Reply #95 agelgold's post
Jgn risau n takut nak join kitorg..dlm way2ride ni byk kategori yg kayuh..biasanya kitorg akan kayuh by group..lagipun kalau pergi long distance slalunya akan ada support van..so kalau pancit ke..cramp..ke..terus je naik van..skang ni dah boleh join forumkan ..so nnti bleh la tgk kat event nye thread..kat situ akan update route mana yg akan kita kayuh.Reply #98 I-chi-ban's post
hi.. ban..dasat tu hang dapat celen tanker petronas..ni kira dah tahap otai..hehehe..kira dulu2 nye mmg power la yer..kayuh beskal ni tak kira usia..tua muda sume bole kayuh..lagi pun xtvt beskal ni senang.. sorang pun bleh layan..kalau main badminton,pingpong etc nak kena ada kawan..apa yang penting kesihatan kena diutamakan.. Originally posted by dill9642 at 2-2-2007 12:10 PMhi.. ban..dasat tu hang dapat celen tanker petronas..ni kira dah tahap otai..hehehe..kira dulu2 nye mmg power la yer..kayuh beskal ni tak kira usia..tua muda sume bole kayuh..lagi pun xtvt beskal ...
otai tu memang otai le (tua).... dulu kira OK le... & betul tu .. xtvt ni tak perlu ramai.... sorang pun jadi.... masa dulu tu memang enjut sorang aje... janji kena rajin aje....
sekarang ni kekadng tu usha gak kedai beskal... last2 beli beskal utk anak aje..... nak beli utk abahnya.... tak cukup fulus..... dulu main shimano.... beli pun kedai joo ngan di Kompleks pertama..... dulu kalau shimano tu kira bagus le... sekarang tak tahu lak... dah ketinggalan....
Reply #103 I-chi-ban's post
waa..!!i kedai joo ngan kat pertama kompleks..ini 80an punya crite nih..heheh..lamo btul nih..dulu2 ada la penah pegi..masa tu umur dlm 19-20 camtu le..skang ni pun spare part dia masih lg shimano..cuma nama je berbeza..ada dura ace,ultegra..105 etc..rega dia plak..huh jgn crite la..tak tahan nak melayannye.. Originally posted by dill9642 at 2-2-2007 04:39 PMwaa..!!i kedai joo ngan kat pertama kompleks..ini 80an punya crite nih..heheh..lamo btul nih..dulu2 ada la penah pegi..masa tu umur dlm 19-20 camtu le..skang ni pun spare part dia masih lg shiman ...
80an punya cerita...otai (tua) tu....mcm dlm avatar tu....
[ Last edited by I-chi-ban at 2-2-2007 05:23 PM ] Loddo takluk Langkawi
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0203/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpg
PELUMBA Unibet.Com dari Sweden, Alexander Khatunsev tersungkur
ketika mendaki bukit kira- kira 25km sebelum tiba ke garisan penamat
bersama kelompok pelumba pada perlumbaan peringkat pertama kejohanan
lumba basikal Le Tour de Langkawi 2007 di Langkawi semalam. Perlumbaan
itu dimenangi oleh Alberto Lodo (gambar kecil) dari pasukan Selle Italia
Serramenti Diquigiovanni. Richeze tunjuk belang
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0204/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpg
MAXIMILIANO Richeze dari pasukan Ceramiche Panaria Navigare
menjuarai peringkat kedua pada perlumbaan Le Tour de Langkawi
dengan catatan masa 3 jam 55 minit. Peringkat kedua membabitkan
jarak 166km dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah. Peringkat ketiga akan
berlangsung hari ini dengan jarak yang lebih pendek tetapi berbukit.-- Bernama.
KULIM - Maximiliano Richeze yang mewakili pasukan Ceramiche Panaria dari Itali menguasai peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2007 yang berakhir di sini, semalam.
Warga Argentina itu juga memenangi jersi hijau selaku raja pecut dengan mengakhiri perlumbaan dalam masa 3 jam:55min:41s meliputi jarak sejauh 166km yang bermula di Kangar.
Menamatkan perlumbaan dalam kelompok terbesar dalam pusingan kali ini, Richeze mempamerkan kejaguhan memecut pada jarak 250 meter terakhir untuk merentasi garis penamat di tempat pertama.
Dalam perlumbaan pembukaan sejauh 82km di Langkawi semalam, Richeze menduduki tempat ketiga di belakang Alberto Lodo (Selle Italia Serramenti Diquigiovanni) dan rakan sepasukannya, Ruben Bongiorno.
Pelumba Jepun, Koji Fukushima meneruskan kejayaan pasukan Nippo-Meitan dengan menjuarai kategori pelumba Asia keseluruhan.
Beliau juga memenangi kategori mendaki bukit dan memakai jersi polka dot merah untuk kali kedua erturut-turut dengan mengutip sejumlah empat mata.
Pelumba terbaik Malaysia dalam perlumbaan hari ini ialah Ahmad Haidar Anuawar (LeTua) di tempat ke-21 diikuti oleh Safwan Sawai (Malaysia) di tempat ke-27, Loh Sea Keong (Discovery Channel Marco Polo) di tempat ke-31, Mohd Zamri Salleh (MNCF Development Team) di tempat ke-32 manakala Saiful Anuar Abd Aziz (MNCF Development Team) di tempat ke-40.
Dalam klasifikasi pasukan keseluruhan, Ceramiche Panaria mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu diikuti oleh Credit Agricole dan Unibet.com.
Dalam klasifikasi pasukan Asia, pasukan berbasikal LeTua dari Malaysia mengekalkan tempat teratas dengan jumlah masa 17 errr...team Le Tua tu orgnya tua2 ke? Apsal masa interview di tv aritu salah sorg pesertanya org Indon?
Reply #105 I-chi-ban's post
mahu byk skil n pengalaman nih..bleh la syer sama2 kat forum nih..nnti bleh la kitorg buat panduan..heheheh.Reply #108 sherrina's post
hehehe...ada gak org2 tua tapi kuat dlm team Le tua ni..tapi yg power pun ramai gak..that why dorang bleh masuk race LTDL thn nih..kira boleh tabik spring la kat dorg..first pro club dr M'sia..ada 2 org mat indon dlm team ni..kira rider jemputan la tuh..nanti ada masa bleh la pegi ke dataran merdeka pd 11/02 ni..tengok acara kemuncak LTDL iaitu kriterium..pasti besstt... Anthony Chartaeu tawan Cameron Highlandshttp://www.utusan.com.my/pix/2007/0205/Utusan_Malaysia/Sukan/su_01_big.jpg
RAJA BUKIT... Anthony Charteau dari pasukan Credit
Agricole mendepangkan tangan sejurus memintas garisan
penamat untuk muncul juara peringkat ketiga Le Tour de
Langkawi dari Kuala Kangsar ke Cameron Highlands sejauh
133km, semalam. kriterium? apa tu....
p/s: alah, on that day saya dah ke Kuching..tak dapek lah nak tgk...:L sesiapa yg arif. boleh tak korang cerita sikit pasal racing jenis tour ni. dari segi pemberian markah, penentuan pemenang, taktik dan apa saja lah. yg aku tau kayuh dari awal sampai abis. tu je. tapi tak paham apa-2 pun.
Reply #113 agelgold's post
yg aku tau ade baju polka dot n jersi kuningahhahahaha ha'ah....apa peranan baju2 tu? polka dot lak tuuuu.....;P Loddo cipta hatrik
KUALA TERENGGANU Loddo catat kemenangan keempat
CHUKAI
Reply #113 agelgold's post
agelgold --le tour de langkawi ni beberapa route yang
diberikan kepada peserta yang ambil bahagian -
di panggil stage
ada 10 stages semuanya --
dan bila you baca saya postkan kemenangan peserta2 tu -
adalah mengikut stage yang mereka telah ambil --
---------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage1_maps.jpg
Stage - 1 Langkawi Island
Start Time : 0900 hrs
Start Venue : Dataran Helang, Pulau Langkawi
Nuetralised Section : 2.8 km
Stage Distance : 81.4 km
Finish Venue : Underwater World, Pulau Langkawi
Summary
Stage 1 begins at Dataran Helang, the symbol of Langkawi and the landing point for ferries from mainland Peninsular Malaysia will see the riders beginning the race before finishing at the manmade underwater world.
--------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage2_maps.jpg
Stage - 2 Kangar - Kulim
Start Time : 1000 hrs
Start Venue : Jalan Kolam, Kangar
Nuetralised Section : 6.6 km
Stage Distance : 166.2 km
Finish Venue : Kulim
Summary
Picturesque of Kangar hills offering a panoramic view of paddy fields and the green hills will host the start of Stage 2. Riders will then race towards Kulim
---------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage3-maps.jpg
Stage - 3 Kuala Kangsar - Cameron Highlands Start Time : 1000 hrs
Start Venue : Persiaran Sungai Perak, Kuala Kangsar
Nuetralised Section : 7.0 km
Stage Distance : 133.2 km
Finish Venue : Brinchang, Cameron Highlands
Summary
Stage 3 will see the riders start from Kuala Kangsar, the royal town of Perak, located at the mouth of Kangsar River and races through the 133.2 km to the finishing venue where the hills are covered in tea plantation, Cameron Highlands.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage4-maps.jpg
Stage 4 - Gua Musang - Kota Bharu
Start Time : 1100 hrs
Start Venue : Jalan Pulai, Gua Musang
Nuetralised Section : 9.7 km
Stage Distance : 178.1 km
Finish Venue : Jalan Stadium, Kota Bharu
Summary
Today's sprints will be held at the largest district of Kelantan, Gua Musang where it is surrounded by limestone hills and caves. It will witness the riders' enthusiasm and power in the race to the finishing point in Kota Bharu.
------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage5-maps.jpg
Stage 5 - Kota Bharu - Kuala Terengganu
Start Time : 1000 hrs
Start Venue : Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu
Nuetralised Section : 7.7 km
Stage Distance : 167.0
Finish Venue : Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Summary
Take in some of the Malay culture and intricate design of the Istana Lama as the riders set off towards Kuala Terengganu home to the stunning views of white sandy beaches and clear blue ocean.
----------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage6-maps.jpg
Stage 6 - Kuala Terengganu - Cukai
Start Time : 1000 hrs
Start Venue : Pantai Buruk, Kuala Terengganu
Nuetralised Section : 7.0 km
Stage Distance : 141.5 km
Finish Venue : Jalan Padang, Cukai
Summary
Stage 6 begins in Pantai Buruk, Kuala Terengganu and ends in Jalan Padang, Cukai.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage7-maps.jpg
Stage 7 - Kuantan - Karak
Start Time : 1000 hrs
Start Venue : Jalan Bukit Ubi, Kuantan
Nuetralised Section : 8.1
Stage Distance : 174.0 km
Finish Venue : Main Town, Karak
Summary
Stage 7 will have the riders leave the stunning coastal scenery and start the race from the state which has a rich cultural heritage and home to distinctive hand-woven gold and silver brocade, songket. Riders will then cycle to the finishing point of Karak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage8-maps.jpg
Stage 8 - Proton, Shah Alam - Genting Highlands
Start Time : 0900 hrs
Start Venue : Proton Headquarters, Shah Alam
Nuetralised Section : 8.0 km
Stage Distance : 84.4 km
Finish Venue : Genting Highlands
Summary
Venue of where the first Malaysian car, Proton was produced will be the starting point for today's race towards the climb to Genting Highlands, where it has been featured every year in the cyling event.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage9-maps.jpg
Stage 9 - Putrajaya - Seremban
Start Time : 1100 hrs
Start Venue : Putra Bridge, Putrajaya
Nuetralised Section : 9.5 km
Stage Distance : 173.1 km
Finish Venue : Majlis Perbandaran Seremban
Summary
As the race is nearing completion, success in Stage 9 is critical for the riders, as they vie for overall victory. It starts at the Putra Bridge in Putrajaya and ends at Majlis Perbandaran Seremban.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.tdl.com.my/pix/stage10-maps.jpg
Stage 10 - Kuala Lumpur Criterium
Start Time : 1500 hrs
Distance : 55.9 km
ETA : 1607 hrs
Summary
Today is the final stage of the Le Tour De Langkawi 2007. It promises to be full of action, as it is the last chance for race to glory. All the hard drive and work will be decided at the end of this 55.9 km route on who will be the Race Champion.
stage 10 adalah pada 11th February 2007
[ Last edited by dexa at 8-2-2007 11:40 PM ] Loddo kian bernafsu
Oleh Kasdi Ali dari Chukai, Terengganu
SELEPAS mendominasi empat daripada enam peringkat di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2007, pasukan Serramenti PVC kini menetap sasaran untuk mengungguli saingan pendakian ke Genting Highlands, esok.
Ia susulan kejayaan Alberto Loddo yang terus gah di LTdL 2007 dengan menjuarai Peringkat Enam dari Kuala Terengganu ke Cukai sejauh 141 kilometer, semalam.
Bagi Loddo, pakar pecut Serramenti PVC, ia adalah kemenangan hatriknya dan keempat peribadinya selepas menjuarai Peringkat Satu, Empat dan Lima.
Kini, fokus pasukan berstatus profesional itu terarah kepada Peringkat Lapan, pendakian ke Genting Highlands yang menjadi tradisi penentu juara keseluruhan di LTdL.
LTdL: Giliran Shinichi kuasai
KARAK mana geng basikal? entah-2 diaorang tu racer LTDL kot? Antara maruah dan kemampuan pelumba
Oleh Azidan Nahar
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/09ami.jpg
SEMANGAT: Aminuddin (kiri) bersama anak didiknya pada majlis
pengenalan di Awana Porto Malai,
baru-baru ini
ANTARA maruah dan kemampuan pelumba adalah dilema jurulatih pasukan kebangsaan, Aminuddin Sulaiman apabila memperkatakan mengenai skuad bimbingannya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini.
Pasukan yang dipimpinnya boleh dikatakan 'abang' kepada satu lagi pasukan kebangsaan iaitu pasukan Pembangunan MNCF kini tenggelam dalam tujuh peringkat LTdL malah terperosok ke tangga kesembilan kedudukan Asia.
Jelas ia menggusarkan Aminuddin ketika melihat pasukan Pembangunan MNCF semakin konsisten pada setiap peringkat perlumbaan termasuk di peringkat pendakian.
"Esok (hari ini) adalah penentuan sebenar. Pendakian ke Genting Highlands sangat penting buat kami untuk memulihkan kedudukan dan juga maruah kami ketika ini," kata Aminuddin.
Aminuddin mengalami perlumbaan yang sukar pada edisi kali ini apa lagi seorang pelumbanya, Safwan Sawai gagal dalam peringkat pendakian ke Cameron Highlands pada peringkat ketiga.
Malah catatan masa mereka juga kurang memberangsangkan kerana seorang daripada tiga pelumba menamatkan kayuhan dalam jarak yang jauh menyukarkan mereka mengumpul masa terbaik.
Mereka juga gagal beraksi baik pada laluan landai bermula peringkat keempat dengan kebanyakan pelumba mereka lebih kepada pakar pendaki bukannya pakar pecut.
"Kami ketinggalan lebih 30 minit di belakang pasukan pendahulu ketika ini, ia memang sukar dan kami mahu menjadikan peringkat hari esok untuk mengubah kedudukan itu," katanya.
Aminuddin menjelaskan dia memang agak gusar melihat peningkatan pasukan Pembangunan MNCF namun tidak punya sasaran lain selain mengharapkan pelumbanya mampu menghasilkan kayuhan terbaik.
"Kami mahu mendapatkan kedudukan sebagai antara lima pasukan terbaik Asia pada penamat saingan LTdL kali ini. Saya berharap pelumba dapat melakukannya," katanya. Shinishi buat Asia berasa bangga
Oleh Azidan Nahar
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/09suka.jpg
JAGOAN: Penakluk peringkat ketujuh sejauh 170km, (dari kiri)
Loddo, Charteau dan Shinichi berdiri megah di atas podium
di Karak petang semalam. Hari ini saingan akan bermula
di Proton Shah Alam berakhir di puncak
Genting Highlands sejauh 84k m.
BUAT pertama kali selepas tujuh peringkat, nama pelumba Asia kembali membawa sinar apabila Shinishi Fukushima menempah tempat pada kedudukan pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) berakhir di Karak, semalam.
Malah kejayaan itu lebih bermakna kerana ia juga adalah yang ketiga selepas pelumba Hong Kong, Wong Kam Po melakukannya pada 2000 selain kayuhan solo adik Shinishi, Koji pada edisi ke-10.
Jelas ada sesuatu yang mahu dibuktikan Shinishi apabila dia mula mengorak kayuhan seawal kilometer 4 di Kuantan bersama tujuh pelumba lain termasuk pelumba negara yang mewakili pasukan Discovery Channel Marco Polo, Loh Sea Keong untuk melepaskan diri dari kelompok besar.
Mereka kemudian disertai empat lagi pelumba sebelum seorang daripada mereka tertinggal bagi memberi ruang buat 10 pelumba itu meneruskan kayuhan sehingga ke km118.
Di penamat saingan, juara empat peringkat sebelum ini Alberto Loddo cuba sekali lagi mengulanginya namun nyata dia tidak akan dilepaskan lagi, membiarkan tiga pelumba lain termasuk Shinishi berentap di 300m terakhir.
"Hari ini (semalam) memang menakjubkan, dulu adik saya yang menang peringkat tapi kini tiba giliran saya," kata Shinishi yang turut merampas Jersi Biru pelumba terbaik Asia.
"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini, saya sudah cuba melepaskan diri sejak peringkat keenam lagi tetapi pelumba Credit Agricole banyak menghalang."
Mengenai peluangnya dalam pendakian ke Genting Highlands hari ini, Shinishi yang mewakili pasukan Nippo-Meitan Hompo itu bersemangat menjelaskan dia dan pasukannya semakin mendapat prestasi terbaik dan mereka tidak akan mengalah walaupun sedar pendakian itu amat mencabar.
Jika itu yang dikhuatiri Shinishi, pendahulu keseluruhan ketika ini, Anthony Charteau punya pandangan sama kerana dia tahu peringkat kelapan hari ini adalah penentuan siapakah juara sebenar kali ini.
"Hari esok akan ada pendakian paling sukar, saya tidak akan membenarkan ada pelumba memadam kelebihan empat minit milik saya. Saya ada dua pendaki yang akan membantu mengharungi laluan mencabar ini.
"Saya sedar saya tidak boleh menghampakan rakan sepasukan kerana mereka banyak membantu saya sebelum ini," katanya.
Hari ini bermula di Proton Shah Alam akan bermula peringkat paling sukar dalam LTdL edisi ke-12 ini menerusi laluan sejauh 83km yang menghidangkan tiga zon pecutan dan satu pendakian (KOM).
Puncak Genting Highlands setinggi 1,629 akan memberi cabaran terhebat buat pelumba sama ada mereka mampu mengatasinya yang pasti akan memberi kelebihan penting dalam kedudukan keseluruhan selepas ini. Selle Italia tawan puncak Genting
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0210/Utusan_Malaysia/Sukan/su_02_big.jpg
PELUMBA Columbia, Jose Serpa meraikan kejayaannya menjuarai peringkat lapan LTdL di Genting Highlands, semalam. Puncak Genting kekal milik Serpa
Oleh Azidan Nahar
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/10basikal.jpg
Charteau terpaksa serahkan jersi Raja Bukit kepada Pedraza selepas saingan getir 84km
JUARA pendakian puncak Genting Highlands tahun lalu, Jose Serpa sekali lagi membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri selepas menjinakkan laluan paling mencabar pada peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) itu, semalam.
Tambah manis, kejayaannya di podium disertai dua lagi rakannya dari pasukan Serramenti PVC Diquigiovanni, Walter Pedraza yang merampas jersi Raja Bukit dari Anthony Charteau selain juara empat peringkat, Alberto Loddo masih mengekalkan jersi pecut.
Usaha pasukan Serramenti ataupun dulunya dikenali sebagai Selle Italia mengurangkan kelebihan Charteau sebagai pemegang Jersi Kuning, bermula sejak permulaan di Proton Shah Alam dengan serangan dilakukan bagi meninggalkan pelumba Credit Agricole itu.
Bagaimanapun, cabaran hanya kelihatan di kilometer 64 apabila Serpa dan Pedraza selain Sergey Kolesnikov (Unibet.com) dan seorang pelumba Afrika Selatan berjaya melepaskan diri.
Ia bagaimanapun tidak berterusan memasuki 10km terakhir apabila hanya Serpa, Pedraza dan Jose Rujano (Unibet.com) meneruskan pendakian ke puncak Genting Highlands untuk tiga tempat teratas.
"Strategi kami ialah menyerang sejak awal, dengan bantuan Pedraza dan rakan sepasukan, kami meraih kemenangan ini yang membolehkan saya memenanginya untuk dua tahun berturut-turut," kata Serpa.
Kajayaan Serpa sedikit sebanyak mengurangkan jarak masa dengan pemegang Jersi Kuning, Charteau kepada 1 minit 2 saat, mencantas kira-kira 3 minit kelebihan sebelum bermulanya peringkat kelapan.
Charteau tampak boleh mengekalkan kelebihan selaku pendahulu berbaki dua pusingan selepas ini dan tidak menghairankan apabila pelumba Perancis itu jelas gembira sambil mengangkat tangan ketika melepasi garisan penamat di tempat ke-10.
"Ia hari yang sangat sukar buat kami, tapi kami gembira dapat kekalkan kedudukan ini, kami mengekori Selle Italia dengan pendaki 'super' bagi mendapatkan kedudukan ini," kata Charteau.
Sementara itu, pengurus Selle Italia, Gianni Savio menyifatkan kelebihan yang dicipta Credit Agricole pada peringkat ketiga iaitu pendakian di Cameron Highlands banyak membantu pasukan itu mengekalkan kelebihan selaku pendahulu.
"Pelumba kami mengalami masalah sakit perut menyebabkan Charteau dapat mencipta kelebihan masa 4 minit. Hari ini kami mengharapkan dia akan melalui hari yang sukar tetapi dia berjaya juga mendapat kedudukan terbaik.
"Tapi LTdL belum berakhir, kami akan mencuba sekali lagi esok (hari ini)," kata Savio.