bmw_e34 posted on 5-8-2011 04:23 PM

Used Car :: mengelakkan dari kena tipu

Tips-tips yang aku boleh bagi dari mengelakkan kena tipu


Used car biasa mendapatkan kereta-kereta berikut

- kereta tender
- kereta trade in
- beli kereta accident dari insurans

Ambil contoh kancil tahun 2001, diorang beli secara trade in pada harga 5k, kemudian jual balik 13k ( lagi banyak pembeli nego, lagilah dia rugi )

Ada juga kes kereta mercedes atau BMW recond di hantar ke bengkel untuk ditukar sparepart dengan barang-barang lama
- alternator
- radiator
- abs module
- turbo housing
- exhaust

kes nih pernah terjadi di kedai kereta mewah @ cheras. Pembeli beli mercedes yg agak baru tapi sekali check semua parts dah ditukar. Sebab itu jangan suka sgt beli kereta mewah @ used car .

Used car jugak tak suka orang beli cash atau downpayment yang tinggi, sebab komisen yg diberikan oleh bank akan rendah. Lagi banyak diorang secured loan kereta, lagi diorang suka.

Begitu juga insurans, kalau boleh diorang akan insurankan kereta pada nilai yang tinggi untuk maksimakan komisen mereka.

Mileage Tampering
------------------------
Kereta mileage rendah @ used car ? Taktik kotor yang selalu mereka gunakan

Kereta accident
------------------------
Yang nih kena pandai check,
- alignment pintu, bodyparts
- check panel ada kesan pateri ker tak ( kereta potong )
- check carpet ada kesan darah ker tak

check puspakom
-------------------------
Sebelum buat pembayaran, make sure ada sijil puspakom. Sekali diorang jual kereta curi, kereta potong, sapa nak tanggung
- check cat kereta, dah berapa lapis cat, dan tengok consistency cat kereta seluruh badan

kereta murah dari internet esp @ mudah.my
---------------------------------------------------
Nih pun ramai orang kena, pi bayar booking fee , pastu seller terus hilang entah ke mana


used car tak bagi mekanik check condition kereta unless bayar booking fee
----------------------------------------------------------------------------------
Nih satu lagi taktik jahat used car. Tak bagi mekanik check kereta sebab dia tau pembeli akan tau
condition kereta


Booking fee yg tak refundable
---------------------------------------------
kalai yg mintak lebih dari 100, lupakan sahaja. Ada kes yg letak sampai 500 tak refundable. Lain kali mintak resit dalm dalam resit tuh cakap refundable.

check harga terkini kereta
------------------------------------
paling senang check dengan bank. Kalau loan cuma lepas 30k, dia jual sampai 60k sure ada yg tak kena


jangan beli kereta berusia lebih 10 tahun

kalau boleh jangan beli kereta 2nd hand dengan loan 9 tahun

kalau jual used car pulak make sure full settlement dan geran kat nama diubah


jangan beli kereta @ used car :D

beli aja direct owner.....


kalau kat cheras tu, salesman used car nih macam gangster jual kereta.

sar9eant posted on 5-8-2011 04:35 PM

good info... {:1_132:}

te_clone posted on 5-8-2011 05:08 PM

mmg gd info ni...

Acong posted on 5-8-2011 06:54 PM

TQ........!!! {:1_152:}

serulingsenja posted on 5-8-2011 07:07 PM

plan nk bli kete br thn depan..
sama ada baru atau 2nd..
tp lps baca, rs nk kumpul duit ltk DP byk skit..
amik ketew baru trus

bmw_e34 posted on 5-8-2011 09:16 PM

sebaiknya amik kereta baru...atau beli dari orang yg kenal

myra316 posted on 5-8-2011 11:38 PM

Good info la bro...thanks

laxxier posted on 6-8-2011 01:08 AM

bagus nya info ni..
just nak tambah, kalo boleh perempuan tak payah la beli kereta kat used car.

whitelighterz posted on 6-8-2011 08:06 AM

betul tu. jarang ada used car yg iklas. owner lama trade in keta kat diorang penuh dgn aksesori bagus macam radio, sport rim dll, diorang cabut ganti dgn cap ayam.

tp, kalau pandai nego, mungkin diorang bole kasi sikit harta karun aksesori keta yg diorang kumpul dalam opis empat segi diorang sebagai free gift.

Mulan posted on 6-8-2011 02:45 PM

Post Last Edit by Mulan at 6-8-2011 14:48

Reply 1# bmw_e34

tqvm, tt... byk pahala awak share info gini bln2 posa. akak mmg plan nak amik used car... tapi adik suruh angkat yg baru. pasal mekanik tu, takde hal, ramai kawan yg terer check. tapi bunyi mcm byk risiko beli used car dan dealer pulak byk songeh jer, akak amik masa sket la simpan utk dp.

akak nak loan max 5thn je, tapi takmo p1 or p2, itu yg nak amik used vios/city yg reg. 2008 paling awal.  

fikir2 lagi, amik vios j auto je dahlah... extend la sampai 7thn kot... berlambak la utang :mad:

fofi pun menarik tapi taktau mana lagi bagus...

serulingsenja posted on 6-8-2011 07:27 PM

bek beli kete br je..
x pon bli dr member2 yg kenal..
byk risiko klu beli kt used car..

bmw_e34 posted on 6-8-2011 08:46 PM

Reply  bmw_e34

tqvm, tt... byk pahala awak share info gini bln2 posa. akak mmg plan nak amik use ...
Mulan Post at 6-8-2011 14:45 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kalau nak beli kereta Vios 2nd, try cari yg direct owner dan akak jadi 2nd owner

Sebenarnya ramai yg direct owner yang nak jual kereta tapi tak pandai nak jual, cara paling mudah, search kat mudah.my atau jalan-jalan PJ sunday Sales setiap hari ahad ( pasar kereta untuk direct owner , tapi lately banyak used car menyamar jadi direct owner )

Macam kereta 2nd yg baru, make sure ada service booklet dan tau history kereta. Jangan sekali-kali beli kereta yang takder service booklet. Service booklet nih penunjuk aras kesihatan kereta. Kalau kereta 50,000km mielage tak pernah pergi service pun jahanam. Lagi sau jangan terpedaya dengan lady owner, beli kereta dengan orang yang tau pasal kereta atau yg jadikan kereta 2nd or 3rd car. Dan jangan beli kereta dari orang yg muda/ baru kerja. Sebabnya mereka nih akan abaikan aspek penjagaan kereta dan lenjan kereta sampai lunyai.

Bila dah jumpa kereta yang diidamkan, pergi dengan rakan dan set time jumpa untuk test drive. Kalau berkenan , mintak salinan geran kereta dan buat loan sendiri. Nak submit loan nih mudah aja, naik aja mana-mana bank bahagian H/P dan submit lah loan. Kalau malas, boleh upahkan used car yang dipercayai untuk submit loan.


Nak beli kereta yang value for money ?
Hanya stick dengan jenama Jepun sebab resale value yang tinggi. Kita pakai kereta 4-5 tahun sure jual bukan ?

Kalau pakai continental ?
Standby RM5-10k untuk penambahbaikan selepas beli ( rujukan : http://www.bmwclubmalaysia.com/forums/showthread.php?43310-Finally-my-baby-is-ready.-E60-520D-WARNING-Image-Intensive!! )

Loan ?
Ramai yang terpedaya dengan Loan 9 tahun, padahal kereta cuma tahan 5 tahun lepas tu sure nak jual. Kalau boleh, elakkan high loan. CUma loan 60% dari value kereta.

Ada duit nak beli kereta mewah ?
Cuba elakkan pergi used car . Cari broker yg takder showroom etc, tapi suruh mereka scout kereta dari luar negeri. Bayangkan Porsche cayenne harga 180k kalau guna service mereka ini. Cost rendah sebab takder showroom.

Peringatan sekali lagi, jangan kena tipu used car.

biskut85 posted on 6-8-2011 09:13 PM

good info....:P

tuah_r posted on 9-8-2011 12:04 PM

Kalau nak beli kereta Vios 2nd, try cari yg direct owner dan akak jadi 2nd owner

Sebenarnya r ...
bmw_e34 Post at 6-8-2011 20:46 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

mcm mana maksud broker tanpa showroom?

al-asil posted on 9-8-2011 02:00 PM

Kalau pakai continental ?
Standby RM5-10k untuk penambahbaikan selepas beli ( rujukan : http://www.bmwclubmalaysia.com/f ... G-Image-Intensive!! )

bmw_e34 Post at 6-8-2011 20:46 http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

fuhh orang ni repaint keta pakai glasurit tu. mana la nak carik kedai cat keta yang mahir guna glasurit ni kat area cheras-kajang-bangi ye..

DCrystal posted on 9-8-2011 02:31 PM

Huhuhuh... lewat plak baca benang ni. Aku baru jer hari Ahad lepas bayar booking kete. Kena RM1000. Katanya kalo tak jadi beli refunable tapi takde plak tulis kat mana2. Boleh percaya ker? Selagi aku tak sign agreement untuk loan, aku bole withdraw nak beli kete kan?

eco_internet posted on 9-8-2011 03:11 PM

thanks....gud info :)

eco_internet posted on 10-8-2011 11:08 AM

Standby RM5-10k untuk penambahbaikan selepas beli ( rujukan : http://www.bmwclubmalaysia.com/f ... G-Image-Intensive!! )..
bmw_e34 Post at 6-8-2011 20:46 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    lawa e60 tu....tp kalau rege tak jauh ngan F10, baik ambik F10..:)
aku tgk kat mudah e60 paling murah pun RM130k...

fida75 posted on 10-8-2011 11:48 AM

good info TT

penah kena masa jual P. Satria 1.3 tahun 2003.. amik honda civic 1.6A... masa tu satria laku dlm RM15K klu x silap & top-up lagik RM10K total RM25K utk downpayment h. civic.. market price h. civic rm68k tp masa dlm agreement dgn bank harga h. civic tu dh jadik rm72k.. tanya kat user car tu semula xpe dia ckp mmg procedure camtu... idop2 kena tipu sbb dh sah2 lah kan harga dia rm72k.. :@

pastu sekali lagik thn 2005 used car lain lak - nak trade-in h. civic tu sbb byk problem tang enjin.. mcm2 dia bagi alasan dealer tu ckp kete tu dh penah accident teruk la, kna bwk puspakom la.. elok2 market price dlm rm54K terus turun rm45k jek dh tu bila tolak utang dia kelepet lagi sepatutnya bersih dpt dlm RM16K tp cuma dpt RM15k jek..
dah tu dia dok pulun guna kete tu sampai kena 3 saman yg saya kena bayar sbb dia x pegi tukar nama & silap saya sbb masa tandatangan pd surat tukar nama tu saya tak letak tarikh.. & saya tak matikan insurance pd kete lama tu sbb xtau mmg bengang giler dgn used car tu...

dh tu serik nak beli keter kat used car, klu berhajat nak beli kete tu pegi la carik yg brand new.. interest pun rendah & mcm2 saguhati kita dpt x kira lah kete mahal ke x.. janji puashati & berbaloi...

bmw_e34 posted on 10-8-2011 12:22 PM

Zaman skrg kena ada dokumen atau resit refundable

say letak downpayment 1000, kena ada cakap dalam resit refundable 800 ker 900 ker..RM100 processing fee.

Nak cari used car yg specialist scout kereta overseas, kena pandai cari. Biasanya diorang nih supply kereta jugak kat used car yg tak pandai cari kereta overseas, dan juga selected VIP. Atau gi buat sendiri, tapi kena cari AP sendiri.

Pengalaman kena tipu used car biasanya melibatkan
- amik kereta kita dengan harga sangat rendah
- jual kereta dengan harga sangat tinggi
- used cars tak bayar installment sampailah terjual kereta

Yang downpayment korang bayar tu sebenarnya duit poket salesman tu, kadang-kadang tak masuk dalam company pun ( sebab tu diorang tak suka bukak resit )

Lagi satu tips

kalau tengok kereta kat used cars yg cantik berkilat macam baru cat, lagilaa kena waspada..sebabnya..kenapa baru cat ? Kereta eksiden ?

Sebenarnya nak jual kereta pun bukan susah sangat. Gunakan Mudah.my, tau proses-proses tukar nama dengan JPJ, uruskan loan buyer yang berminat + booking fee atau suruh buyer sendiri cari loan.

Kalau kat america, used cars salesman nih dah synonim dengan 'Con Man'

Sebab tu wujud PJ Sunday Sales, untuk membolehkan private owner jual kereta. Tapi malaun used cars sentiasa cari kesempatan.

tundahgulana posted on 10-8-2011 01:35 PM

pasal meter mileage tu....meter yg lama tu mmg selalu org tipu, yg digital punya leh tipu jugak ke?...pernah tanya pomen..diorg cakap digital punya takleh ejas

bmw_e34 posted on 10-8-2011 02:29 PM

dia boleh tukar dengan halfcut punya odo meter :D

Sebab tuh kena tengok maintenance bill. Dan siapa yg skip service schedule menjawablaa nanti nak jual kereta. Sebab tu resit service kreta kena ada date dan mileage bila buat service

Mulan posted on 10-8-2011 04:09 PM

kensel amik used car... sakit kepala & sakit ati & sakit jiwa je... nak2 pembeli ppuan.. :mad:

momod sila tambah kredit... {:1_132:}

bmw_e34 posted on 10-8-2011 04:29 PM

pompuan pergi used card = memang nak kena sembelih.......and nitemare just started.

Beli aja baru or buy from direct owner yg kenal

bmw_e34 posted on 10-8-2011 06:37 PM

fuhh orang ni repaint keta pakai glasurit tu. mana la nak carik kedai cat keta yang mahir guna g ...
al-asil Post at 9-8-2011 14:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


bangi ?

sini http://www.bmwclubmalaysia.com/forums/showthread.php?23773-E36-Estorial-BLUE-makeover-in-LIAN-HENG-%28-bangi-
Page: [1] 2
View full: Used Car :: mengelakkan dari kena tipu