Semuanya diaorang taknak! Jauhlah, sewa mahallah! Itulah.........inilah. Tak faham aku? Kenapa nak memilih time2 macam nih?

Sabor je aku laki bini. hai...nak buat ape nih?
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 18-11-2011 07:40 PM |All posts
Aku baca pun Stress .... Fuhhh ...
Te Amo  
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 18-11-2011 07:40 PM |All posts
rumah lelong ke?
GetPlentyOfCalcium.BKind2UrKnees.U'llMissEmWhenThey'reGone
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 18-11-2011 07:41 PM |All posts
Kalo ko bawak saman dari mahkamah agak2 diaorg keluar tak...?
Te Amo  
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 18-11-2011 07:42 PM |All posts
Patutla tuan rumah lama tu jual sbb malas dah kot nak deals dgn org cenggini ... Huhuhu
Te Amo  
Reply

Props Report

B.K  

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-11-2011 07:55 PM |All posts
lah kt tuan rumah lama pun dia x byr sewa sbb tu x nk pindah
padaMu ku berserah
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 18-11-2011 08:14 PM |All posts
ada satu cara kasar dulu i pernah baca...

since rumah dah nama tu dah nama TT, boleh pergi potong api/air rasanya.

pastu ni i jumpa dari blog abg ensem yg melabur kat property/rumah sewa nih.


Beb, entri Macamana cara nak halau tenant yang tak bayar sewa aku hilang la. Sape la agaknya yang telah memadamkannya dan aku sama sekali tak perasan yang entri tu dah takde. Nasib baik la aku masuk blog MatJoe, kalau tak sampai sekarang aku tak tau yang aku kekurangan satu entri yang agak penting especially untuk member aku, Najib yang sekarang ni tengah menghadapi masaalah nak menghalau tenant dia yang dah 4 bulan tak bayar sewa.

Okla, kat sini aku cuba recall balik apa yang aku dah tulis kat dalam entri hari tu. Direct to the point, di antara cara-cara yang aku dan geng aku pernah buat untuk menghalau tenant yang selalu tuang nak bayar sewa ialah :

Iklankan RUMAH UNTUK DISEWA kat pintu atau pagar rumah korang tu.

Kalau ada yang berminat nak datang tengok rumah, amatlah dialu-alukan tetapi sebaik-baiknya waktu penyewa tegar tu ada kat rumah sebab kalau bakal tenant tu tanya kenapa tenant lama tu tak keluar lagi, korang boleh jawab adat orang tak bayar sewa, takkan nak duduk free. Nanti pandaila dia angkut kain baju dia dan korang kena pastikan yang penyewa tegar tu dengar apa yang korang cakapkan tu.

Biasanya akan ada 2 kebarangkalian dari tindakan korang tu iaitu :
Penyewa tegar tu akan update balik sewa tu atau pun
Penyewa tu akan angkat kaki dari rumah tu tapi perlu diingatkan bahawa kebarangkalian penyewa tu akan merosakkan rumah korang tu amatlah tinggi sebagai membalas dendam pada apa yang korang dah buat kat dia.
1

View rating log

GetPlentyOfCalcium.BKind2UrKnees.U'llMissEmWhenThey'reGone
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 18-11-2011 08:38 PM |All posts
Potong je la air dgn letrik dia.
Looking for homestay in Bangi? PM me.  
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 18-11-2011 09:47 PM |All posts
Salam..
Aku ada masalah yang aku rasa memang perlu2kan pandangan dan pendapat korang. erk!
Seri ...
adia.aliahus Post at 18-11-2011 18:41

Ko dah hantar surat notis soh kuar kan..Penyewa tak kuar jugak so ko patut buat polis report
Hantar  reminder notis kuar umah bersama salinan polis report kat penyewa
Klau penyewa tak keluar jugak rasanya kena pakai loyer lah

Dlm pada tu potong letrik/air
Bagitau je kat dorang penyewa tak bayar sewa dan tak nak kuar dri umah
Org tnb sgt bekerjasama dlm hal ni
1

View rating log

The journey of MH370 ended at the southern Indian Oceon  
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 18-11-2011 10:00 PM |All posts
yang si penyewa tu dah ingat macam harta sendiri kot.
tu yang tak percaya dan tak mo keluar dari rumah tu.
dah nama pun penyewa.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 18-11-2011 10:08 PM |All posts
rjinnya TT nie gi cri umah kat diorang...
bersabo la ye...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 18-11-2011 10:24 PM |All posts
kalau aku, mmg da lama panggil polis. xde masa nk cari kn rumah untuk diorg. notis agen da bagi awal2 kn?. and betul lah ckp org dkt atas2 ni, potong electric and air.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 18-11-2011 10:24 PM |All posts
korang duk area mana?
Love it or List it!
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 18-11-2011 11:31 PM |All posts
Pilihan pertama potong bekalan letrik dan air sure dia orang akan pindah dengan kadar segera.  Kalau kat bandar sapa boleh tahan duduk tampa air dan letrik.  Banyak owner buat cara ni untuk buat penyewa yang tak nak bayar sewa dan degil ni pindah.  Kemungkin akan ada kerosakan pada rumah agak besar.  Tapi no hal rasanya sebab sure TT akan ubahsuai rumah tu dulu sebelum duduk.  Jadi kalau rosak pun boleh dibaiki semula.  Pilihan kedua guna khidmat peguam untuk dapatkan perintah mahkamah supaya dia orang keluar.  Tapi processnya akan makan banyak masa dan belanja.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 18-11-2011 11:59 PM |All posts
-tabur segala jenis paku depan gate rumah dia hari2 kasik pancit tayar kete die
-curik spender yg dia sidai hari2

Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 19-11-2011 12:10 AM |All posts
-tabur segala jenis paku depan gate rumah dia hari2 kasik pancit tayar kete die
-curik spender y ...
snowyqueeny Post at 18-11-2011 23:59

Curik spender?
The journey of MH370 ended at the southern Indian Oceon  
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-11-2011 12:14 AM |All posts
Saya rasa perkara ini agak pelik. Ada orang jenis yang mati-mati tak nak meninggalkan rumah yang disewa walaupun telah 'dipaksa' keluar? TT harus membuat laporan polis kalau ada bukti secukupnya telah membeli rumah tersebut untuk memaksa orang degil tu keluar. Namun, TT perlu ambil langkah berhati-hati kelak sebab orang tu mungkin akan membalas dendam.
I am who I am.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-11-2011 06:39 AM |All posts
Saya rasa perkara ini agak pelik. Ada orang jenis yang mati-mati tak nak meninggalkan rumah yang dis ...
spiderman80 Post at 19-11-2011 00:14


tak pelik aihh.. memang ada je orang yg macam tu...

mak aku dulu pun pernah jadi ala2 singa betina yang baru pas beranak pegi serang penyewa dia yang dah 9 bulan tak bayar sewa pastu degil nak mampus tanak keluar dari rumah tu.... bayar sewa tanak.. kuar pun tanak... ni jenis muka 18 tembok punya orang....
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 19-11-2011 07:43 AM |All posts
rumah lelong ke?
Mulan Post at 18-11-2011 19:40



    mulan...bukan lelong. rumah tu beli dengan ajen.
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 19-11-2011 07:46 AM |All posts
Kalo ko bawak saman dari mahkamah agak2 diaorg keluar tak...?
cataleya Post at 18-11-2011 19:41



   ...susah kalo nak guna dan libatkan mahkamah sebab owner lama tak buat tenancy agreement dengan penyewa nih....
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 19-11-2011 07:50 AM |All posts
korang duk area mana?
strawbenna Post at 18-11-2011 22:24



    strawbenna...area johor bahru.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-11-2011 07:53 AM |All posts
kalu aku lah kan hehehe cam kejam pun ada tp aku dah pernah buat :

1.  Report police, dlm report tu ko kena stated yg penyewa yg sedia ada taknak keluar rumah, then ko sebagai tuan rumah nk locked umah tu...
2.  Dah buat report police, ko kena jadi spy plak, tunggu smpi semua org dlm rumah dh keluar, ko ganti kunci or manggakan semua pintu yg ada kt rumah tu, gate, pintu utama, tingkap smpi ke pintu dapur then letak besar2 notice kt pintu rumah SILA HUBUNGI TUAN RUMAH.  lagi besar lagi bagus nak best ko buat banner gantung.


errrr jahat sangat ke??   
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-11-2011 08:26 AM |All posts
ape kate ko ungut nak siar kan gambar dieorang, skali dengan video ko rakam senyap2...
~Usaha Tangga Kejayaan~
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 19-11-2011 08:59 AM |All posts
Untuk pengetahuan korang semua...air kat rumah tu memang dah kena potong. Hubby aku cakap, lepas raya hari tuh memang dah tak ada air.  Tapi nak hidup punya pasal, air pun boleh curi. Curi macam mana tu, aku tak pasti la plak...lagi2 sekarang ni kat mana2 pun boleh ambik air. Kat masjid, kat pam minyak...huhuhuhu! boleh ke?

Plan kitaorang sekarang nih, nak bagi tempoh seminggu kat penyewa tuh...kalau tak out jugak, kitaorang nak potong api. Kalau tak out jugak, nak buat report polis. Kalau tak out jugak, erk!

Ape2 pun, thanks semua. Pandangan2 korang amat dihargai!
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-11-2011 09:18 AM |All posts
ya allah, tegarnya penyewa tu... tp tq tt... at least next time bila aku nak beli umah 2nd hand, menda2 ni akan remind aku as salah satu benda penting yg kena amek kira..
Reply

Props Report

123Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-4-2014 03:46 AM , Processed in 0.296782 second(s), 34 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top