myvios posted on 2-10-2012 12:56 PM

Video: Izara Aishah Berpakaian Seksi, Menari Tango

http://s3.ohbulan.com/wp-content/uploads/2012/10/Screen-Shot-2012-10-02-at-11.47.08-AM.png

Mungkin kerana tajuk video yang agak jarang di-google oleh kita, ramai yang tidak tahu bahawa Izara Aishah pernah membuat persembahan tarian Tango seksi ketika dia masih belajar di Sunway University. Video ini dimuat-naik pada 14 Mac 2011 dan sudah lebih satu tahun video ini di laman Youtube. Dan ya, ramai yang tidak tahu mengenainya bukan?


Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Heroin drama ¡°Vanilla Coklat¡± ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang kami kira agak mengghairahkan dengan tarian yang dipersembahkan, di sebelah kiri pentas.


Apa yang kami rasa anda tidak sabar untuk lihat ialah pada minit 6.20. Mahu tahu apa dia? Sila tonton video bertajuk ¡®Cell Block Tango Girls¡¯ selepas ini ya.


Untuk pengetahuan, Izara kini sedang menangguhkan pengajiannya kerana sibuk dengan kerjaya lakonan.

eqnmLmYaClg

ohbulan.

Last edited by skymania on 3-10-2012 11:44 AM

yipun_78 posted on 2-10-2012 01:00 PM

Hukum berpakaian tapi telanjang
Font£º [ BB B M S ]
•Khas •Agama •2012-09-30 08:05 •Click: 75 •Disediakan oleh Berita Harian

Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? Saya juga ingin bertanya mengenai hukum menghias rumah dengan ukiran? Adakah Islam mengharamkannya?

PAK MAN

Gombak, Selangor. Antara sebab utama masih ramai dalam kalangan perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran.

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya.

Golongan ahli neraka

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian.

Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang.

Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi.

Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.

Islam tidak melarang penganutnya menghias rumah dengan karangan bunga yang berwarna-warni dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud: Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Ia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya.

Sekali lagi ingin mengatakan bahawa seorang Muslim tidak berdosa untuk menghiasi rumahnya, pakaiannya, kasutnya dan sebagainya. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada perasaan sombong sekalipun sebesar zarah. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu suka kalau pakaiannya baik, dan kasutnya baik. Adakah ia termasuk kesombongan? Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik.

Suka keindahan

Dalam hadis riwayat Abu Daud pula menyebut (yang bermaksud): Ada seorang lelaki yang kacak datang kepada Nabi SAW, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana yang tuan lihat sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamakan kasutnya. Adakah ini termasuk kesombongan wahai Rasulullah? Jawab Nabi SAW: Tidak! Sebab yang disebut kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.

Namun Islam tidak suka berlebih-lebihan dalam segala hal. Nabi SAW sendiri tidak suka seorang Muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan kerana berlebih-lebihan itu dicela oleh al-Quran.

mimi77 posted on 2-10-2012 01:00 PM

motif video ni diupload?

yipun_78 posted on 2-10-2012 01:01 PM

terjumpa artikel ni kat atas :) buat renungan kita semua

myakayina posted on 2-10-2012 01:01 PM

tu dia..mana karatz sheols...seksi tak hengat..

yipun_78 posted on 2-10-2012 01:02 PM

wow Izara pon pernah pakai baju ala pelacur :loveliness: kelas retis Malaysia ni kan? suci dalam debu je

yujin posted on 2-10-2012 01:08 PM

kalau btl la dia ni...mmg x sangka la mcm perempuan x bermoral...

yipun_78 posted on 2-10-2012 01:10 PM

kan? perlu ke nak lakonkan watak cam pompuan gitu2 ngan tali jatuh bahu cam nak dilanggan gitu :( retis Msia ni x pernah fikir akibat dari x berfikir panjang masa muda... nak cakap pasal hukum memang x leh nak habaq kat mereka ni tp basic thing laaa... perlu ke nak downgrade ngan berlakon ntah amendenya ni...

da_vinci posted on 2-10-2012 01:12 PM

projek kolej la nih...ntah hapo2....gigih dan tabah semernyer nak bagi nmpk seksi...lelebih lagi yg besor tu....ternganga jantan2 semer...hadeyyyyyyy;P:mad::I:dizzy:

mixed posted on 2-10-2012 01:16 PM

{:3_97:}wah izara x sangka beliau itew {:3_80:}

bluecrystal posted on 2-10-2012 01:16 PM

mcm tarian separuh bogel je...hazab btul tgk yg chubby tu

hyie posted on 2-10-2012 01:18 PM

past is past:$

annadellia posted on 2-10-2012 01:23 PM

oh my gucci.. speechless... :shakehead3:

shachihata33 posted on 2-10-2012 01:24 PM

xde lah nak heran sgt sbb dia ni tgk pun nampak gedik.

jonlabu posted on 2-10-2012 01:27 PM

ingat kalo berlakon drama pegang watak pempuan ala2 suci dalam debu, tak penah pakai mcm pelacor ke?

juliez posted on 2-10-2012 01:28 PM


cantiknya body sheols :$

kudapkudap posted on 2-10-2012 01:29 PM

wooo..untung ler mamat dpan tu terbuntang mata tgk spesis terkangkang terkiap ni...:funk:

vionna007 posted on 2-10-2012 01:30 PM

ala...takleh tgk la.......seksi sgt ke????/

noremz posted on 2-10-2012 01:33 PM

dh x bole tgk................:dizzy:

cmf_aminah posted on 2-10-2012 01:34 PM

speechlesssssss...:funk::funk::funk:

pompuan tgkpun speechless laki2 ape ntah lagik..:L:L

whyyyyyyy izaraaa..:'(:'(

lotionmilo posted on 2-10-2012 01:35 PM

videodah takley tengok.cisss!

amikie posted on 2-10-2012 01:37 PM

oh my prada....!!!

redsentra posted on 2-10-2012 01:37 PM

dah delete pun ekekekekek

cmf_aminah posted on 2-10-2012 01:37 PM

sudah di remove...hahaha..cptnye ambik tindakan...mesti pengupload tu forumer kat sini..

hani2103 posted on 2-10-2012 01:39 PM

cepatnya kena removed....tak sempat nak tgk...hehehehe
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: Video: Izara Aishah Berpakaian Seksi, Menari Tango