CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 8223|Reply: 16

Tempat Famous - Jalan TAR/ Jalan Masjid India -

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 25-7-2007 08:14 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



penduduk KL mana yang tak kenal Jalan Masjid India (JMI)
tempat shopping baju2 terutama nak dekat raya --
memang murah dan banyak choices --

JMI berdekatan dengan Wisma Yakin, dan Masjid Jamek India -
dan kedai2 textiles ramai juga dijual oleh bangsa India
dan semua tu berdekatan dengan Masjid Jamek India
pada warga Indian Muslim --

lets share some few stuff re:  JMI  ni --


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Century-old area famed for its wares

By FAZLEENA AZIZ
Photos by CHUA KOK HWA

MASJID INDIA, a thriving, bustling area known as Kuala Lumpur's Little India, is almost synonymous with textiles, jewellery and food outlet.

It is regarded by some as a shopping heaven and, according to the Kuala Lumpur and Selangor Indian Chamber of Commerce and Industry (KLSICCI), is home to one of the highest valued properties in Kuala Lumpur.  

Over the years, many businesses have become hallmarks of the area, choosing to stay because of the location and the crowds that throng there every day.  


Cosy: The interior of the Federal Bakery gives visitors a nostalgic feel.


This year, Federal Bakery celebrates its 101st year in business and it was one of the first bakeries to be set up in the area and still stands tall.

Mohammed Ibrahim, 65, has been with the bakery since 1954, when he started as a baker.


I am a cashier now but back then I was baking cakes. People come here because of the taste.

We get a mix of people but most are regular customers. It is an honour to still be in the Masjid India area.
1

View rating log

~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 25-7-2007 08:16 PM |All posts
More about Jalan Masjid India

- Was known as Dickson Street during colonial times.


- One of the oldest parts of Kuala Lumpur city, dating back over a century.


- Name derived from a mosque built in 1870 for the Indian Muslim population.


Mosque was a wooden hut in 1863 but later renovated into a three-storey building that can accommodate about 3,500 people.


- Mosque built in the Southern Indian style with structured domed and arched windows with Islamic designs



Bargain buys: Textiles are big business in Masjid India, with many
stalls operating by the roadside.
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Adventurer

sleepless

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 27-7-2007 12:48 AM |All posts
besfren aku tulis artikel ni
.: Luctor Et Emergo :.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 26-12-2007 05:34 AM |All posts
kalu naik lrt benti stesen mane eh paling dekat?
Reply

Props Report

Adventurer

sleepless

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 26-12-2007 01:34 PM |All posts
stesen masjid jamek ... dkt dgn bagunan ocbc tu
.: Luctor Et Emergo :.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 26-12-2007 08:19 PM |All posts
ooo tq tq... nak try gak ah jenjalan situ.. dekat ngan pudu lagipun
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 02:42 AM |All posts
Magnet menjelang Syawal

Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India, serta jaringan jalan kecil dan lorong di sekitarnya mengalami transformasi paling ketara apabila Ramadan hendak meninggalkan takwim.




PARA peniaga sibuk memikirkan strategi bagi
menarik pelanggan membeli barang mereka.



Di Kuala Lumpur, mungkin inilah satu-satunya musim dalam setahun yang menyaksikan lokasi ikonik ini menandingi populariti kesibukan Bukit Bintang. Khemah, pondok dan kain alas jualan begitu pantas mengambil ruang di siar kaki dan pinggir jalan.


Tiada yang mengeluh saat melangkah dalam suasana sesak dan hingar-bingar. Situasi tempat letak kenderaan yang penuh, terhimpit antara lorong laluan dan bergesel bahu adalah satu yang dimaafkan malah sanggup diredahi hanya kerana tempat ini menyediakan segala macam keperluan untuk menyambut kedatangan Syawal.



PELBAGAI fesyen tudung dipamerkan dan
dijual, sesuai dengan cita rasa Muslimah yang
ingin kelihatan berseri pada Syawal nanti.



Inilah 'magnet' Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India serta jaringan jalan dan lorong di sekitarnya di ibu kota. Sementara golongan suri rumah sibuk dengan pilihan tekstil dan fabrik yang direbut bagai komoditi, para pemilik gedung seperti Euro Moda, Maya, Silk Street, Harits, Gulati's, hinggalah ke Nagoya, Jakel dan Kamdar sudah tersenyum mengira laba.



MASKULIN dalam gaya tradisional. Ini ialah
antara contoh baju Melayu sedia pakai yang
dijual di deretan butik popular di Wisma Yakin,
Jalan Masjid India.



Label harga dan rentangan sepanduk yang tertulis perkataan pelaris seperti 'lelong', 'istimewa raya' dan 'diskaun runtuh' tentunya menambah kebarangkalian barangan jualan itu didatangi pembeli. Apatah lagi kalau label sedemikian merujuk kepada item popular seperti tudung manik, set langsir dan beg tangan.

Kalau tidak gemar membeli baju raya pada saat-saat akhir, kebanyakan butik popular misalnya seperti di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, sudah pun menerima tempahan baju raya lebih awal.

Pelanggan mungkin hanya mahukan aksesori pelengkap seperti kain sampin, songkok dan butang baju Melayu untuk melengkapkan penampilan.



BUKAN mudah hendak menyiapkan kuih raya jika kesuntukan waktu dan
tenaga kerja. Datang saja ke bazar raya di sekitar Jalan TAR dan Jalan
Masjid India, banyak jenis kuih menanti.



Walau apa pun, masih banyak persalinan sedia pakai boleh dimiliki pada harga berpatutan dan kualiti memuaskan.

Tidak ketinggalan adalah gerai menjual kuih dan biskut raya. Aneka jenis sedang menanti dalam balang dan bekas yang disusun bertingkat-tingkat, hingga ada yang 'menenggelamkan' kelibat penjualnya. Dijual pada harga antara RM15 hingga RM35 bagi setiap satu mengikut saiz bekas isian dan kuantiti, juadah jari ini tidak pernah putus pembeli.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


kalau beli malam raya - baju2 raya memang sampai 80% discount...
tapi  orang memang berasak la....  ada yang sampai pengsan nanti tu -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 21-9-2008 03:57 AM |All posts
Aku lalu kat Masjid India baru baru ni , terkejut tengok Mek yang jual kaset ugama /politik ..tiba tiba dah berubah wajah .
Dulu pakai tudung , sekarang dah pakai jean siap rambut kaler lagi.
bersangka baik mungkin hari tu je dia pakai cam tu, hari lain tak
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 07:50 AM |All posts

Reply #11 matjab's post

orang malaysia ke....
sebab ramai gak indon yang jual kaset agama/politic ni -

kalau yang pasal ubah tu - ramai yang dah jadi camtu -

*saya pergi MI often saturday nite...  suka beli laksa kat sana
murah rm2 aje.. pastu sedap juga -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 08:23 AM |All posts
Dua lokasi jadi tumpuan
Oleh Bennie Zie Fauzi


KUALA LUMPUR: Ketika Ramadan hanya tinggal sembilan hari, ribuan warga kota menyerbu dua tempat membeli-belah popular iaitu Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) untuk mendapatkan persiapan terakhir Aidilfitri sempena cuti hujung minggu.

Keadaan di situ penuh sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan mendapatkan pelbagai keperluan ditawarkan pada harga berpatutan dan lebih murah berbanding harga di pusat beli-belah. Pengunjung mula memenuhi lokasi itu sejak pagi menyebabkan keadaan tempat letak kereta dan lalu-lintas sesak.

Tinjauan Berita Minggu di kedua-dua lokasi itu mendapati, walaupun pengguna dikatakan terpaksa menanggung kesan kenaikan harga barang, ia tidak menghalang mereka berbelanja.

Kedua-dua lokasi itu yang dianggap tempat tumpuan dan tradisi beli-belah setiap tahun menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, tudung, barangan perhiasan rumah, aksesori wanita, kuih raya, makanan tradisional termasuk serunding, lemang, ketupat serta juadah berbuka.

Seorang pengunjung, Mohd Fahmi Mohd Awang, 22, menjadikan Jalan TAR sebagai lokasi tetap membeli persiapan raya kerana menawarkan pelbagai pilihan barang pada harga jauh lebih murah berbanding gedung beli-belah atau bazar Ramadan lain di sekitar ibu kota.

Beliau yang juga seorang peniaga berkata, keadaan itu disebabkan peniaga di lokasi berkenaan dikenakan sewa murah membolehkan mereka menawarkan harga rendah .

Butik dan pasar raya menanggung kos tetap yang tinggi seperti sewa bangunan dan elektrik, tetapi di sini sewanya lebih murah. Memang berbaloi membeli-belah di sini dan saya membelanjakan kira-kira RM300 untuk membeli samping, songkok, permaidani dan biskut raya, katanya.

Guru, Nisah Sani, 42, yang membawa tiga anaknya membeli pakaian, berkata kenaikan harga minyak dan barang tidak menjejaskan orang ramai berbelanja.

Saya dapati harga pakaian tidak mengalami kenaikan ketara berbanding biskut raya yang dijual sekali ganda mahal, katanya.

Peniaga di Jalan TAR, Hasni Hafizul 21, berkata, sambutan pelanggan di gerainya sangat menggalakkan dan jumlahnya dijangka meningkat akhir Ramadan.

Beliau yang menjual pakaian kasual dan baju Melayu memperoleh untung lebih RM1,500 sehari walaupun harganya lebih mahal berbanding tahun lalu berikutan kenaikan harga bahan api serta cuaca tidak menentu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


kalau beli last minute... boleh sampai pengsan2 kat sana...
hari tu aje ada 3 orang pengsan masa shopping kat Jalan TAR/ Masjid India
sebab berasak asak dan panas tambahan puasa lagi...



~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 17-3-2009 12:59 PM |All posts
aku hari-hari drive lalu Jalan TAR balik kerja ... kalau aku balik elwat dalam kul 9 ke atas dan traffic tak sibuk, dengan lampu-lampu yang berkelipan, Jalan TAR memang cantik.

tapi paling aku tak berkenan kat selekoh depan panggung Coleseum tu, kalau time ada show, macha-macha suka melimpah sampai makan lane kanan ... nak jer aku langgar
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 18-3-2009 06:41 AM |All posts
semalam pergi lunch kat jalan masjid india -
okay la.. lama tak pergi area sana -

last pergi pun masa pergi tengok slumdog millionaire kat caps square -
pastu jalan2 kejap -

kena sokmo hati2 lalu kawasan ni -- beg kena pegang kuat sikit
dan sentiasa kena peka -

apa2 pun.. nak beli punjabi suit... silk indian semua - memang
banyak pilihan dan cantik2 kat sini -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 5Rank: 5

Post on 18-3-2009 11:45 AM |All posts
masjid india best time dkt2 raye meriah.. tp lau xraye pun best jugak sbb leh dpt tudung murah lau nk compare tmpt len..

tp me suke g kdai buku yg kat area2 dpn tu..
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 10-6-2009 04:51 PM |All posts
Wednesday June 10, 2009
Trading woes at Masjid India area

By PRIYA MENON


ALL over Kuala Lumpur, small time trading stalls and bazaars have been mushrooming, thanks to the approval and assistance given by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL), which has implemented the scheme to help the jobless.

The move, however, has led to tension brewing between these new petty traders and the established shop owners at the Wisma Yakin in the Masjid India vicinity.

Since the 1950s, the plot of land that the Wisma Yakin stands on has been called the Malay Bazaar. Later in 1972, a building was erected in place of the bazaar by the Selangor State Economic Development Corporation (PKNS) with the understanding that lots will be given to the original traders of the Malay Bazaar.


Crowded: The limited space does not allow cars to pass through.


Over the years, the shops at the Malay Bazaar have established themselves with proven quality products, from books to traditional Malay costumes for men and women, and the place has became a popular one-stop shopping arena.

The businesses were passed on from generation to generation, making the building a heritage venue, almost an endangered species
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 10-6-2009 07:31 PM |All posts
aku pernah tgk mamat jual belon berebut tempat ngan sorang budak yg jual belon gak..mamat tue siap tmpar lagi budak tue...kuat plak tue...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-6-2009 12:40 PM |All posts
Federal Bakery tu kat area kedai kat mane . saye x pernah tengok pon ker x perasan.
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 11-9-2009 07:09 AM |All posts
Masjid India tetap jadi pilihan
Oleh ROSLAH OTHMAN



JALAN Masjid India umpama berpesta apabila umat Islam berpusu-pusu mencari barangan terutama pakaian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. C UTUSAN/MOHD. HATIM MAZLAN

KUALA LUMPUR 10 Sept. C Kurang dua minggu dari sekarang, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dan tentunya, hari-hari terakhir Ramadan ini merupakan hari yang sibuk untuk membuat persiapan menyambut hari lebaran itu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kawasan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India akan menjadi tumpuan warga Lembah Klang kerana ia menyediakan pilihan yang luas dan pelbagai.

Maka tidak hairanlah jika kesesakan menuju ke kawasan itu mula dirasai sejak awal lagi.

Selain terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, kekurangan tempat letak kereta juga menjadi masalah kepada pengunjung.

Difahamkan, masalah tempat letak kereta mencapai tahap kronik berikutan peningkatan luar biasa jumlah orang ramai mengunjungi kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati tempat-tempat meletak kereta yang disediakan sama ada secara terbuka, dalam bangunan, tidak terkecuali petak letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah penuh.

Rata-rata laluan masuk ke tempat letak kereta dipasang papan tanda Sudah penuh.
Salah seorang penjaga tempat letak kereta berhampiran mengakui masalah tidak cukup tempat letak kereta adalah perkara biasa yang berlaku setiap kali menjelang musim perayaan.

Lelaki berketurunan India itu berkata, tempat letak kereta di situ mulai menjadi tumpuan seawal pukul 9 pagi berlarutan hingga 9 malam.

Pada hujung minggu pula, keadaan menjadi lebih parah apabila menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah bagi mengambil kesempatan peniaga yang mula menurunkan harga barangan masing-masing.

Tambahnya, hasil kutipan bayaran tempat letak kereta juga meningkat lebih tiga kali ganda berbanding hari biasa.
Seorang pengunjung, Emas Zahira Nasir, 21, berkata, walaupun bayaran tempat letak kereta yang dikenakan agak tinggi daripada harga biasa, dia tidak peduli.

Katanya, apa yang penting dia tidak perlu berjalan kaki terlalu jauh untuk ke kawasan beli-belah itu kerana dia akan membawa banyak barang.

Sebelum dapat meletakkan kereta di sini, sudah empat kali saya berpusing. Sememangnya ia memberi tekanan, namun saya anggap ia perkara biasa setiap kali menjelangnya hari raya, ujarnya.

Bagi Azli Sobri, 24, pula itulah keadaan yang dihadapi setiap kali mengunjungi kawasan itu menjelang hari raya tetapi tegasnya, Jalan TAR dan Masjid India tetap yang terbaik dalam membuat persiapan hari raya.

Katanya, masalah tempat letak kereta di kawasan berkenaan memang kronik sehingga ada memilih untuk meletak kenderaan di stesen-stesen LRT dan menaiki pengangkutan awam itu untuk ke pusat bandar.

Sesak memang perkara biasa di sini. Bagaimanapun saya tetap memilih destinasi ini sebagai pusat membeli-belah persiapan hari raya, ujarnya.

Bagi Azfalina Azmi, 30, pula walaupun menyedari kesesakan serta masalah kekurangan tempat letak kereta setiap kali mengunjungi kawasan berkenaan dia tetap memilih untuk berkereta sendiri.

Katanya, ia lebih mudah memandangkan dia terpaksa membawa pelbagai barangan keperluan yang dibeli.

Berlainan dengan Rizduan Zainal, 35, yang lebih selesa menggunakan LRT untuk membeli-belah di kawasan berkenaan.
Dia yang tinggal di Gombak Setia meletakkan keretanya di stesen Terminal Gombak dan menaiki LRT ke pusat bandar.

Walaupun agak sukar memandangkan terpaksa membawa barang kiri dan kanan tangan, saya rasa berbaloi daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ujarnya.
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-7-2014 03:23 PM , Processed in 0.224589 second(s), 26 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top