waneeda1904 posted on 5-6-2012 05:31 PM

baru awal tahun apply housing loan pakai nama both eda ngan hubby...
dua2 clean dari personal loan, cc plak dua2 pon x pernah pakai, memang x berminat.. nama hubby takat loan tuk kete malaysia jek...
nama eda langsung la x pernah apply tuk apa2 loan...
alhamdulillah lepas tanpa byk songeh lepas hantar segala documents yang diorg nak...
even bank pun x call opis tuk confirmation... tau sbb eda yang jawab fon ;P
tau2 jek bank call hubby cakap loan dah lulus.. leh g sign offer letter.  :loveliness:

medangmru posted on 5-6-2012 07:05 PM

baru awal tahun apply housing loan pakai nama both eda ngan hubby...
dua2 clean dari personal loan ...
waneeda1904 Post at 5-6-2012 05:31 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   awal tahun ( Jan dan Feb ) syarat pinjaman masih belum diketatkan lagi wallaupun telah berkuatkuasa....start bulan mac lepas...baru kow2 banknyer new rules...

waneeda1904 posted on 6-6-2012 08:45 AM

awal tahun ( Jan dan Feb ) syarat pinjaman masih belum diketatkan lagi wallaupun telah berk ...
medangmru Post at 5-6-2012 07:05 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

jadi eda still terlepas la....
tapi ada ofismate ni.. lepas eda beli rumah, dia pun teringin beli rumah...
sama kes macam eda, clean dari segala loan....
bulan april x silap dia apply... alhamdulillah gak 1week dah lulus.
laki dia siap ada nama kt ctos kes cc...
camane leh lepas x sure....

zarul427 posted on 8-6-2012 08:51 AM

Kecewa AgroBank tolak permohonan
AHMAD FAHIM,
Tanjung Karang

Kenapa persoalan ini ditimbulkan sedangkan sudah ada 'bank' yang dikatakan bersedia membantu usahawan tani iaitu AgroBank @ Bank Pertanian. Bank yang dicanang oleh ahli Parlimen saya sendiri iaitu tempat yang paling sesuai untuk memohon pinjaman bagi usahawan tani seperti saya, jika ingin membesarkan perusahaan tani.

Persoalannya, sudah beberapa kali saya cuba memohon pinjaman bank melalui cawangan AgroBank di Selangor. Walaupun semua dokumen yang diminta oleh pegawai bank tersebut telah disediakan tanpa ada satu dokumen pun yang terkecuali, namun keputusan yang saya terima adalah 'pinjaman awak gagal'.

Saya dimaklumkan yang permohonan pinjaman saya ditolak oleh 'Jawatankuasa Tertinggi' di panel pinjaman AgroBank, walaupun di pihak pentadbiran bank mengatakan 'saya layak' untuk menerima pinjaman ini dan mereka telah memberikan sokongan ke atas permohonan saya, namun keputusannya masih gagal.

Untuk makluman, saya sudah berkecimpung dalam bidang pertanian dan ternakan hampir 10 tahun. Saya bermula dengan modal yang kecil serta tidak pernah mempunyai rekod buruk dalam sebarang bayaran pinjaman balik bank komersial sebelum ini. Saya juga telah dikategorikan sebagai seorang usahawan berjaya.

Oleh kerana ingin menyahut saranan Perdana Menteri agar menjadikan pertanian sebagai perniagaan yang besar, lalu saya memohon pinjaman bank melalui AgroBank untuk membesarkan perniagaan saya.

Walaupun permohonan awal saya telah ditolak tetapi saya telah diminta untuk membuat rayuan dan saya dicadangkan supaya mengurangkan jumlah pinjaman namun ia masih ditolak. Jawapan pegawai pinjaman masih sama iaitu 'Jawatankuasa Tertinggi Panel Pinjaman' menolak permohonan saya tanpa memberikan alasan yang kukuh.

Mengapakah semua syarat yang ditetapkan oleh pihak bank, telah saya tunaikan, namun masih ditolak? Oleh itu, buat apa meletakkan ramai pegawai bawahan untuk meminta pelbagai dokumen daripada pemohon kalau pengurusan atasan bank amat mudah menolak?

Walaupun saya dikategorikan usahawan berjaya dan ada mendapat sokongan daripada Pejabat Menteri Pertanian, namun permohonan saya masih ditolak mentah-mentah. Bagaimana pula dengan usahawan tani lain yang baru, yang ingin mencebur dalam bidang pertanian?

Saya difahamkan, ramai usahawan tani lama dan baru, kecewa apabila berhadapan dengan pihak AgroBank. Walaupun dilihat usaha murni pegawai-pegawai bawahan Agrobank yang ingin membantu untuk memberikan pinjaman, tapi sia-sia sahaja kerana ketegasan yang tidak bertempat dalam membuat penilaian pinjaman.

Malah, saya difahamkan ada seorang usahawan tani di Perak yang boleh dikategorikan amat berjaya dan ingin meluaskan perniagaannya dengan membuat pinjaman melalui AgroBank, namun permohonan beliau juga gagal tanpa alasan, walaupun beliau telah mendapat bantuan dan sokongan daripada Kementerian Kewangan.

Pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani melalui wakilnya ke pengurusan mesyuarat tertinggi AgroBank, haruslah sentiasa memantau masalah ini dan jangan membuta tuli menyokong setiap pelantikan anggota pengurusan tanpa melihat impak kesusahan yang dialami oleh kami sebagai usahawan tani.

Jangan hanya datang sekali-sekala mesyuarat pengurusan, sudah boleh mendengar terus setiap kata-kata sebahagian ahli lembaga pengarah. Sedangkan kewujudan AgroBank adalah untuk membantu petani atau penternak, bukan membiarkan usahawan tani tanpa sokongan.

Saya juga ingin menyarankan pihak Bank Negara Malaysia agar memantau lebih dekat masalah yang saya nyatakan ini dan menapis sebaik-baik mungkin setiap calon, sebab sokongan Bank Negara yang diberikan dalam melantik pengarah-pengarah baru, haruslah juga melihat keperibadian dan rekod lampau pengarah tersebut sama ada 'banyak aduan sebelum ini terhadap mereka atau tidak'.

dasatgiler posted on 11-6-2012 11:35 AM

Kecewa AgroBank tolak permohonan
AHMAD FAHIM,
Tanjung Karang

Kenapa persoalan ini ditimbulkan s ...
zarul427 Post at 8/6/2012 08:51 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

encik ahmad fahrim contact agrobank cepat2, mana tawu esok loan approve lusa dah disburse masuk dlm account..

aku pon kena complain kat s/khabar jugak ler kalau cenggini gayenye..

http://img99.imageshack.us/img99/4646/agrob.jpg

dasatgiler posted on 25-6-2012 11:18 AM

update: 25/06/2012

genap sebulan lepas aku bukak tread nih, akhirnya khabar gumbira drpd BSN tiba jugak.. minggu lepas pembeli rumah aku telah ke cawangan BSN utk menandatangani surat tawaran (offer letter) walaupun rate pembiayaan perumahan i BSN An Naim agak tinggi berbanding bank2 yg lain (BFR - 1% = 5.55% pa) tapi tak pe, ada strategi yg boleh digunakan utk menurunkan kadar tu melalui pengeluaran simpanan akaun II kwsp..

Hana posted on 30-6-2012 09:54 PM

aku ni tak ikuti sgt perkembagan isu semasa.
baru aku tahu kalau 3rd property, boleh pinjam
70% jer. aku plan nak guna 2 nama utk housing loan.   
memandangkan 1 name jer bole apply,  aku tak rasa boleh lepas utk  loan 90%

cara lain apa lagi nak buat duit utk hari tua niehh??
Page: 1 2 [3]
View full: Dilema Pinjaman Susah Nak Lulus