CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910... 11Next
Return Post new threads
Show: 42017|Reply: 263

Buat Facial di Rumah...Jom Share cara korang dan produk yang digunakan

[Copy link]

Rank: 4

Post on 3-10-2009 01:58 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by roses_cute2002 at 3-10-2009 14:00

Hai semua... apa kata hari ni kita share cara korang buat sendiri rawatan facial korang di rumah..pastu bgtau la produk apa yang korang guna sekali..ok ini cara aku ...


Sediakan barang2 berikut :

  • Air Suam dan Air Sejuk
  • Kapas Muka
  • span Pembersih
  • Tisu
  • Berus Mask (kalau takde korang guna jari je)
  • Facial Hair Band (ala yang berpelekat tu untuk kemaskan rambut kita supaya mudah buat facial)
  • Tuala Kecil
  • Pembersih Refreshing Aromatic Mawar (Produk Sari Ayu)
  • Penyegar Refreshing Aromatic Mawar (Produk Sari Ayu)
  • Produk Miracle Mask (serbaguna, boleh jadi kan sebagai mask atau scrub muka)
  • Miracle sinus Herbs (untuk wap muka)
  • Pelembab Relaxing Aromatic Mawar (Produk Sari Ayu)
  • Massage Cream (Produk Sari Ayu) - ini aku nk pi cari kat kedai jamu..kalau takde korang leh guna minyak zaitun or minyak kelapa dara or minyak baby.

Cara2 nya :

  • Bersihkan kulit anda dengan Pembersih Refreshing Aromatic Mawar (Produk Sari Ayu), supaya segala kotoran dan minyak2 di muka hilang. ambik span pembersih dengan celup dalam air suam pastu cuci muka tadi. agar terangkat kotoran di muka yang telah kita cuci guna pembersih tu.
  • sapukan Miracle Mask untuk jadikan scrub muka dengan guna berus Mask. biar kering pastu korang basahkan tangan n then tenyeh la muka tu untuk jadikan sebagai scrub. ini untuk tanggalkan sel-sel kulit mati dan buatkan kulit lembut dan cerah. kemudian bilas muka dengan span pembersih tadi dgn celup dalam air suam.
  • wap muka dengan air rebusan Miracle sinus Herbs yang telah mendidih. sewaktu wap letakkan air rebusan yang mendidih tu dalam mangkuk dan tutupkan dengan tuala. wapkan muka sampai air rebusan tu tidak panas.
  • ambik tisu tekapkan di muka untuk buangkan air wap yang ada di muka.. tujuan pengewapan untuk buka pori2 supaya senang kita nak buat black head n white head di muka.
  • ambik dua kapas muka. celupkan dalam air suam pastu kapas yang lembap tu balutkan kedua2 jari telunjuk korang. pastu mulakan operasi membuang blackhead n whitehead di muka terutama di kawasan hidung dan bawah mata atau di pipi. kalau ada jerawat boleh picit gak.. cuma tak digalakkan sangat picit jerawat takut merebak lebih teruk atau pun jadi parut. bagi ros ros tak picit kerana bila pakai Miracle Mask tu dia akan kecutkan jerawat dan hilangkan parut. selesai buat operasi tu. ikut step berikutnya.
  • ambik kapas muka basahkan kapas tu dengan Penyegar Refreshing Aromatic Mawar (Produk Sari Ayu) a.k.a. toner. sapu seluruh muka terutama kwsn yang korang picit2 tu untuk tutup balik pori2 yang terbuka.
  • Ambik Miracle Mask sapu dengan berus mask ke seluruh muka kecuali mulut dan mata. biar kering. ambik span pembersih dengan celup ke dalam air sejuk. ros suka letak ais batu dalam air tu untuk tutup pori2 dan bintik2 hitam. miracle mask ni bagus boleh kecilkan pori2 pastu kulit tegang n gebu. Ambik span pembersih tu dan bersihkan mask di muka anda.
  • kemudian sapu Massage Cream Sari Ayu ke muka. dan buat urutan di muka untuk rejuvenate kulit anda and improve ur skin. boleh try cara urutan ni : (best woo muka tegang je..hehehe). klik link ni untuk tgk cara urutan anti-aging. http://www.youtube.com/watch?v=qkwH8z56nK0
  • pastu ambik span pembersih celup dalam air sejuk pastu bilas muka yang di urut dengan massage cream tu.
  • ambik kapas muka dan basahkan dengan toner sari ayu n sapu di muka.
  • ambik Pelembab Relaxing Aromatic Mawar sapu di seluruh muka.
  • yeh wallah...kulit berseri, muka pun cun...hehehhe
  • Buat la sebulan sekali or sebulan 2 kali.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 3-10-2009 02:19 PM |All posts
1# roses_cute2002

Cara aku buat facial lagi murah.

Lulur kulit rambai,
limau nipis
sari air timun

Beli lulur kulit rambai, (3 pek RM5 shj). satu pek boleh tahan berbulan2.
Abil 2 sdu kecil, bancuh dngan sedikit air, (jgn terlalu cair) n sapukan
ke seluruh muka dan badan kalau suka.  Biarkan agak kering, kemudian
sental perlahan2 untuk keluarkan daki n kulit yg kering. Basuh muka.

Limau nipis dibelah2, kemudian sapukan di muka n bilas lgi dngan air bersih.
last sapukan dngan sari air timun. Biarkan kering di muka.
Kalau nak buat mask, gunakan putih telur dicampur dngan sedikit madu.
Selamat mencuba...
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-10-2009 02:25 PM |All posts
1# roses_cute2002

Cara aku buat facial lagi murah.

Lulur kulit rambai,
limau nipis
sari air timun

Beli lulur kulit rambai, (3 pek RM5 shj). satu pek boleh tahan berbulan2.
Abil 2 sdu kec ...
nolya Post at 3-10-2009 14:19


yehh.. tq sharing for caring..ada siapa2 lg yg sudi share...
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-10-2009 02:29 PM |All posts
lagi satu.. mask buat sendiri yang boleh korang try ialah

ambik madu campur dengan air limau nipis.. pastu sapu kat muka dalam 15 minit pastu bilas.. kalau tak nak bilas biar semalaman esok pagi baru bilas
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-10-2009 02:35 PM |All posts
untuk pengetahuan semua.. ros kan guna sinus herbs untuk wap muka kan..

best woo boleh rawat resdung n lancarkan pernafasan.. kulit cantik. Menghaluskan serta menegangkan kulit muka. kalau rajin buat leh cerahkan kulit..serba guna
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 3-10-2009 03:10 PM |All posts
picit jerawat tak belobang ke?
Muarian
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 3-10-2009 03:15 PM |All posts
picit jerawat tak belobang ke?
AntagonisYgKeut Post at 3-10-2009 15:10



sebab tu kena guna kapas muka yang di basahkan supaya tak bengkak masa kita picit..lagi satu itu tujuan guna toner utk tutup pori n elakkan jangkitan akibat picit jerawat tu...tp kalau tak nak picit pun boleh...sy guna miracle mask nanti dia kecutkan sendiri jerawat n ilangkan jerawat tuu
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 3-10-2009 05:20 PM |All posts
1# roses_cute2002 kalu i nak pakai susu segar campur ngan telur putih boleh x?
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 3-10-2009 05:21 PM |All posts
8# Ghost
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 3-10-2009 05:24 PM |All posts
benda-benda mcm tu mmgla senang nak cari. tapi i x suka sgt jenis2 yg cerewet ni. blh x bg yg ringkas2 aje??
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-10-2009 12:57 PM |All posts
1# roses_cute2002 kalu i nak pakai susu segar campur ngan telur putih boleh x?
Ghost Post at 3-10-2009 17:20


boleh tapi nanti agak cair sikit..kalau rs selesa pakai je.. tapi kalau nk bg pekat sikit tambah susu tepung..
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-10-2009 12:59 PM |All posts
benda-benda mcm tu mmgla senang nak cari. tapi i x suka sgt jenis2 yg cerewet ni. blh x bg yg ringkas2 aje??
Ghost Post at 3-10-2009 17:24




lagi satu try cuci muka dgn produk yang you ada.. kemudian buat la mask guna susu tepung bancuh dengan limau nipis dgn air sedikit. atau susu tepung campur madu n air..
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-10-2009 09:11 PM |All posts
Ok sesiapa yang nak buat Masker sendiri boleh try yang ini...mask ni melembabkan dan melegakan kulit kita.

Sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan2:

* 2 biji telur, tapi hanya ambik putih telur sahaja.
* 2 camca besar yogurt tanpa perisa

Cara membuatnya:

Masukkan putih telur ke dalam sebuah mangkuk. Tambah 2 camca besar yogurt (yang tidak berperisa). kacau hingga sebati dan pakaikan ke muka.Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-10-2009 10:14 PM |All posts
Ini resepi nak buat pembersih muka (cleanser) dari bahan yang ada di rumah anda.

Gabungan unik bahan-bahan ini boleh membuatkan kulit anda smooth dan cerah.

Bahan-bahan

* 4 camca besar yogurt
* 2 camca besar  madu
* 3 camca besar  jus limau

Arahan-arahan

Campur bahan2 tadi dengan sebati, tambah tepung jagung sebagai bahan pemekat "jika diperlukan". pakaikan ke muka dan urut selama  1-2 minit. kemudian Bilas.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 5-10-2009 11:15 PM |All posts
Ini cara nak buat toner sendiri.

Bahan-bahan:

* Separuh buah lemon
* Tiga atau empat potong timun
* Secawan air

Cara buat :

1. Tuang air ke dalam sebuah mangkuk, masukkan potongan timun. Untuk lebih bau menenangkan, tambah satu atau dua lagi potongan timun.

2. Masukkan jus lemon ke dalam campuran mangkuk tadi. Pastikan tiada biji lemon masa ambik jus lemon tersebut.

3. Biarlah kesemua bahan tadi  lebih kurang satu jam, kemudian ambil potongan timun daripada campuran tadi. Anda boleh rendam lebih panjang ia jika anda mahu, tetapi satu jam sudah mencukupi. Eksperimen dengan campuran tadi sekiranya anda mahu, dan sesuaikan dengan kehendak anda.

4. Simpan toner ke dalam bekas dengan penutup yang ketat, dan letak dalam peti ais. Toner ini tahan beberapa minggu, dan anda tidak akan menggunakan banyak daripada sesuatu masa. Jadi tak perlu buat bancuhan yang terlalu banyak.

5. UNTUK GUNA: Setelah anda basuh dengan pembersih. ambik kapas muka dan pakai toner yang anda buat ke muka dan leher. toner Lemon itu akan mengecutkan pori-pori, dan meringankan kulit anda.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 7-10-2009 03:15 PM |All posts
Scrub untuk bibir.. tk ramai yg buatt coz kdg2 org2 kite pandang ringan pasal bibir ni.. sbb tu kdg2 bibir kite hitam, kering dan kasar...kdg2 kite kerap pakai lipstick tp kite tak tahu bibir pun ada kulit2 mati yang perlu dibuang supaya cantik dan berseri mulut tu.. ok jom kite tgk bhn2nya..

bahan-bahan :

*2 camca besar gula
*satu sudu teh madu
*minyak zaitun

cara buat :

Ambil kira-kira 2 camca besar gula kemudian masukkan ke dalam mangkuk kecil. Tambah satu sudu teh madu, sebatikan campuran tadi hingga likat dan melekit. Jika mahu, anda boleh tambah beberapa titik minyak zaitun ke dalam adunan tadi.

Buang sebarang lipstick, lip gloss atau balms terlebih dahulu sebelum menyental scrub tadi di bibir anda. scrub bibir secara lembut pada bibir anda itu. Pastikan anda sental seluruh sudut bibir.

kemudian bilas dan sapukan lip balms yg sesuai.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 7-10-2009 10:51 PM |All posts
16# roses_cute2002

Hai Rose

Tima kasih bebanyak sebab susah2 post kan tip2 yg best ni
nk tnya, petua bibir ni nk buat brapa kali seminggu?
apa kelebihannya?

tq sekali lagi...kalau rajin post lah lagi tips2 ;)
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-10-2009 06:47 PM |All posts
16# roses_cute2002

Hai Rose

Tima kasih bebanyak sebab susah2 post kan tip2 yg best ni
nk tnya, petua bibir ni nk buat brapa kali seminggu?
apa kelebihannya?

tq sekali lagi...kala ...
Crayola Post at 7-10-2009 22:51


hai crayola..hehe tq2..
ok buat seminggu sekali pun dah cukup.. tapi boleh juga ambik tuala kecil basahkan dengan air pastu sental kat bibir semasa mandi, ini boleh buat setiap hari...ikut keselesaan, kalau rasa bibir tu mcm ada kulit mati sental dgn scrub tu.. air minum byk untuk jaga kelembapan bibir dan tidak mengelupas..
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-10-2009 07:16 PM |All posts
Post Last Edit by roses_cute2002 at 8-10-2009 19:28

Penyediaan Cooling Mask untuk Semua jenis kulit (Sangat sesuai untuk melegakan kulit yang terbakar matahari):

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar natural yogurt (tak berperisa), guna yang suhu bilik (not lowfat or non-fat)
  • 1sudu kecil madu (letak dalam microwave untuk beberapa minit untuk cairkan madu @ rebus sudu kemudian letak madu atas sudu yang telah direbus tu untuk cairkan, jika anda takde microwve)

Penyediaan:

Campurkan bahan2 tadi. kemudian sapu ke muka anda, biar selama 15 minit dan bilas.
untuk kulit yang kering boleh tambah lagi satu tambahan sudu kecil madu.
untuk kulit berminyak boleh tambah beberapa titik air limau nipis.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-10-2009 07:42 PM |All posts
Scrub Oatmeal (buang kulit mati di muka)

Bahan

•    2 sudu kecil oatmeal
•    1 sudu kecil baking soda

Penyediaan

Campurkan oatmeal dan baking soda kemudian tambahkan air secukupnya sehingga pekat. Kemudian sapukan ke muka seperti anda memakai scrub yang lain kemudian anda bilas.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-10-2009 08:38 PM |All posts
Masker yogurt dan oatmeal untuk kulit sensetif dan terbakar akibat matahari

sesuai untuk melegakan rekahan, kulit terkena selaran matahari, mengurangkan kulit yang kemerahan atau kulit terengsa.

tips tambahan : masker ni sesuai untuk jenis kulit lain.
untuk kulit berminyak, tambah beberapa titik jus lemon atau jus limau nipis.
Untuk kulit kering tambah beberapa sudu besar madu.

Bahan-bahan:


    * 1 cawan natural yogurt iaitu yogurt tanpa perisa (sediakan yogurt yang bersuhu bilik, keluarkan dari peti ais)
    * ½ cawan oatmeal



Penyediaannya:

campur bahan2 tadi. kemudian pakaikan ke muka anda. biar selama 10-15 minit dan bilas.

ada pilihan lain untuk buat masker oatmeal ni:
iaitu anda boleh campurkan oatmeal dan putih telur. sapu ke muka dan biarkan hingga masker tersebut kering, kemudian bilas.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-10-2009 09:33 PM |All posts
Post Last Edit by roses_cute2002 at 8-10-2009 21:34

Pembersih Muka Oatmeal (melembapkan kulit dan mengurangkan kulit yang kemerahan)

bahan-bahan:

  • Timun kecil yang di potong
  • 1/2 cawan Yogurt yang tidak berperisa
  • 1 cawan Oatmeal
  • Minyak bunga matahari
  • Madu

Penyediaan :

Langkah 1

Masukkan 1 cawan  oatmeal ke dalam pengisar. kisar  oatmeal hingga halus. kelebihan Oatmeal, apabila digunakan sebagai pembersih muka, ia akan membersih, menanggalkan kulit mati dan mengelakkan kulit daripada kering.

Langkah 2


Masukkan 1/2 cawan  yogurt ke dalam pengisar. Kisar bersama oatmeal tadi. Yogurt dikenali sebagai bahan yang mempunyai ciri-ciri pelembap.

Langkah 3

Bersihkan timun, kemudian masukkan timun kecil ke dalam pengisar bersama bahan2 tadi sehingga sebati dan pekat yang kelihatan seperti pelembap muka.

Langkah 4

ambik 2 sudu besar minyak bunga matahari dan madu kemudian masukkan ke dalam pengisar tadi. kisar semula sehingga semua adunan tadi berkrim.

Langkah 5

masukkan ke dalam mangkuk. ambik sedikit adunan tadi denagn jari kemudian pakaikan ke muka anda. urut secara membulat.

Langkah 6

selepas 3 minit, bilas muka anda hingga bersih dan sental dengan tuala lembut yang dibasahkan dengan air suam atau air sejuk.
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-10-2009 03:02 AM |All posts
Ini cara nak buat toner sendiri.

Bahan-bahan:

* Separuh buah lemon
* Tiga atau empat potong timun
* Secawan air

Cara buat :

1. Tuang air ke dalam sebuah mangkuk, masukkan potongan timun ...
roses_cute2002 Post at 5-10-2009 23:15


kalau tak letak dlm peti ais elok smpai bile ek?
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-10-2009 03:10 AM |All posts
untuk pengetahuan semua.. ros kan guna sinus herbs untuk wap muka kan..

best woo boleh rawat resdung n lancarkan pernafasan.. kulit cantik. Menghaluskan serta menegangkan kulit muka. kalau rajin bu ...
roses_cute2002 Post at 3-10-2009 14:35


sinus herb tu tak leh gune time air die mendidih ke? one more..after dah gune herb tu..leh pakai balek tak air die tu??
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 9-10-2009 10:23 PM |All posts
kalau tak letak dlm peti ais elok smpai bile ek?
littlepaperlove Post at 9-10-2009 03:02


kalau tk letak dlm peti ais dia kurang tahan lama...maybe tahan seminggu aje.. tapi kalau nk try gak.. cuba buat dlm kuantiti sikit dulu then try jgn letak dlm peti ais.. tgk brp lama dia leh tahan..
http://www.bizmudahd
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 1-11-2014 05:29 PM , Processed in 0.245919 second(s), 22 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top