CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 26830|Reply: 25

Mesin Rumput Ape Yang Ekonomi dan Senang Dapat Spare Part?

[Copy link]

Rank: 5Rank: 5

Post on 5-11-2011 11:37 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Assalam semua...

Saya bercadang nak membeli mesin rumput 'galas di belakang' untuk kegunaan sendiri. Terus terang saya bagitau memang saya ni tidak pernah menggunakan mesin rumput dan tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai mesin rumput. Boleh tak sekiranya sesiapa yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai mesin rumput untuk dikongsikan bersama?

Saya nak tau mengenai:

1) BRAND ape yang bagus untuk mesin rumput yang EKONOMI dan mudah untuk mendapatkan SPARE PARTnya? Kalau boleh dengan harga 'anggaran' sekali...


2) PETUA / TIPS penjagaan mesin rumput
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-11-2011 11:25 AM |All posts
Ada satu brand mesin rumput namanya KASEI. Rasanya china mali.
Harga dalam 2 ratus lebih. Aku beli dulu ada offer dapatlah dalam RM185.00 kalau tak silap.
Jimat aku tak tau. Lbh kurang mcm ko tak pernah guna pun mesin rumput sebelum nih. Ini lah yg pertama. Aku tak pakai blade jadi tukar kepada tali.

Sebab apa aku beli, utk rumah aku kalau nak upah org satu kali potong dalam RM 40.00. Sebulan adala dalam 2 kali. Boleh capai RM80.00. Jadi aku beli sendiri dalam boleh save RM80.00 sebulan. Sekarang dalam hampir setahun kau guna. Kira berbaloi la. kira dlm 3 bulan dah balik modal daripada upah orang. Harap jgn la dia kondem lps nih. Penjagaan, aku pun tak tahu. Aku main hentam je. Lps guna pun aku jrg bersihkan.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 8-11-2011 01:58 PM |All posts
Reply 1# shahbp

Kalau nak tahan lama elok gunakan yg branded n gunakan enjin/motor seperti Honda dsbnya.Buatan Cina memang murah tapi masih x reliable seperti Japanese made.
knowledgecentre.wordpress.com Yusoff 0193090711
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 10-11-2011 09:36 PM |All posts
Reply 2# zach2008


    Hmm.. rumah kawan ni tkde la besar sgt... tp skali panggil org dtg mesin rumput... dulu dekat RM 20 skg ni mau RM25-RM30.... cikit aje.. tak sampai 15 minit tp diorg charge mahal melampau... tak abis setangki minyak... skg nie nak cari org mesin rumput pun payah gak... call diorg suh dtg mesin kat umah ckp tak free la... bl dorg free kta plak tkde kat umah.... tue yg lalang naik meninggi nie.... ingt nak cari yg murah2 jep... sebab jarang guna la katakan..... tukang kebun kat opis saya ckp... kalau tak guna mesin rumput jgn biar minyak ada dalam tangki... nanti kalau dibiar lama2 jd la 'leaking'....
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 10-11-2011 09:42 PM |All posts
Reply 3# cikgutuition


    ada juga mintak pendapat dari tukang kebun kat pejabat saya ttg mesin rumput apa yang ok untuk dibeli... dia ckp... skg nie dia guna mesin jenama TANAKA.... dia ckp stakat ni takde masalah spare part pun ada... tp rege nyer... dlm lingkungan RM700 keatas...  kalau kita tengok banyak gak mesin rumput yg ade brand nie.. macam MITSUBISHI, HONDA, SUZUKI....tp rege nyer mmg mahal la...  itu la mencari sape2 penah guna mesin rumput jenama TANAKA mintak bagi pendapat / pandangan pula...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-11-2011 12:31 PM |All posts
Reply 5# shahbp


    kalau guna sendiri2 n x banyak pakai, ok kot brand biasa2.kalau nak guna untuk cari income elok pakai yg tahan lasak sikit..
knowledgecentre.wordpress.com Yusoff 0193090711
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-11-2011 03:29 PM |All posts
Reply  zach2008


    Hmm.. rumah kawan ni tkde la besar sgt... tp skali panggil org dtg mesin r ...
shahbp Post at 10-11-2011 21:36



    sebab tu saya beli yg murah tak kira la made in china ke atau apa. Nak yg mahal carik la brand stihl, mitsubshi dan segala jenis barand yg pioneer. Cuma bagi saya tak berbaloi sedangkan kita boleh dapatkan benda yg sama dengan fungsi yg sama pada harga yg murah. Kualiti itu terpulang kepada cara penggunaan. Bukan kita nak potong rumput kat stadium pun atau ambik upah.

Mereka yg ambik upah potong rumput pun bermula dari mesin yg murah. Lepas atau duit lebih sikit baru mula pergi kepada mesin yg lebih baik dan mahal.. ini cuma pendapat org spt saya yg tak banyak duit la. kalau banyak duit saya gajikan je tukang kebun habis cerita
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-11-2011 09:39 PM |All posts
i ari tu pegi tesco,i nampak mesin rumput elektrik rm 100..agak nya klau pakai cepat jahanam x.
i yang cute
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 12-11-2011 07:48 AM |All posts
mmg cpt jahanam lg pulak xde sparepart n xde kdai yg nk trimas mesin rumput letrik.
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 13-11-2011 01:35 AM |All posts
Siang tadi saya ada la survey beberapa kedai kat bandar Melaka nie... nak cari mesin yang murah diorg suggestkan jenama TANIKA/KANSEI buatan China... Kedai A offer kat saya RM340 untuk mesin tue... Kedai B offer kat saya RM300 untuk mesin tue gak... diorang ckp jenama TANIKA/KANSEI daripada kilang yang sama... spare part tkde masalah leh servis dengan diorg... tapi betul ke TANIKA/KANSEI daripada kilang yang sama? Dah tu plak.... 'Kedai A' mase tunjuk kat sye tue kat tepi mesin tue mmg tertulis 'KANSEI' tp pemegangnyer takde tulis pape...kosong ajer.... 'Kedai B' plak kat tepi mesin tue tak de tulis pape... just tulis 'BG 328A'.... tapi pemegangnyer tulis 'KANSEI' disebabkan rase was-was dengan mesin tue... sye blah jer..... sebab sye takut kene tipu.... badan jenama lain... tangan / pemegang jenama lain.... al-maklum la... CINA nie otak penipu memang terserlah....
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 15-11-2011 07:25 AM |All posts
sib baik ko peka
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 24-11-2011 03:16 PM |All posts
Siang tadi saya ada la survey beberapa kedai kat bandar Melaka nie... nak cari mesin yang murah dior ...
shahbp Post at 13-11-2011 01:35


Assalamualaikum shahbp,

Mintak maap kerana lambat response.

Utk pembelian sebuah mesin ghumput, bbrp perkara perlu di beri perhatian.
Di antara nya ialah:

1. keluasan tempat utk di mesin
2. kedudukan/lokasi ghumah (ghumah bungalow/lot, terrace, corner lot, kampung etc)
3. pengalaman tuan punya badan
4. contours/rupa bentuk muka bumi laman/tempat

Utk pengetahuan shahbp, ada bbrp jenis/jenama mesin ghumput di pasaran.
1. mengguna petrol
2. letrik

Mengguna Petrol
1. 4 roda
2. sandang
3. tiada roda (tetapi di tolak seperti No. 1)

Mengguna Letrik
1. 4 roda
2. menggunakan tangan
3. tiada roda (sama spt No. 1)

Setiap mesin yg di sebut di atas mempunyai kelebihan dan kekurangannya.


Harap shahbp dapat memberi pencerahan.

Wsalam
Afaman kaana mukminann kamann kaana fasiqa, laa yas tawuun - 32:19
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 27-11-2011 10:00 PM |All posts
Reply 12# niceghost2005


    Assalammualaikum...... terima kasih saudara niceghost2005... maaf lewat reply saya jarang online baru balik dari kursus di Sabah... hmm.. serba sedikit info yg diberikan dpt memberi saya gambaran / panduan untuk membeli mesin rumput tu.. tp rasenyer kena tangguh dulu la hasrat utk nak beli mesin tu skg nie... coz budget da lari g sabah....... huhu ;) kene kumpul duet balik lerrr...
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 27-11-2011 10:02 PM |All posts
Reply 11# shanshero


    itu la... nasib bek kawan nie belek2 body mesin tue... kalo tak dah kene tipu... hihi ;)
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 1-12-2011 12:21 AM |All posts
saya pun tgh mencari mesin rumput...TT klu dah jumpa/beli boleh laa inform kt sini ek...
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 15-12-2011 11:13 AM |All posts
Post Last Edit by neotoxin at 16-12-2011 15:37
Siang tadi saya ada la survey beberapa kedai kat bandar Melaka nie... nak cari mesin yang murah diorg suggestkan jenama TANIKA/KANSEI buatan China... Kedai A offer kat saya RM340 untuk mesin tue... Kedai B offer kat saya RM300 untuk mesin tue gak... diorang ckp jenama TANIKA/KANSEI daripada kilang yang sama... spare part tkde masalah leh servis dengan diorg... tapi betul ke TANIKA/KANSEI daripada kilang yang sama? Dah tu plak.... 'Kedai A' mase tunjuk kat sye tue kat tepi mesin tue mmg tertulis 'KANSEI' tp pemegangnyer takde tulis pape...kosong ajer.... 'Kedai B' plak kat tepi mesin tue tak de tulis pape... just tulis 'BG 328A'.... tapi pemegangnyer tulis 'KANSEI' disebabkan rase was-was dengan mesin tue... sye blah jer..... sebab sye takut kene tipu.... badan jenama lain... tangan / pemegang jenama lain.... al-maklum la... CINA nie otak penipu memang terserlah...
shahbp Post at 13-11-2011 01:35

model BG328 yg ori adalah dari jenama TANAKA.. yang Made in China ni suma buat generic model based on BG328. satu lagi model yg kerap ditiru adalah TL43/TL33 daripada Mitsubishi. Kesimpulannya mesin rumput backpack buatan china yg selalu jumpa kat pasaran adalah berdasarkan BG328 atau TL43/TL33. Dan kebiasaannya sparepart original dari BG328 boleh digunkana untuk BG328 ciplak (vice versa), begitu juga sparepart priginal TL43/TL33 boleh digunakan pada TL43/TL33 ciplak (vice versa).

Dari segi ketahanan, model2 china ni sesuai untuk tugas2 ringan seperti potong rumput kat laman rumah. Ia tak sesuai digunakan untuk kerja2 kontrak potong rumput atau tebas kebun. Masalah yg selalu berlaku adalah overheat - enjin jem.


Model Tanika (BG328) kat shah alam bley dpt rege 280. Ringkasnya, model2 generik BG328/TL43/TL33 yg buatan china bley dapat bawah 300 dan buatan taiwan (yg baik sikit) bley dpt dlm lingkungan 400-500.


Tapi ada jugak jenama terkenal buat pengeluaran di China, contohnya mcm STIHL.. Jadi, mesin rumputnya bley dapat murah (rege bawah 600).

Kalau nak yg Ori dan tahan, cari jenama TANAKA, MITSUBISHI atau ECHO dari jepun (sekadar menyebut jenama2 yg biasa dipasaran). Harga mesin dlm lingkungan 900 - 1200 bergantung kepada model. Suma model 2-stroke.

Sekarang ni pulak terdapat model2 4-stroke yg tak, perlu minyak 2T dan jimat pengunaan petrol. Mesin 4-stroke buatan China pun ada gak (rege dlm 400++). Model 4-stroke yg biasa adalah yg menggunakan enjin Honda GX35 (mesin rumput tu tak semesting dari jenama honda, tapi menggunakan enjin honda). Enjin GX35 ni buatan thailand (bukan jepun).

Aku sekarang guna mesin Honda mdoel UMR435T. Yg ni memang keluaran honda dan menggunakan enjin Honda GX35. Setakat ni aku puasa hati dari segi kekautan torque dan kos operasi serta pketahannya untuk menebas kebun.. hehehhe.. Masa aku beli dulu, RM800 (beli dari orong tapi tak pernah guna lagi - masih dlm kotak)
Experience lets you recognize a mistake the second time you make it
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 15-12-2011 04:11 PM |All posts
Beli mitsubshi, spare part byk. Tanaka lebih kurang copy mitsubishi jer. Brand Stihl pun ok, susah rosak tapi kalau sekali rosak boleh beli mitsubishi baru.
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 19-12-2011 01:58 PM |All posts
model BG328 yg ori adalah dari jenama TANAKA.. yang Made in China ni suma buat generic model based ...
neotoxin Post at 15-12-2011 11:13


Assalamualaikum neotoxin,

Teman menggunakan mesin ghumput jenis sandang sejak 1992.
Jenis nya ialah TANAKA dari Jepun.
2 biji.

Alhamdullilah sehingga sekarang tidak pernah 'over-haul' lagi.
Teman gunakan mesin inii setiap hari semasa menjadi kontraktor membersih kawasan dahulu.
Yang paling penting ialah hendaklah menjagai minyak 2T nya dan juga 'spark-plug'.
Harga pada tahun 1995 ialah di antara RM650 hingga Rm800 (mengikut horse power)

Ada bbrp berbedaan di antara engine 2-stroke dan 4-stroke ini.
1. power
2. kebisingan
3. maintenance

Setakat ini, alhamdullilah tiada masaalah di dalam mencari spare part utk TANAKA 2-stroke engine ini.

Seperti yg teman post sebelum ini, cari lah mesin ghumput yg 'sesuai' utk diri sendiri.
Kalau komer tinggal di ghumah taman, adalah lebey baik menggunakan mesin ghumput letrik. (agar tidak mengganggu jiran)
Kalau komer ada kebun...............pakai lah yg jenis engine yg besar sedikit dan lebey robust seperti TANAKA.

Sekiranya halaman ghumah itew landscape nya beralun alun.............pakai jer lah STIHL FLYMO.
Jgn lupa plak beli mesin ghumput letrik yg memakai tali nylon utk buat trimming di tepi tepi nya.

Yang paling penting di sini ialah KESABARAN.

Wsalam
Afaman kaana mukminann kamann kaana fasiqa, laa yas tawuun - 32:19
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-12-2011 02:29 PM |All posts
Reply 18# niceghost2005


   Tanaka mmg dah terbukti ketahanan dan prestasinya...  
YG generik tanaka (BG328) dengan jenama KASEI buatan china aku ada kat kampung.. boleh lah wat keje2 tebas yg ringan2. mmg mudah overheat (jem panas) sebab tu tak sesuai utk keje2 berat. Mesin letrik jenis handheld pun aku penah ada (Black & Decker) tapi dah rosak selepas lebih kurang 10 kali guna .. tak tahan sungguh . Mesin letrik ni tak banyak kelebihan pun berbanding enjin. Bunyi pun senyap sikiiiiittt je berbanding enjin. Yg aku tak suka lagi pasal mesin letrik ni, adalah wayar yg berselirat... susah nak manouvre.. wayar terbelit2 kat kaki . Pastu disebabkan motor dia duduk kat muncung, mesin jenis letrik ni berat sikit. Lenguh tangan. Mesin berenjin mmg la lebih berat tapi kebanyakan beratnya kita dukung...
Experience lets you recognize a mistake the second time you make it
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 19-12-2011 04:30 PM |All posts
Reply  niceghost2005


   Tanaka mmg dah terbukti ketahanan dan prestasinya...  
YG gene ...
neotoxin Post at 19-12-2011 14:29


Benar..............

Yang ciplak dari TANAKA buatan Jepun sememangnya bermasaalah di jangka masa yg panjang.(kekadang pendek)
Tak bley buat kerojer robust pung.

Sebab itew teman memilih TANAKA buatan Jepun.
MITSUBISHI pung tidak brp bagus walaupun engine nya tidak lah sebising TANAKA.

STIHL FLYMO masih teman gunakan(walaupun hampir 12 tahun)............
Salah satu cara dari di 'ganggu' olih wayar adalah dgn membuat 'lay-out' bahagian utk di mesin terlebey dahulu.

Salam
Afaman kaana mukminann kamann kaana fasiqa, laa yas tawuun - 32:19
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 21-12-2011 04:57 PM |All posts
Ambo pong guna mesin rumput buatan china brand Ogawa(macam jenama kerusi massage).harga dua ratus lebih. Setakat ini ok aje. Cuma nak kena layan dia punya vibration.kalau tidak sakit badan. Petua nak jaga mesin rumput cap ayam ni ialah pertamanya tidak boleh guna secara berterusan seeloknya setengah jam/40 minit berhenti dan stop engin. Rehat sekejap kemudian sambung.Keduanya yang penting jangan bagi orang pinjam. kalau bagi pinjam alamatnya cepatlah jahanam. Baru ni juga ambo beli chainsaw 16 inci brand yang sama RM350.
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 24-3-2014 09:27 PM |All posts
TQ atas infonya TS. Nak belajar mesin rumput kat umah.
http://carnine9.net/
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 25-3-2014 10:29 PM |All posts
Mesin rumput umah Tanika biasa. Yang ujung guna tali.
http://carnine9.net/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 24-6-2014 02:39 PM |All posts
bosch tak ok ke?
Simplify your life
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 9-7-2014 02:05 PM |All posts
mesin rumput BOSCH xpenah nampak orang guna.

Last edited by Warna176 on 9-7-2014 02:19 PM

Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-10-2014 01:52 AM , Processed in 0.426667 second(s), 30 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top