CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Author: hanieliza

ANEKA NASI & LAUK PAUK SAMPINGAN

[Copy link]

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 6-10-2006 05:59 PM |All posts

Nasi Beriyani/Bukhari

Nak tanya sapa2 expert dalam masakan utk kongsi pengalaman macamnana nak masak nasi beryani ni..
Saya merupakan penggemar nasi beryani tapi tak tahu nak masak nasi  ni..:geram:
Kalau boleh nak buat sendiri daripada  beli kat luar, mahal lak tu.. :nyorok:
Sudilah kiranya berkongsi kepakaran saudara/saudari semua..
Terima kasih.. :tq:
http://myexclusiveboutique.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 9-10-2006 03:47 PM |All posts

BERANEKA NASI

Kawan-kawan,
ada resepi nasi tak?cthnya nasi tomato ker,nasi brayani ker ape2 jerlah jenis nasi yg boleh kita kongsi bersama...
tapi belian tak ada resepi tau cuma nak mintak resepi jer pada sesiape yg sudi nak kongsi....

terima kasih :tq:
Reply

Props Report

Fighter

~~~KAK LIZA~~~

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 9-10-2006 04:36 PM |All posts
mungkin boleh tenguk sini... :dia:  MENU KENDURI
1

View rating log

hidup ini satu UJIAN...

http://hanieliza.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 10-10-2006 11:25 AM |All posts
TERIMA KASIH KERANA MEMBANTU SAYA
Reply

Props Report

Deactivate

Jauh di mata tapi dekat di ..

Post on 10-10-2006 04:31 PM |All posts
Originally posted by BeLiAn at 9-10-2006 03:47 PM
Kawan-kawan,
ada resepi nasi tak?cthnya nasi tomato ker,nasi brayani ker ape2 jerlah jenis nasi yg boleh kita kongsi bersama...
tapi belian tak ada resepi tau cuma nak mintak resepi jer pada s ...


boleh jugak tengok kat archive bwh topik nasi..macam2 jenis nasi ada..

klik sini

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
DAPURKU BERWAJAH BARU  --  > http://www.noorma.tk/
Reply

Props Report

Fighter

~~~KAK LIZA~~~

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 23-11-2006 08:31 PM |All posts
baru2 ni kakliza belajar masakan dari ustaz yg mengajar kat surau dikawasan umah kakliza..
kamis seramai 25 orang bergotrong royong masak 10 kilogram beras bathmati dan 6 ekor ayam...





NASI ARAB

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar            ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih  ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih   ]  mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia                  ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan  ayam tandoori


AYAM TANDOORI

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b  tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah   ]
2 ulas bawang putih     ]  mesin halus
2 inci halia                    ]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.


SAMBAL MERAH

Bahan
200 gm cili kering              ]
200 gm bawang merah    ]  mesin
3 ulas bawang putih         ]
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
minyak
garamgula

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.


1

View rating log

hidup ini satu UJIAN...

http://hanieliza.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 24-11-2006 09:20 AM |All posts
esok maklang wat kenduri khatan anak bujan maklang dan tahlil arwah seklai...insyaAllah...Maklang tak masak pun lauk pauk...panggil catering jer. Menunya :-

Nasi putih
gulai lemak nenas+ikan masin
sambal tumis ikan bilis+petai
daging msk hitam
ayam goreng berempah

dessert : maklang nak wat puding b/more dan agar2 bodoh jer....Adik ipar nak wat dadih.
buah2 (pisang, tembikai)

semoga majlis ni berjalan lancar dan tetamu yang hadir dapat menikmati jamuan...insyaAllah...risaulah maklang ni..selalu kenduri masak sendiri..takder panggil katering...tak tau cukup ke idak lauk pauk yg ditempah...Maklang tempah utk 100 kepala jer.
www.maklangazie.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 4

Post on 8-12-2006 11:45 AM |All posts

Sape ada recipe ayam masak merah yang best?

hai semua...

re nak minta tolong kepada sesape yang ada recipe ayam masak merah yang best...tolong postkan..re dah belek page belakang xjumpa..

re nak masak semperna birthday member ujung bulan nie...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 8-12-2006 02:43 PM |All posts
Tak tau la kalau my recipe ni best. but this is how I do it..

1. Ayam  1 ekor- dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.. dimarinate bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa  - goreng sehingga garing
2. 8 Bawang putih, 6 bawang merah, 1.5 inci halia - blend together bersama 2 sudu cili boh
3. Tomato puree - secukup rasa (dalam setengah botol sos tomato botol saiz biasa)
4. Tomato merah - 4 biji - dibelah 6 setiap sebiji
5. Serai 2 batang - dititik
6. Gula merah
7. Garam secukup rasa
8. Bawang besar dihiris bulat bulat dalam 0.5 cm lebar

cara-cara:
1. Tumiskan bawang putih+bawang merah+halia+serai+cili boh tadi sehingga garing
2. Masukkan bawang besar yang dihiris dengan tomato puree, kacau sehingga sebati - kalau nak tambah 1 cawan air
3. Tambah 2 camca teh gula merah, dan garam secukup rasa
4. Biarkan dia sehingga mendidih.
5. Bila kuah dah pekat sikit, tambah tomato dibelah 6 tadi..
6. Bila dah cukup rasa masin, manis dan masam sikit tu, angkat kuah tadi, dan tuangkan ke atas ayam yang dah digoreng garing sebelumnya.

Tu je..
1

View rating log

~ See with evidence, listen with reasons, and judge with facts ~
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 8-12-2006 04:29 PM |All posts
ayam tandoori dari resepi nasi arab k.liza....nasi  arabnya tak buat pun, just buat ayam ni jer...
1

View rating log

Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 10-12-2006 10:43 PM |All posts
mintak tolong, sesape yg ada resepi ayam masak ros, share2 la kat sini yek!

tq!
Reply

Props Report

Deactivate

Jauh di mata tapi dekat di ..

Post on 11-12-2006 07:24 PM |All posts
Originally posted by disketkosong at 10-12-2006 10:43 PM
mintak tolong, sesape yg ada resepi ayam masak ros, share2 la kat sini yek!

tq!

klik Index bahagian ayam...ada ayam masak ros disitu

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
DAPURKU BERWAJAH BARU  --  > http://www.noorma.tk/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 17-12-2006 11:15 PM |All posts
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Baru2 ni lilo ada try buat dalca. Kacang dal dah direndam semalam & dah direbus lagik lebih kurang sejam setengah kot. Tapi bila masak kuah dalca tuh, dal tu tak berapa hancur. Still berbiji2. Geram sungguh sebab teringat kuah dalca kat rumah orang kawin/kedai mamak memang cantek jer kuah dia. Kacang dal cap tesco. Ker kacang dal tu tak elok ek?..hehehe
Reply

Props Report

Deactivate

Jauh di mata tapi dekat di ..

Post on 18-12-2006 06:20 AM |All posts
Originally posted by lilo1979 at 17-12-2006 11:15 PM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Baru2 ni lilo ada try buat dalca. Kacang dal dah direndam semalam & dah direbus lagik lebih kurang sejam setengah kot. Tapi bila masak kuah dalca tuh, dal tu ...

wslm..

nak tanya masa mula2 rebus tuh taruk garam ke?
DAPURKU BERWAJAH BARU  --  > http://www.noorma.tk/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 18-12-2006 09:08 PM |All posts
hahahaha..i tak letak garam..kena letak garam ker??huahahaha..patutlaaa tak lembut2..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-12-2006 12:20 AM |All posts
nak gak share resepi...

This is consider my speciality lah kununnya..kalau buat keraian selalu masak camni...rasanya simple tapi mmg favourite my family so bolehlah try if mau...

Nasinya selalu i buat Nasi Hujan Panas ala kak normasri or Nasi Minyak (more or less same -different sikit2 jer)

Gengnya...
A)Acar Jelantah
Timun, Nenas, Bwg Besar, Cili Hijau -dihiris
Campur semua & add gula, garam-don't add water since nanti air timun&nenas tu keluar
if suka can put cuka-I omit this (still rasa sedap jugak)

B)Ayam Masak Merah
Ayam perap ngan bwg putih, garam, kunyit,halia
-pas tu fry separa garing. not too garing nanti keras
bawang besar hiris
bawang merah & putih tumbuk
sos cili, tomato,tiram
ciki giling
most importantly -daun limau purut
cara2 masak
tumis bawang putih & bwg merah tumbuk sampai naik bau
garing add cili giling -tak mau banyak sangat (should be not too pedas as this is sweet & sour plus hot sikitlah)
garing ajer..campakkan daun limau purut -bau dia akan semerbak naik
pastuh boleh masukkan all the sos, gula & garam secukupnya
tambah air if nak berkuah & tengok kepekatannya-tak mau too cair. if tercair addlah balik the sos to thicken it up
last masukkan ayam yg dah digoreng & bawang hiris..balik2 sekejap & tutup api...
kalau ada kismis..i akan masukkan sekali so btambah rasa masam manis the kuah..

C) Kuah dalca
Rasanya sama cam org lain buat.(Sayur penting mesti ada kacang panjang, terung bulat, kentang, carrot)

D) Pappedum Goreng

E) Ayam Goreng
1

View rating log

Bersyukur & Bersabar..pasti ada ganjarannya
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 19-12-2006 12:55 PM |All posts
Kak Liza
Nak tanya banyak sikit. Recipe yang kat page 1 tu untuk berapa orang makan. I ni tak reti langsung nak agak2 berapa banyak beras untuk berapa orang makan. Boleh tolong tak. Mana tau nanti nak buat kenduri makan2 kat Perth ni.
Yummy Mummy,
Aussieland....
Reply

Props Report

Deactivate

Jauh di mata tapi dekat di ..

Post on 19-12-2006 05:02 PM |All posts
Originally posted by lilo1979 at 18-12-2006 09:08 PM
hahahaha..i tak letak garam..kena letak garam ker??huahahaha..patutlaaa tak lembut2..

eh tak2...

org kata klu taruk garam awal2 kacang payah nak empuk..

nak cepat empuk masa rebus buh sket minyak dlm sesudu kecik gitu
DAPURKU BERWAJAH BARU  --  > http://www.noorma.tk/
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-12-2006 09:08 PM |All posts
tq for the tips!!!..will try next time..cheers
Reply

Props Report

Fighter

~~~KAK LIZA~~~

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 19-12-2006 09:48 PM |All posts
Originally posted by mallanhead at 19-12-2006 12:55 PM
Kak Liza
Nak tanya banyak sikit. Recipe yang kat page 1 tu untuk berapa orang makan. I ni tak reti langsung nak agak2 berapa banyak beras untuk berapa orang makan. Boleh tolong tak. Mana tau nanti ...


maybe  kalau beras 1 kg tu mungkin boleh akan 6 -7 orang kot...
tapi kkliza pun tak pernah sukat berapa orang makan...
hidup ini satu UJIAN...

http://hanieliza.blogspot.com
Reply

Props Report

Fighter

~~~KAK LIZA~~~

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 19-12-2006 09:50 PM |All posts
Originally posted by lilo1979 at 18-12-2006 09:08 PM
hahahaha..i tak letak garam..kena letak garam ker??huahahaha..patutlaaa tak lembut2..


kkliza selalunya rendam dulu kacang dhall ..
pastu rebus sampai nampak pecah..amik masa lama jugak la...gunakan api paling kecil..
hidup ini satu UJIAN...

http://hanieliza.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-12-2006 10:19 PM |All posts
Originally posted by hanieliza at 19-12-2006 10:50 AM


kkliza selalunya rendam dulu kacang dhall ..
pastu rebus sampai nampak pecah..amik masa lama jugak la...gunakan api paling kecil..



thanks kak liza. I think after this i rebus dalm rice cooker la nampaknya. Tak sanggup tunggu kalau pakai dapur gas (harga gas dah naik)..hehehe
Reply

Props Report

Fighter

~~~KAK LIZA~~~

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 20-12-2006 08:30 AM |All posts
Originally posted by lilo1979 at 19-12-2006 10:19 PM



thanks kak liza. I think after this i rebus dalm rice cooker la nampaknya. Tak sanggup tunggu kalau pakai dapur gas (harga gas dah naik)..hehehe


good idea ni..:ah:
cuma kena jaga air takut kalau2 kering nnt tak sedar..

tapi kalau ada slow-cooker..
lebih baik rebus dalam tu..sebab air takkan kering...
hidup ini satu UJIAN...

http://hanieliza.blogspot.com
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 20-12-2006 09:54 AM |All posts
Kalau makanan2 yang kena rebus lama2 like nasi himpit/tulang lembu memang lilo lebih suka pakai rice cooker..Dapur gas kita ada 2 dapur jer so sambil tunggu sup tulang tu boleh masak makanan lain dulu. Hmm..memang kena standby air panas kat tepi kot2 air dlm rice cooker tu kering.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-3-2007 10:07 PM |All posts

Jelatah

Bahan-Bahan:

Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 22-10-2014 08:12 PM , Processed in 0.261387 second(s), 31 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top